Entries by

PROGRAM ORIENTASI ANGGOTA BARU KEJORA TAHUN 2022

Pada hari ni telah berlangsungnya Program Orientasi Anggota Baru KEJORA Tahun 2022 bertempat di Mini Auditorium Muzium Nelayan Tanjung Balau yang telah dirasmikan oleh Puan Marlina binti Amir selaku Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA. Peserta program telah diberi pendedahan mengenai peranan dan fungsi, peraturan-peraturan serta garis panduan berkenaan dengan KEJORA bagi memastikan tugas dan tanggungjawab […]

KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA 2022

Dalam membimbing dan membantu usahawan di dalam Wilayah KEJORA untuk terus bangkit di persada ekonomi Negara, KEJORA telah membantu seramai 14 Usahawan bimbingannya menyertai Karnival Barangan Malaysia di Plaza Angsana Johor Bahru bermula dari 14 hingga 16 Oktober 2022. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang melibatkan 120 […]

KEJORA KE SUKAN PANTAI BADAN BERKANUN (SUPANUN)

Alhamdulillah, KEJORA telah menyertai Sukan Pantai Badan Berkanun (SUPANUN) 2022 bermula dari 11 hingga 16 Oktober 2022 di Pantai Batu 5, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebanyak lebih kurang 32 agensi telah menyertai 6 acara yang dipertandingkan. Manakala KEJORA telah menyertai 3 acara iaitu Bola Sepak Pantai (Lelaki), Sepak Takraw Pantai Senior (Lelaki) dan Petanque Pantai […]

LAWATAN PENILAIAN SEMULA DAN PENDAFTARAN BARU PESERTA PROGRAM PENGALAMAN HOMESTAY MALAYSIA DI HOMESTAY KEJORA

Sesi Penilaian semula dan pendaftaran baru Homestay di bawah seliaan KEJORA oleh MOTAC, Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Pejabat Kesihatan Kota Tinggi dan Persatuan Homestay Negeri Johor telah diadakan pada 12 dan 13 Oktober 2022 yang lalu. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memperbaharui Sijil Pengalaman Homestay Malaysia. Homestay Wilayah KEJORA ini melibatkan Homestay Kg Mawai Baru, […]

PROGRAM PEMBANGUNAN PLATFORM CANVA UNTUK BELIA WILAYAH KEJORA TAHUN 2022

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana pada hari ini pihak KEJORA telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Platform Canva Untuk Belia Wilayah KEJORA Tahun 2022 yang bermula dari 10 hingga 12 Oktober 2022 di New York Hotel, Johor Bahru. Antara objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan belia di Wilayah KEJORA mempunyai daya kreativiti dalam […]

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

KEJORA telah mengambil bahagian dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444H Peringkat DAERAH Kota Tinggi. Timbalan Pengurus Besar ( Pembangunan), En Daud bin Abd Rahman telah mengetuai kumpulan KEJORA dengan diikuti oleh Pengurusan Kanan serta anggota KEJORA. Dengan tema, Keluarga Johor, Pemangkin Pembangunan Negeri, ianya juga menjadi aspirasi kepada setiap wadah pembangunan terutama pembangunan dalam […]

LAWATAN PEMANTAUAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB) KE PROJEK PEMBANGUNAN KEJORA

3 OKTOBER 2022 (ISNIN) Bahagian Penyelarasan Dan Pemantauan, KPLB hari ini telah berkesempatan untuk melawat beberapa pelaksanaan Projek Pembangunan KEJORA di sekitar Bandar Tenggara, Bandar Petri Jaya dan Bandar Penawar, Johor yang diketuai Ir. Mohd Ezamudin bin Zulkifli Chan, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) yang hadir bersama-sama En. Mohd Hanafi bin Mohd Taib dan En. Shah […]

PROGRAM “OUTREACH” SIMPOSIUM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TAHAP BESTARI KEBANGSAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH ZON SELATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022

Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) KEJORA telah bersama-sama di dalam Program “Outreach” Simposium Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bestari Kebangsaan Sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022 yang diadakan dari 30 September hingga 3 Oktober di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Program ini juga akan diadakan di 17 buah sekolah di […]