KUNJUNGAN PRIHATIN KEJORA KE ATAS MANGSA RIBUT DI KAMPUNG BARU SUNGAI LAYAU, KOTA TINGGI

17 Disember 2022 (Sabtu), Kg. Baru Sg. Layau, Kota Tinggi – Encik Noorsaifulizuan Nordin, Penolong Pengurus Kanan bersama Encik Muhammad Amsyar Mohd Ariffin, Penolong Jurutera selaku Penggerak JPKK Kg. Tg. Buai mewakili pihak Pengurusan KEJORA telah menziarahi rumah mangsa ribut di sini.
Dalam kejadian ribut tersebut, rumah mangsa Puan Putrialisa binti Tokiman telah mengalami kerosakan siling terutamanya di bahagian beranda hadapan rumah.
Pada lawatan yang turut diiringi oleh Encik Zaidin Mohd Noor, Pengerusi JPKK Kg. Tg. Buai & Encik Zaidi bin Lazim, sumbangan berbentuk Bakul Prihatin KEJORA diserahkan kepada wakil mangsa iaitu Puan Ramlah Mahmood yang merupakan ibu kepada mangsa.
Semoga semua urusan mangsa dan keluarga dipermudahkan oleh-Nya.

ROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT & KEPIMPINAN (BAKAT) 2022

Program Pembangunan Kejora Soccer Kids Development merupakan salah satu program di bawah Program Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (BAKAT) tahun 2022. Program ini bertujuan untuk mengenalpasti peserta di Wilayah KEJORA yang mempunyai potensi dan bakat untuk dikembangkan melalui program-program
yang dianjurkan oleh pihak KEJORA ke peringkat yang lebih tinggi.
Program Kejora Soccer Kids Development (KSKD) ini telah mula dilaksanakan bermula awal September 2022 bertempat di Stadium Juara SSTMI, Bandar Penawar sebanyak 16 sesi latihan yang melibatkan seramai 30 orang pelatih yang terdiri daripada 15 pelatih bawah 9 tahun dan 15 pelatih bawah 12 tahun.
Bagi melihat potensi semua pelatih pada hari ini 17.12.2022 (Sabtu) telah berlangsung Pertandingan Bola Sepak 4 Penjuru di bawah Program Pembangunan Kelab Bola Sepak Wilayah Kejora. Pihak Kejora telah menjemput 3 Pasukan iaitu Baka FC (Bandar Penawar), Santai FC (Kota Tinggi) dan Fetto FC (Melaka) untuk menyertai pertandingan yang julung kalinya diadakan.
Tahniah kepada semua pasukan yang telah berjaya menunjukkan semangat kesukanan serta permainan tektikal yang baik. Semoga program seperti ini dapat diteruskan demi memastikan kemenjadian pelatih-pelatih dapat dicapai.
Football with brains.

SAMBUTAN HARI INOVASI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA & WILAYAH (KKDW) TAHUN 2022

KEJORA telah menyertai Pameran Hari Inovasi KKDW pada hari ini bertempat di Dewan Lestari, Aras B1, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Dua (2) projek iaitu Sistem Perolehan Elektronic secara atas talian/Electronic Procurement Ready Online – (ePRO3.0) dari Bahagian Kewangan dan Sistem Progress dari Unit Teknikal telah turut serta dalam Pertandingan Anugerah Kualiti dan Inovasi KKDW 2022 bagi Kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Pengurusan).
Alhamdulilah, KEJORA telah mendapat tempat KEDUA bagi projek Sistem Perolehan Elektronik secara atas Talian/Electronic Procurement Ready Online – (ePRO3.0). Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun selaku Ketua Setiausaha KKDW kepada Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus. Turut serta, Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA dan Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.
Sekalung TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada para pemenang bagi Pertandingan Anugerah Kualiti dan Inovasi KKDW 2022. Semoga pencapaian dan kejayaan ini akan terus menjadi inspirasi warga KEJORA dalam membudayakan inovatif dan kreatif.
Walau debur ombak menerpa,
Takkan laju perahu berhenti,
Walau hancur di hentam gempa,
Jiwa inovasi tetap di hati.

#PenerajuTerasKemakmuran

HARI KEJORA BERSAMA PELANGGAN KEMBALI

Pada hari ini, 15 Disember 2022 (Khamis) telah berlangsung Program Hari KEJORA Bersama Pelanggan bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Layang-Layang pada pukul 9.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari.

KEJORA SOCCER KIDS

Latihan mingguan pada 15 Disember 2022 di Stadium Juara, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor.

KUNJUNGAN PRIHATIN KEJORA KE ATAS MANGSA BANJIR DI TAMAN DESARU UTAMA, BANDAR PENAWAR

14 Disember 2022 (Rabu), Taman Desaru Utama, Bandar Penawar – KEJORA yang diwakili oleh Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) telah mengadakan kunjungan prihatin ke atas 22 orang anggota KEJORA yang telah dilanda banjir pada awal pagi ini. Dikesempatan itu juga, beliau mewakili pihak Pengurusan KEJORA telah menyampaikan bantuan Bakul Makanan KEJORA kepada semua anggota KEJORA yang terlibat.
Selain itu, beliau yang turut diiringi oleh Cik Haslinda binti Abu Bakar, Pengurus Hartanah dan Encik Noorsaifulizuan bin Nordin, Penolong Pengurus Kanan serta beberapa Sukarelawan Banjir KEJORA telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Muafakat Taman Desaru Utama.
Dalam lawatan tersebut juga, sebanyak 18 unit Bakul Makanan KEJORA diserahkan kepada Encik Fizwan bin Dato’ Haji Mohd Rashidi, YDP Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) selaku pihak Pengurusan PPS di Dewan Muafakat Taman Desaru Utama untuk diserahkan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tersebut.
Lembaga Pengarah, pihak Pengurusan serta seluruh anggota KEJORA mendoakan agar urusan semua mangsa banjir ini dipermudahkan oleh-Nya. Semoga semua mangsa dan keluarga juga terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.

KEJORA TERIMA LAWATAN PELAJAR UTM

Pada 13 Disember 2022, KEJORA telah menerima rombongan lawatan sambil belajar siswazah tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran & Pembangunan Tanah, Universiti Teknologi Malaysia.
Taklimat berkaitan KEJORA telah disampaikan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, En. Mohamad Azrul bin Shari. Manakala taklimat Muzium Nelayan telah disampaikan oleh Penolong Kurator, En. Muhd Iqbal bin Rosli. Selain itu juga, taklimat berkaitan Terowong Masa telah disampaikan oleh Pegawai Perancang Bandar & Desa Kanan, En. Yusrihan bin Jusak.
Lawatan UTM ini telah diketuai oleh Pensyarah Kanan UTM, Dr Wan Ibrisam Fikri bersama 30 orang pelajar telah dibawa melawat sekitar Muzium Nelayan dan Boardwalk Tanjung Balau.
Manakala di sebelah petang, taklimat dari Kejora Development Holding telah diadakan di Teratak Penawar.
Semoga dengan adanya lawatan ini, dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan berkaitan perancangan pembangunan tanah di luar bandar khasnya di Wilayah KEJORA.

SESI PEMANTAUAN TAPAK BERSAMA TIMBALAN PENGURUS BESAR (PEMBANGUNAN) KEJORA

Sesi Pemantauan Tapak bagi
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kg Johor Lama bersama Timbalan Pengurus Besar, En Daud bin Abd Rahman.

PENYERAHAN SATU (1) UNIT LORI 3 TAN KEPADA KOPERASI PESERTA RANCANGAN ORANG ASLI FELCRA TANAH ABANG BERHAD BAGI PROGRAM DESA LESTARI , KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW)

13 Disember 2022 – Pihak KEJORA telah menyerahkan satu (1) unit lori 3 tan kepada Koperasi Peserta Rancangan Orang Asli Felcra Tanah Abang Berhad, Mersing bagi kegunaan aktiviti sewaan dan perkhidmatan pengangkutan kelapa sawit.
Secara keseluruhan, pihak koperasi telah menerima peruntukan Program Desa Lestari yang terdiri daripada satu (1) unit lori 3 tan, dua (2) unit jentera New Holland dan membina stor dan tempat letak kenderaan berbumbung termasuk kos operasi.
Penyerahan lori ini disampaikan oleh YBhg Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA kepada En. Jati bin Awang, Pengerusi Koperasi. Turut hadir adalah En. Azman bin Awang, Ketua Kampung Orang Asli Felcra Tanah Abang dan En. CK Pang, wakil pembekal lori serta En. Faizzi bin Sulaiman, Pegawai JAKOA Daerah Mersing.

SESI HANDS ON PELAKSANAAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (PRKM) SECARA INDUSTRIALISED BUILDING SYSTEM (IBS)

Pihak KEJORA dengan kerjasama pihak STARKEN AAC SDN. BHD. telah melaksanakan Latihan Pemasangan Sistem Dinding IBS : AAC Block Wall System di Kampung Bukit Lintang, Kota Tinggi pada 12 Disember 2022 (Isnin).
En Sh. Khayulzahri bin Sh. A. Raof, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, KEJORA , Encik Ahmad Faiq bin Mohd Yusof, Project Manager Ikhtisas Budi dan Muhamad Hazre bin Samad, Jurutera Starken turut hadir ke sesi hands on.
Seramai 25 kontraktor terdiri daripada Daerah Kota Tinggi dan Kluang. Antara tujuan sesi ini dijalankan ada untuk memberi pengalaman dan pendedahan kepada kontraktor-kontraktor G1 berhubung pelaksanaan IBS bagi Projek PRKM.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada sesi ini.