KIT BANTUAN BENCANA KEJORA KEPADA KAKITANGAN AGENSI KPLB

Kit Bantuan Bencana KEJORA telah diserahkan kepada kakitangan Agensi KPLB yang terjejas akibat bencana banjir dan telah disampaikan oleh Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia KEJORA.
Sebanyak 2 unit kepada kakitangan KEMAS Tangkak, 10 unit kepada kakitangan KEMAS Segamat dan 6 unit kepada kakitangan RISDA Segamat.

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA KEJORA

100 unit kit bantuan bencana KEJORA telah disampaikan oleh Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA kepada mangsa mangsa bencana banjir di Kg. Contoh, Kahang yang berada di Pusat Penempatan Sementara (PPS) SMK Kahang, Kluang.

KIT BANTUAN BENCANA KEJORA

Sebanyak 100 unit kit bantuan bencana KEJORA telah disampaikan oleh YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA kepada YB Datin Paduka Hjh Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kota Tinggi di Dewan Serbaguna Kota Kecil pada 5 Januari 2022.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARA NEGERI JOHOR KE PEJABAT PENGURUS BESAR LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah menerima kunjungan hormat dari Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor, Encik Zahrail Affenday bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pembangunan, Encik Md Zan bin Md Yausuf, Pengarah KPM Bandar Penawar, Puan Zaihusny binti Mat Husin, Ketua Unit Pembiayaan Perniagaan, Puan Nadya binti Mohamed, Pegawai MARA Daerah Kota Tinggi dan Puan Siti Suriani binti Hairodin, Pengurus MARA Liner Bandar Penawar.
Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan kerja dan melaksanakan kolaborasi program pada masa akan datang.

???? ??????? ???? ??. ????’ ????? ?????? ??????, ?????? ?? ??????? ???????? ????? ???????? (??????)

Seramai 44 orang delegasi dari Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin, Kluang terdiri daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta penduduk kampung telah mengadakan sesi lawatan ke KEJORA pada 3 Januari 2022 (Isnin).
Kehadiran delegasi yang bermula pada jam 9.00 pagi telah dibawa ke Muzium Nelayan Tg. Balau. Lawatan ini turut diserikan dengan sesi ramah mesra dan ucapan yang telah disampaikan oleh Encik Daud Bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Pihak KEJORA juga turut menyampaikan taklimat berkenaan fungsi dan peranan KEJORA selain dibawa melihat sejarah permulaan dan sejarah tradisi di Tg. Balau.
Sesi Lawatan diteruskan dengan membawa delegasi ke Kampung Tanjung Surat menaiki bot bagi lawatan ke Galeri Warisan Tg Surat serta Galeri Bakau. Menjadi satu kepuasan apabila delegasi dapat merasai keseronokan menyusuri kawasan sungai yang dipenuhi pohon bakau.
Semoga dengan kunjungan yang ada dapat mengeratkan lagi hubungan KEJORA dengan JPKK Kampung yang hadir bagi memperkasakan institusi pentadbiran peringkat kampung di bawah wilayah KEJORA selain menaikkan imej KEJORA dalam sektor pelancongan dan modal insan.

HARI KEDUA MISI BANTUAN PASCA BANJIR

HARI KEDUA MISI BANTUAN PASCA BANJIR
Pasukan Sukarelawan Bencana KEJORA meneruskan Misi Bantuan Pasca Banjir menyantuni Kampung Angkat KPLB di Kampung Karak Setia, Karak, Pahang Darul Makmur.

SKIM BANTUAN MODAL NIAGA (SBMN)

Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN) bertujuan memberi bantuan perniagaan kepada kumpulan berpendapatan B40 dan M40 di wilayah KEJORA dalam bidang keusahawanan.
SBMN diwujudkan bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang kurang berkemampuan ke arah yang lebih baik seterusnya melahirkan masyarakat bumiputera yang berdikari dan rajin berusaha. Bentuk bantuan yang disediakan adalah seperti keperluan peralatan dan yang bersesuaian dengan potensi dan kemahiran pemohon.
Bersama-sama ini dilampirkan pautan https://forms.gle/tprtasAvSU5YhyQ99 yang perlu diisi secara dalam talian serta syarat-syarat dan hendaklah dihantar kepada Unit Ekonomi dan Usahawan selewat- lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2022 (Isnin).

PASUKAN SUKARELAWAN BENCANA KEJORA

PASUKAN SUKARELAWAN BENCANA KEJORA
Seramai 40 anggota Pasukan Sukarelawan Bencana KEJORA yang diketuai oleh Encik Yusrihan bin Jusak telah menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir Kampung Angkat KPLB di Kampung Karak Setia, Karak, Pahang Darul Makmur.
Didoakan Pasukan Sukarelawan Bencana KEJORA sentiasa dalam keadaan sihat, selamat, terlindung dari wabak penyakit dan apa jua mara bahaya di sepanjang melaksanakan tugas & tanggungjawab.

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA
Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menyampaikan sebanyak 30 Kit Bantuan Bencana kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi pada 28 Disember 2021 yang lalu. Kit bantuan ini akan diserahkan kepada penduduk Kampung Orang Asli Sungai Selanggi, Kota Tinggi, yang telah dikuarantin di PKRC Hospital Permai, Johor Bahru
Kit tersebut telah diserahkan kepada wakil iaitu Encik Hairul Adley bin Saadon, Penolong Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Bandar Penawar.

LKJT/UT/ KG TUAN SEH/P/2020/ K315

CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH PUSAT PENGUMPULAN DAN PENGHASILAN PRODUK KRAFTANGAN BERASASKAN MENGKUANG DI SEBAHAGIAN PTD 2730 SELUAS 1.50 EKAR, KAWASAN PERTANIAN KG TUAN SEH, MUKIM SEDILI BESAR, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM

  1. Pautan sidang video (VC) adalah sepertimana di bawah: https://lembagakemajuanjohortenggara.my.webex.com/lembagakemajuanjohortenggara.my/j.php?MTID=mf04a72d962772cc6756e8c1461b26e7f

Monday, Jan 10, 2022 10:00 am | 6 hours | (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore

Meeting number: 2643 229 5804

Password: 123456# (1234560 from phones and video systems)

  1. Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 10 JANUARI 2022 hingga 31 JANUARI 2022, semasa waktu pejabat di Unit Teknikal, Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
  2. Dokumen tender akan dijual mulai 10 JANUARI 2022, di KAUNTER KEWANGAN Ibu Pejabat KEJORA sehingga 24 JANUARI 2022. Kontraktor dikehendaki membawa sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah sehingga tarikh tutup tender. Satu salinan sijil-sijil tersebut juga mesti dibawa semasa membeli dokumen tender.
  3. Pembelian dokumen melalui FPX Online banking (senangpay) yang boleh diakses melalui laman web Lembaga Kemajuan Johor Tenggara. Pembelian dokumen juga boleh menggunakan Kad Debit/Kad Kredit/Wang Kiriman Pos/Wang Pos/Bank Draft berharga seperti yang dinyatakan dalam Jadual di atas. Sekiranya pembelian dibuat dengan menggunakan Wang Kiriman Pos/Wang Pos/Bank Draft, bayaran hendaklah dibuat atas nama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara sebagai Bayaran Dokumen Tender dan bayaran ini tidak dikembalikan.
  4. LAWATAN TAPAK DAN SESI TAKLIMAT TIDAK DIWAJIBKAN. (RUJ: PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA PK2.2/2021-KAEDAH PELAKSANAAN PEROLEHAN/PROJEK KERAJAAN TAHUN 2021 berkuatkuasa 21 April 2021 sehingga 31 Disember 2021).
  5. Sekiranya pihak petender/kontraktor ingin melawat sendiri kawasan atau tapak yang berkenaan, SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti penjarakan sosial, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian pelitup muka adalah DIWAJIBKAN.
  6. Tender ini akan ditutup pada 31 JANUARI 2022. Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeterai serta dilabelkan seperti tajuk kerja di atas dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Kewangan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor pada hari tersebut sebelum jam 12.00 tengahari.

LKJTUTKG TUAH SEHP2020K315