MAJLIS RAMAH MESRA YBHG DATO KSU BERSAMA MBJ KPLB DAN MBJ KEJORA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menganjurkan satu majlis ramah mesra bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) serta Wakil MBJ KPLB & Wakil MBJ KEJORA. Ia bagi menjalin dan mengeratkan hubungan
baik antara Kementerian dan Agensi serta Wakil MBJ KPLB & Wakil MBJ KEJORA .
Bagi tujuan itu, majlis makan malam ini diadakan dan dihadiri oleh YBhg Dato’Ramlan bin Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dan diadakan di
Lotus Beach Resort & Spa, Desaru.
Turut hadir, YB Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA, YB Dato’ Sharifah Azizah binti Syed Zaid, Adun Penawar merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, YBhg Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA, Encik Mohd Kamal bin Husin, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Encik Khairudin bin Haji Abdullah, Pengarah KPLB Negeri Johor, Setiausaha-Setiausaha Bahagian KPLB, Pengurusan KEJORA, Pegawai serta Wakil MBJ KPLB dan juga KEJORA.
Langkah ini sebagai salah satu usaha untuk berkongsi pendapat dan pandangan dalam menangani isu berkaitan aduan, cadangan, permasalahan serta pertanyaan dikalangan warga-warga kerja.

LAWATAN KERJA PENGURUSAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) KE PROJEK PEMBANGUNAN PELANCONGAN DAN EKONOMI LUAR BANDAR

Pengurus Besar KEJORA, Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus serta barisan pengurusan KEJORA telah mengadakan satu lawatan kerja ke projek pembangunan pelancongan dan ekonomi di Pulau Tanjung Surat.
Antara kawasan lawatan adalah Hutan Bakau Tanjung Surat, Masjid Jamek Kampung Tanjung Surat, Galeri Warisan Tanjung Surat, Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat, Galeri Jong Kampung Nyior dan Galeri Bakau (Sahabat Bakau) Kampung Linting.
Lawatan ini turut disempurnakan dengan sesi penyerahan bantuan peralatan dibawah Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) dan juga penyerahan Warung Desa.
Turut serta dalam lawatan kerja ini ialah Profesor Dr Mohd Zaki Bin Kamsah serta delegasi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

PERTANIAN TERAS PERNIAGAAN KOMUNITI

Alhamdulillah, selamat dengan jayanya Program Bersama Datuk Rosyam Nor secara bersemuka dan atas talian (FB Live). Terima kasih diucapakan kepada semua yang terlibat terutamanya peserta secara bersemuka dan tidak dilupakan peserta secara atas talian yang turut bersama-sama mengikuti perkongsian daripada Datuk Rosyam Nor.
Banyak perkongsian dan input-input yang telah diberikan kepada kita semua. Terutamanya dalam mengorak langkah dalam perniagaan, jangan dilupakan tanggungjawab kita untuk membayar zakat agar segala perancangan yang dibuat mendapat keredhaan Allah SWT.
Selain itu juga, Datuk memberi nasihat kepada kita semua agar bidang perniagaan yang ingin diceburi perlu dipelajari terlebih dahulu agar segala pelaksanaan bergerak dengan lancar serta dapat meminimukan segala kerugian yang bakal berlaku.
Terima kasih sekali lagi diucapakan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang program berlangsung.

BANTUAN PERALATAN DI BAWAH PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP), SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR)

KEJORA TERUS BERSAMA MEMBANTU EKONOMI UMMAH MELALUI BANTUAN PERALATAN DI BAWAH PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP), SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR).
Alhamdulillah, pada 9 November 2021 pihak KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial Dan Pemajuan Desa (PSPD) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA bagi tahun 2021 bertempat di Dataran Tasik Penawar. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus
Pengurus Besar KEJORA. Hadir sama Encik Daud bin Abd Rahman
Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, Encik Irwan bin A. Rahman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Kejora Development Holdings, Encik Sh. Khayulzahri bin Sh. A. Raof Pengurus Bahagian Pembangunan Sosial Dan Pemajuan Desa serta Tuan Haji Azmee Khan bin Amzah Wakil Penghulu Mukim Tanjung Surat.
Pada tahun ini, seramai 23 orang yang terdiri daripada keluarga di bawah kategori miskin dan B40 dalam Wilayah KEJORA telah dipilih untuk menerima bantuan PPP SPKR dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM191,000.00.
Pihak KEJORA merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada 23 penerima PPP seperti berikut :
1. SALAHA BINTI JAAMAAIN
2. KHADIJAH BINTI MUHAMAD
3. NURUL FARHANA BINTI ISNIN
4. SALMAH BINTI AHMAD
5. NUR AZIEMAH BINTI AZMAN
6. ASMARIANA BINTI JUSOH
7. MOHAMAD AZAM BIN ALI
8. MOHD HAFIZIE BIN ZAMANI
9. MOHD HIBATULLAH BIN KASIMON
10. HALIMATUL SAEDIAH BINTI SAEDON
11. MASZURA BINTI MOHLIM
12. NOORLILLAWATI BINTI ALIMAT
13. FAIZOL HAIRI BINI SHAMSUDDIN
14. NORMAH BINTI AYUB
15. MOHAMAD BIN ISMAIL
16. NOR AZMAN BIN REJAB
17. NAPSIAH BINTI ABD. MANAP
18. HASNIDA BINTI ABD RAHMAD
19. MUHAMMAD HASBIBULLAH BIN INDUSZA
20. MOHD ISKANDAR BIN HASNIN
21. MOHAMMAD FIRDAUS BIN KAMARUN
22. ZURAIDAH BINTI NGALIMAN
23. SYED KAMARULZAMAN BIN SYED ISA
Semoga dengan bantuan tersebut, penerima dapat merancakkan lagi pendapatan ekonomi keluarga dan berjaya keluar daripada dibelenggu kemiskinan.

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

Nusajaya, 9 November 2021 – Satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor di pejabatnya.
Sesi kunjungan hormat ini merupakan kunjungan bersempena pelantikan beliau sebagai Pengurus Besar KEJORA yang baharu.
Hadir sama, Encik Irwan bin A. Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat, Kejora Development Holding Sdn. Bhd.

ANUGERAH PERTANDINGAN KOMUNITI ZON HIJAU COVID-19 KATEGORI LUAR BANDAR

Sekalung penghargaan tahniah kepada barisan JPKK Kampung Dato Ibrahim Majid Kluang Johor diatas pencapaian anugerah Pertandingan Komuniti Zon Hijau Covid-19 kategori luar bandar. Semoga dengan kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada pihak pengurusan JPKK menempa lebih banyak kejayaan di masa hadapan.
Hadir sama penerimaan hadiah pertandingan yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia turut diiringi Tn Hj. Jamaludin Bin A Hamid, Pegawai Daerah Kluang.

Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Permohonan Projek/ Program Pembangunan RMKe-12

Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Permohonan Projek/ Program Pembangunan RMKe-12 (RP2 2022) Di Bawah Seliaan Bahagian Pembangunan Wilayah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi giliran KEJORA telah diadakan pada 22 April 2021, Khamis yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah 1, Bahagian Pembangunan Wilayah. KEJORA telah di ketuai oleh Tuan Haji A. Jalil Bin Md. Arsad selaku Pengurus Besar KEJORA bagi membentangkan permohonan bajet melibatkan 30 projek (12 projek sambungan, 18 projek baharu). Turut hadir sama Encik Daud Bin Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA dan Encik Mohd. Hanafi Bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik. KEJORA telah merangka projek dan program baharu supaya menepati kehendak penduduk wilayah KEJORA bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, mengurangkan kos sara hidup, sistem penyampaian yang lebih cekap dan tingkat daya saing negara.

Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA

KEJORA terus prihatin membantu meningkatkan pendapatan isi rumah kumpulan sasar melalui Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA.

Alhamdulillah, pada 19 dan 21 April 2021, KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah membuat penyerahan peralatan bantuan PPP kepada 13 peserta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar, miskin dan Berpendapatan Rendah B40 di luar bandar melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek ekonomi yang dapat berupaya meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup. Bantuan ini juga dapat membantu menambahkan pendapatan isi rumah dalam menghadapi cabaran ekonomi yang tidak menentu dan wabak Covid-19 yang sedang melanda di negara kita. Sesi penyerahan peralatan tersebut telah disampaikan oleh Encik Sh Khayulzahri bin Sh A. Raof (Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa) bagi mewakili pihak Pengurusan KEJORA, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Penggerak Wilayah KEJORA.

Pihak Pengurusan KEJORA merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada 13 peserta PPP yang terpilih iaitu;
1. PUAN LEHA BINTI BAHAL
2. PUAN NURUL HASYIMA BINTI ABDUL RAHMAN
3. PUAN MOHAMAD YUSRI BIN TUMIRAN
4. PUAN JUNIDAPAIZAH BINTI OSMAN
5. ENCIK SUMARDI BIN SUPRIYANTO
6. PUAN WAN RAMLAH BIN WAN SALLEH
7. PUAN AWA BINTI HUSIN
8. PUAN JULEZA BINTI JELANI
9. PUAN AZLINA BINTI MUHAMMAD @YUSIN
10. ENCIK NORSHAHNIZAM BIN ROSLAM
11. PUAN NOOR ASMAH BINTI KASIM
12. PUAN ZAIRUNAH BINTI MADON
13. PUAN NORAINI BINTI MOHAMED

Semoga usaha dan bantuan ini dapat meringankan beban penerima manfaat yang kurang berkemampuan dan sedikit sebanyak dapat menggembirakan mereka walaupun dalam menghadapi cabaran ekonomi yang tidak menentu.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
#jubliemaskejora
#penerajuteraskemakmuran

Majlis Perasmian Kempen Outreach Imunisasi COVID-19 Wilayah KEJORA Tahun 2021

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya maka pada hari ini berlangsungnya Majlis Perasmian Kempen Outreach Imunisasi COVID-19 Wilayah KEJORA Tahun 2021. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Che Zakaria Bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA dengan jayanya. Turut serta Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, Encik Daud bin Abd Rahman; YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, ADUN Penawar; YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari, ADUN Johor Lama dan Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, Encik SH Khayulzahri bin SH A.Raof.
Ucapan tahniah kepada semua yang telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan bagi membantu kerajaan memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya menamatkan pandemik ini.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Pusat Khidmat Adun Penawar, Pusat Khidmat ADUN Johor Lama dan Pusat Khidmat Tanjung Surat di atas kerjasama yang diberikan. Semoga usaha yang digerakkan oleh KEJORA dan Pejabat Daerah Kota Tinggi ini dapat membantu Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi untuk melaksanakan Program Imunisasi dengan lebih lancar.
Program Outreach yang akan digerakkan oleh tiga Pusat Khidmat Adun ini akan mendekati masyarakat melalui platform booth yang akan dibuka selama 30 hari di kawasan-kawasan yang menjadi tempat tumpuan awam.
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA.

Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA.

KEJORA terus komited membantu peserta e-kasih dan B40 melalui Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA.
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Bersyukur kehadrat ilahi di atas kurniaan dan anugerahNYA, pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Perniagaan kepada 28 penerima bantuan peralatan PPP SPKR Wilayah KEJORA pada 7 dan 8 April 2021 (Rabu dan Khamis) bertempat di Desa Selatan Resort (Southern Village Resort), Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan strategi asas peniagaan, pemasaran, penyediaan laporan kewangan, sesi motivasi dan perkongsian ilmu. Majlis Penutupan kursus telah dirasmikan oleh Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Turut hadir sama Encik Sh. Khayulzahri bin Sh. A. Raof, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) KEJORA dan Encik Nik Mohd Nor Arif, Pengurus IYBE Bispoint selaku Pengendali Latihan.