Entries by

TOURISM SOUTHERN REGION CORPORATE TRAVEL BAZAAR 2022

Bersempena dengan Progam Tourism Southern Region Corporate Travel Bazaar 2022, yang diadakan pada 25 Oktober 2022 di Hotel Perdana, Kota Bahtu, Kelantan, Bahagian Pelancongan KEJORA telah dijemput oleh Tourism Malaysia untuk mempromosi produk pelancongan Wilayah KEJORA. Program ini merupakan ‘platform’ pertemuan di antara penggiat industri pelancongan tempatan terutama di Negeri Kelantan dengan Tourism Malaysia Wilayah […]

KEJORA TERIMA KUNJUNGAN PENULIS TRIPZILLA SINGAPURA

Bahagian Pelancongan Kejora telah menyantuni kunjungan pihak Tourism Johor bersama wakil Penulis Pelancongan Tripzilla Singapura ke Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi Johor pada 27 Oktober 2022 yang lalu. Lawatan ini bertujuan memperkenalkan produk pelancongan KEJORA kepada peserta untuk dimuatkan dalam artikel pelancongan di negara Singapura. Peserta telah dibawa menyusuri Sungai Pelanduk sambil menikmati keindahan paya […]

SESI TAKLIMAT RINGKAS PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN TERSUSUN KG TG BUAI, KOTA TINGGI, JOHOR

Telah berlangsung Sesi Taklimat Ringkas Pembangunan Projek Perumahan Tersusun Kg Tg Buai yang telah dihadiri oleh YB Fauziah binti Misri, ADUN Penawar, Tuan Syed Ben Bella, Pegawai Khas Parlimen Pengerang, Puan Haslinda Binti Abu Bakar, Pengurus Hartanah KEJORA, Encik Adam Bin Ahmad, Penghulu Mukim Johor Lama, Encik Zaidin Bin Mohd Noor, Pengerusi JPKK Kg Tanjung […]

KARNIVAL SUKAN WILAYAH KEJORA (KASWIRA) 2022

Bersempena sambutan Hari Sukan Negara, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi serta JPKK Wilayah KEJORA akan menganjurkan Karnival Sukan Wilayah KEJORA 2022 pada 29 hingga 30 Oktober 2022 (Sabtu-Ahad) bertempat di Stadium KEJORA Bandar Tenggara. Dalam edisi kali ini, empat zon dalam Wilayah KEJORA akan berentap merebut gelaran […]

KURSUS TERNAKAN ARNAB PEDAGING DI BAWAH PROGRAM PROSPEK TAHUN 2022

KEJORA menerusi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menganjurkan Kursus Ternakan Arnab Pedaging Tahun 2022 bermula pada 21 hingga 23 Oktober 2022 di Batu Pahat, Muar dan Segamat Johor. Program ini telah dirasmikan oleh Pengurus Pertanian & Industri Asas Tani, Cik Siti Fazueri binti Radzali. Seramai lebihkurang 15 orang […]

Miss SHOPhia Go Travel

Bahagian Pelancongan Kejora telah mengambil bahagian dalam usaha mempromosikan produk pelancongan Wilayah KEJORA di program “Miss SHOPhia Go Travel” yang bermula dari 21 hingga 23 Oktober 2022 di Paradigm Mall, Johor Bahru. Program anjuran Tourism Malaysia ini bertujuan untuk merancakkan kembali sektor pelancongan Malaysia terutama di dalam Negeri Johor. Menariknya, Tourism Kejora telah menampilkan beberapa […]

KURSUS AGROPELANCONGAN KEJORA TAHUN 2022

Bermula pada 18 hingga 20 Oktober 2022 telah berlangsungnya Kursus Agropelancongan yang dianjurkan oleh bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA bertempat di Taman Agroteknologi MARDI Tg Karang, Selangor dan Selangor Fruit Valley. Seramai 25 orang yang terlibat di dalam program ini terdiri daripada penduduk kampung di bawah seliaan KEJORA, anak syarikat KEJORA serta wakil […]

AUDIT PEMATUHAN ISMS ISO/IEC 27001:2013 KEJORA

Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 KEJORA telah diadakan pada 17 hingga 18 Oktober 2022. Sistem ePerolehan 3.0 yang baru dilancarkan pada 1 Ogos 2022 telah diaudit oleh Pasukan Juruaudit daripada SIRIM QAS Internation Sdn. Bhd. Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan ISMS telah dipengerusikan oleh Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi […]

PROGRAM ENGLISH CAMP WILAYAH KEJORA

Pada hari ini telah berlangsung Program English Camp untuk calon SPM di Wilayah KEJORA Daerah Kota Tinggi di Amansari Hotel, Bandar Penawar. Program yang diadakan selama 1 hari ini diadakan untuk mengasah dan memperkembangkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terutama di dalam Wilayah KEJORA. Disamping itu juga, peserta didedahkan untuk tampil berkeyakinan berkomunikasi dalam […]