Kursus Asas Peniagaan dan Kursus Pemantapan Motivasi Perniagaan

Atas faktor ingin mendekati usahawan di wilayah KEJORA, KEJORA melalui Unit Ekonomi dan Usahawan terus komited dalam membantu usahawan yang terjejas tatkala dunia masih dilanda wabak Pandemik Covid 19. Kursus Latihan Keusahawan ini bermaksud seramai 20 orang peserta dari kalangan usahawan baru di wilayah KEJORA yang dibimbing, diberi latihan dan sokongan. Justeru itu, pada 25-27 Mac 2021 (Khamis-Sabtu) telah diadakan Kursus Asas Peniagaan dan Kursus Pemantapan Motivasi Perniagaan bertempat di JO Hotel, Johor Bahru. Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Perniagaan telah dirasmikan oleh En. Daud Bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Penampilan khas kursus ini adalah Dato’ Amir Amzah Bin Salleh atau lebih dikenali dengan ND Lala. Kursus ini diadakan bertujuan untuk menekankan mengenai keperluan asas perniagaan dan pemantapan motivasi diri usahawan bagi membuka minda dan memberi peluang mengenai peluang usahawan bagi memasarkan produk ke peringkat yang lebih luas. Syabas dan tahniah kepada para peserta.

Majlis Penutup Kursus Kem Kemahiran Remaja Anak Yatim Wilayah KEJORA

Pada hari ini berlangsungnya Majlis Penutup Kursus Kem Kemahiran Remaja Anak Yatim Wilayah KEJORA anjuran Yayasan Kebajikan Anak Yatim Al Husna Wilayah Johor Tenggara dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Syabas kepada anak-anak semua.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
#jubliemaskejora
#penerajuteraskemakmuran

 

Program Back To School Wilayah KEJORA Tahun 2021

Alhamdulillah terus dipanjatkan, setulus hati, semurni jiwa,dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi, lantas telah dihimpunkan kita semua bagi menjayakan kemurnian Program Back To School Wilayah KEJORA Tahun 2021 yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Penawar YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar. Turut serta Pengerusi KEJORA, YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh; Pengurus Besar KEJORA, YBrs. Tuan Haji A. Jalil bin Md.Arsad; ADUN Tanjung Surat, YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed Abdul Rahman; ADUN Johor Lama, YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari; ADUN Machap, YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar; Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan pegawai pendidikan daerah Kota Tinggi.

Setiap penerima akan mendapat baucar Program Back To School Wilayah KEJORA bernilai RM200 seorang yang boleh ditebus dengan kelengkapan dan keperluan pelajar sekolah di mana-mana Pasaraya Borong SAKAN di seluruh Malaysia. Kriteria pemilihan penerima bantuan adalah merupakan pelajar tahun semasa (Tahun 2021) yang masih bersekolah di peringkat Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan merupakan Ahli Isi Rumah yang berada di Wilayah KEJORA.

Penerima merupakan pelajar-pelajar daripada kategori keluarga miskin tegar dan miskin yang disahkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Kulai dan Kluang.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
#jubliemaskejora
#penerajuteraskemakmuran

Penyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan Pengerang oleh YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

Pada 24 mac 2021 YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah sudi melapangkan masa menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan Pengerang. Sebanyak 500 set sumbangan keperluan makanan telah disumbangkan kepada penduduk yang memerlukan. Program ini di anjurkan dengan kerjasama dari NGO tempatan yang di wakili oleh Encik Mohd Faizal bin Asmar.

Di kesempatan ini, YB Dato’ Pengerusi juga sudi melapangkan masa menghadiri sesi penyerahan siap kerja Projek Bantuan Bina Baru Projek Perumahan Rakyat Termiskin KPLB. Serahan siap kerja ini telah disaksikan sendiri oleh YB Dato’ Pengerusi bersama penerima bantuan bina baru rumah PPRT Tn. Hj Mohd Bajuri bin Daniah bertempat di Kampung Linting, Mukim Tanjung Surat, Kota Tinggi Johor.

Semoga sumbangan yang diberikan ini memberi manfaat yang besar kepada penerima di wilayah KEJORA.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
#jubliemaskejora
#penerajuteraskemakmuran

Mesyuarat Penyediaan Projek/Program Pembangunan RMKe-12 RP2 Tahun 2022

Mesyuarat Penyediaan Projek/Program Pembangunan RMKe-12 RP2 Tahun 2022 telah diadakan pada 19 hingga 21 Mac 2021 bertempat di Hotel Impiana, Ipoh, Perak. Mesyuarat dimulakan dengan Amanat oleh YBhg. Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus, Ketua Setiausaha KPLB. Mesyuarat di pengerusikan oleh YBhg. Dato Hajah Norison Binti Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPLB. Agensi KEJORA telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji A. Jalil Bin Md Arsad selaku Pengurus Besar, En. Daud Bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan En.Mohd Hanafi Bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik.

Lawatan Kerja Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Pada hari ini, telah berlangsungnya Lawatan Kerja Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad Ke Parlimen Pengerang. Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Merangkap Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said; Pengerusi KEJORA, YB Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh; Pengurus Besar KEJORA, YBrs.Tuan Haji A. Jalil bin Md Arsad; ADUN Kawasan Penawar, YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain; ADUN Kawasan Tanjung Surat, YB Dato’ Ir Syed Sis bin Syed Abdul Rahman dan wakil-wakil agensi.
Program dimulakan dengan Sesi Taklimat Pembangunan Projek Perumahan di Taman Penawar Harmoni dan Perumahan Tanjung Buai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA iaitu Encik Daud bin Abd Rahman. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lavender,Lotus Desaru Beach Resort.
Seterusnya adalah penyerahan jentera mini Kubota bertempat di Muzium Nelayan Tanjung Balau. YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad telah menyampaikan dua buah jentera mini Kubota kepada Encik Mohamad Suhaimi bin Abdul Rahim (Projek Tanaman Nanas MD-2) dan Koperasi Wawasan Kampung Tuan Seh Berhad (Projek Pertanian Bersepadu). Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk membantu usahawan tani di wilayah KEJORA yang telah melaksanakan projek-projek pertanian yang berdaya maju secara kecil-kecilan serta konsisten dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan lagi kearah pengeluaran yang lebih besar.

Guru Tabika, Taska Kemas perlu dipertimbang terima vaksin fasa satu

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

Tahniah diucapkan kepada para pemenang bagi Pertandingan Merekacipta Logo & Slogan sempena Sambutan Jubli Emas KEJORA

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang bagi Pertandingan Merekacipta Logo & Slogan yang telah dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara sempena Sambutan Jubli Emas KEJORA.

Perjanjian Pajakan Tanah Industri Antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA ) dengan Syarikat CKT Construction Sdn Bhd

Perjanjian Pajakan Tanah Industri Antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA ) dengan Syarikat CKT Construction Sdn Bhd telah ditandatangani pada hari ini oleh kedua-dua pihak.
Tanah industri ini yang terletak di kawasan Industri Bandar Penawar Fasa 2 yang dibangunkan oleh KEJORA merupakan pintu masuk utama iaitu menerusi Jalan Dato’ Onn seterusnya menjadikan ia antara kawasan industri yang strategik di Wilayah Pengerang.
Syarikat CKT akan memajukan tanah tersebut bagi tujuan industri ringan dan sederhana untuk tempoh pajakan 30 tahun. Pembangunan ke atas tanah industri akan mula dilaksanakan segera mulai tempoh 2 tahun daripada tarikh penerimaan tawaran.