KEJORA@App_Default-image

Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Permohonan Projek/ Program Pembangunan RMKe-12

Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Permohonan Projek/ Program Pembangunan RMKe-12 (RP2 2022) Di Bawah Seliaan Bahagian Pembangunan Wilayah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi giliran KEJORA telah diadakan pada 22 April 2021, Khamis yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah 1, Bahagian Pembangunan Wilayah. KEJORA telah di ketuai oleh Tuan Haji A. Jalil Bin Md. Arsad selaku Pengurus Besar KEJORA bagi membentangkan permohonan bajet melibatkan 30 projek (12 projek sambungan, 18 projek baharu). Turut hadir sama Encik Daud Bin Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA dan Encik Mohd. Hanafi Bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik. KEJORA telah merangka projek dan program baharu supaya menepati kehendak penduduk wilayah KEJORA bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, mengurangkan kos sara hidup, sistem penyampaian yang lebih cekap dan tingkat daya saing negara.