MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI DAN PSIKOLOGI KEJORA TAHUN 2021

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI DAN PSIKOLOGI KEJORA TAHUN 2021 I 28 DISEMBER 2021 I DEWAN KEJORA, BANDAR PENAWAR.
Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Psikologi KEJORA Tahun 2021 merupakan acara kemuncak program induk yang dianjurkan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dalam membudayakan kreatif dan inovatif dikalangan warga KEJORA.
Pelbagai acara telah diatur sepanjang majlis dilaksanakan antaranya Slot Ceramah iaitu ‘Bedah Buku’ dan Pameran AKRAB.
Majlis turut diserikan lagi dengan Pelancaran Sistem Laporan Kehadiran (SILK) dari Anak Pentas KEJORA.
Hadiah bagi pemenang Anugerah Kualiti dan Inovasi KEJORA (AKIK) dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2021 telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Syabas dan tahniah diucapkan!

MAJLIS MENANDATANGI PERJANJIAN TAMBAHAN (MOA) ANTARA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) DAN INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

Majlis Menandatangi Perjanjian Tambahan (MOA) antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi Projek Kajian Penanaman Mengkuang telah berlangsung pada 24 Disember 2021 (Jumaat) bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Menariknya, projek kajian penanaman mengkuang ini merupakan projek yang pertama dan projek perintis yang diusahakan oleh KEJORA bersama-sama pihak FRIM di Sebahagian Kawasan Pertanian Kampung Tuan Seh, Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor. Pengurus Besar KEJORA, Dato’ Haji Mohd Rusdi Bin Mohd Darus berkata, pelaksanaan projek kajian tanaman tersebut kerana ianya mempunyai potensi untuk dimajukan selain memenuhi permintaan bekalan bahan mentah oleh pengusaha kraftangan serta pembangunan masyarakat luar bandar khususnya dalam wilayah KEJORA dan sekitar.
Selain itu, pihak KEJORA sedang dalam tindakan untuk Membina dan Menyiapkan sebuah Pusat Pengumpulan dan Penghasilan Produk Kraftangan berasaskan mengkuang di kawasan yang sama seluas 1.5 ekar.
Tambahan pula, untuk menaikkan lagi penjenamaan semula produk mengkuang di mata dunia, KEJORA telah bersetuju dan meluluskan agar Projek Kajian Penanaman Mengkuang ini didaftarkan di dalam Malaysia Book of Record (MBOR) pada tahun 2022.

SUMBANGAN KIT BANTUAN BANJIR KEJORA-MELAKA

Sebanyak 75 Kit Banjir KEJORA telah diserahkan kepada Pejabat RISDA Negeri Melaka selaku penyelaras agihan Kit Banjir KPLB kepada mangsa banjir di Negeri Melaka.
Semoga dengan bantuan yang telah disalurkan ini dapat membantu mengurangkan beban kepada mangsa banjir yang terkesan.

SUMBANGAN KIT BANTUAN BANJIR KEJORA-NEGERI SEMBILAN

Sebanyak 75 Kit Banjir KEJORA telah berjaya diserahkan kepada Pejabat RISDA Negeri Sembilan selaku penyelaras agihan Kit Banjir KPLB kepada mangsa banjir di Negeri Sembilan.
Semoga dengan kit bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan serba sedikit bebanan kepada mangsa banjir yang terkesan.

SUMBANGAN KIT BANTUAN BANJIR KEJORA-SELANGOR

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) prihatin terhadap mangsa bencana banjir yang melanda di sekitar Selangor.
Penyerahan sumbangan 100 Kit Bantuan Banjir KEJORA telah disalurkan kepada Pejabat RISDA Negeri Selangor selaku penyelaras agihan Kit Banjir KPLB kepada mangsa mangsa banjir di Negeri Selangor.
Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan sedikit bebanan kepada mangsa banjir yang terkesan.

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI KEJORA KE PEJABAT PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

Yang Berhormat Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan satu lawatan kunjungan hormat kepada Yang Hormat Dato’ Zamri bin Yaakob, Pengerusi, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS di pejabatnya. Turut hadir, Encik Abidullah bin S Ali, Ketua Unit Pelaburan KEJORA.
Antara perkara yang dibincangkan pada sesi kunjungan hormat ini adalah termasuk jalinan kerjasama strategik antara KEJORA & NAFAS.
Semoga pertemuan ini dapat meningkatkan lagi kerjasama di antara KEJORA & NAFAS.

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PERINGKAT KEJORA

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat KEJORA.
Sebanyak 4 projek telah dibentangkan terdiri daripada kumpulan Teraju, Sinergi, ICC Tech dan Obligasi.
Projek telah dinilai oleh Puan Nazilah Ahmad dan Puan Norain Ahmad Kamil dari Malaysia Productivity Corporation (MPC).
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta. Semoga menjadi pelapis kepada tenaga kerja berinovatif dan berdaya saing.

BENGKEL DASAR PERTANIAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani KEJORA telah menganjurkan BENGKEL DASAR PERTANIAN KEJORA pada 16 Disember 2021 bertempat di Bayu Balau Beach Resort, Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) iaitu En Daud Bin Abd Rahman. Seramai 40 orang Pegawai yang hadir terdiri daripada Pengurusan KEJORA dan juga wakil agensi-agensi di sekitar Johor iaitu Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG), Jabatan Pertanian Kota Tinggi (DOA), Jabatan Perkhidmatan Verterinar Johor (JPV), Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), MARDI Johor dan Biodesaru Bhd.
Tujuan pelaksanaan bengkel ini adalah untuk menambahbaik dan mengemaskini dasar pertanian KEJORA yang sedia ada agar ianya seiring dengan perkembangan pembangunan pertanian serta dasar-dasar Kerajaan yang digunapakai pada masa kini agar pembangunan pertanian di wilayah KEJORA terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai golongan sasar.

SESI PENJURIAN PERTANDINGAN SEMPENA KARNIVAL KRE8TIVE@MUZIUM NELAYAN 2021

Telah berlangsung sebentar tadi Sesi Penjurian Pertandingan Sempena Karnival Kre8tive @Muzium Nelayan 2021 yang telah berlangsung secara dalam talian bermula 14 November dan berakhir pada 14 Disember yang lepas. Karnival maya Muzium Nelayan anjuran Bahagian Pelancongan KEJORA ini telah berjaya menghimpunkan seramai 260 peserta melalui 5 pertandingan berasingan iaitu Pertandingan Doodle Kreatif, Poster Kreatif, Warna Kreatif, Pakaian Kreatif & Vokal Irama Kreatif. Pemenang akan diumumkan pada minggu hadapan melalui page FB Muzium Nelayan. Tahniah dan syabas kepada semua peserta.

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) TELAH MENYALURKAN BEBERAPA BANTUAN KEPADA PASUKAN PENYELAMAT

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menyalurkan beberapa bantuan kepada pasukan penyelamat untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi bot karam di Tanjung Balau.
Semoga petugas pasukan penyelamat dipermudahkan dalam misi mencari dan menyelamat mangsa mangsa yang terlibat.