Entries by

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM (PENGURUSAN) KPLB TAHUN 2022

KEJORA telah menyertai Anugerah Kualiti dan Inovasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Tahun 2022 bagi kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) (Pengurusan) yang berlangsung pada 11 September 2022 (Ahad). KEJORA telah menghantar 2 kumpulan bagi penyertaan kategori AIPA 2022 iaitu kumpulan dari Bahagian Kewangan dengan tajuk Sistem Perolehan KEJORA versi 3.0. Manakala kumpulan dari Unit […]

HARI ASPIRASI WANITA SEJAHTERA SEMPENA PERTANDINGAN ASPIRASI KAMPUNG SEJAHTERA PERINGKAT NEGERI JOHOR – KAMPUNG DATO’ IBRAHIM MAJID, SIMPANG RENGGAM, KLUANG, JOHOR

7 September 2022 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa dengan kerjasama Pejabat Daerah Kluang telah menganjurkan Program Hari Aspirasi Wanita Sejahtera Sempena Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera Peringkat Negeri Johor – Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, Johor. Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera Peringkat Negeri Johor yang dianjurkan oleh Kementerian […]

SESI HANDS-ON PROGRAM PENDIGITALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN WILAYAH KEJORA TAHUN 2022

7 SEPTEMBER 2022 I RABU Pada hari ini, telah berlangsung Sesi Hands-On Program Pendigitalan Pengajaran & Pembelajaran Wilayah KEJORA Tahun 2022 di Dewan KEJORA Bandar Penawar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA. Di dalam ucapan perasmian ini, dimaklumkan bahawa pihak KEJORA telah menyediakan peruntukan untuk merealisasikan […]

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 65 TAHUN PERINGKAT PARLIMEN PENGERANG

4 SEPTEMBER 2022 I AHAD Pada hari ini, bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-65 Tahun Peringkat Parlimen Pengerang, telah diadakan 2 program iaitu:- 1. Program Mobiliti Keselamatan Jalan Raya Parlimen Pengerang di Dewan KEJORA 2. Pertandingan Petanque Parlimen Pengerang di Gelanggang Petanque KEJORA Seramai 49 anggota KEJORA telah menghadiri program keselamatan jalan raya yang mana, […]

SESI SEMBANG SANTAI ISU PERLAKSANAAN & PENGOPERASIAN MESIN ASHER KEPADA PENDUDUK KAMPUNG MAWAI BARU SEMPENA MINI KARNIVAL DAN HARI BERSAMA AGENSI

4 SEPTEMBER 2022 I AHAD I 11.00 PAGI Pada pagi ini telah berlangsung Sesi Sembang Santai Isu Pelaksanaan Dan Pengoperasian Mesin Asher Kepada Penduduk Kampung Mawai Baru Sempena Mini Karnival Dan Hari Bersama Agensi. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. En. Daud bin Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Sesi sembang santai ini diadakan adalah […]

KEMERIAHAN PENGUNJUNG DI PANTAI TANJUNG BALAU

4 SEPTEMBER 2022 I AHAD Pemandangan kemeriahan kedatangan pengunjung ke Pantai Tanjung Balau bersempena cuti sekolah untuk berehat dan berkelah di Pantai Tanjung Balau. Kepada semua pengunjung dan bakal pengunjung, jagalah kebersihan pantai kita. Jangan lakukan vandalisme dan sentiasalah menjaga keselamatan diri dan keluarga. #KPLB #KEJORA #LuarBandarSejahtera #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #JubliEmasKEJORA #PenerajuTerasKemakmuran

PENYERTAAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) DI PROGRAM MALAYSIA FEST 2022 ANJURAN LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) DI HALL 6B, SINGAPORE EXPO, CHANGI, SINGAPURA

25 HINGGA 28 OGOS 2022 KEJORA telah julung kalinya menyertai Program Malaysia Fest 2022 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Hall 6B, Singapore Expo, Changi, Singapura bermula 25 hingga 28 Ogos 2022 yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I. Program Malaysia Fest 2022 […]

MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-65 PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2022

31 Ogos 2022 (Rabu), Iskandar Puteri – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65, KEJORA turut tidak melepaskan peluang menyertai Acara Perbarisan & Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor. Kontinjen KEJORA yang segak berpakaian baju melayu berwarna hitam dan bertanjak serta baju kurung kebangsaan berwarna hitam dan bersanggul telah disertai seramai 33 orang anggota KEJORA daripada pelbagai […]

KURSUS PEMBUATAN GUBAHAN HAMPER DAN DEKORASI REBEN

Kursus ini telah diadadakan pada 26-28 Ogos 2022 bertempat di Opero Hotel, Johor Bahru dan dirasmikan oleh En Mohd Fakharur Razziy bin Hazran, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan. Ia merupakan salah satu inisiatif KEJORA untuk memperkasakan para usahawan membina kerjaya di dalam bidang perniagaan gubahan hamper dan dekorasi reben. Peserta telah diberi pendedahan tentang teknik […]