KEJORA DAN MARDI TANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

13 Julai 2023, Putrajaya – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang akan menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama dalam pembangunan pertanian di Wilayah Johor Tenggara.
YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) bersama YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) turut menyaksikan upacara tersebut di Dewan Seri Lestari, KKDW hari ini.
Antara objektif MoU ini termasuk kerjasama R&D untuk penambahbaikan teknologi ternakan dan teknologi buah-buahan, pemindahan teknologi dalam bidang ternakan dan tanaman, khidmat nasihat teknikal serta bidang kerjasama lain yang akan diperhalusi selepas ini.
Majlis ini turut di hadiri oleh YB Datuk Hjh Rubiah binti Hj Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, YBhg. Dato’ Seri Ramlan bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA, YBrs. Dr Azman bin Ismail, Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, YBrs. Tuan Mas Rizal bin Helmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Dr Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI, Setiausaha-Setiausaha Bahagian KKDW, Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, Pengurusan Kanan KEJORA dan Pengurusan Kanan MARDI serta tetamu jemputan yang lain.
Semoga dengan termetrainya perjanjian persefahaman ini, KEJORA dan MARDI akan terus berusaha demi membangunkan luar bandar terutama Wilayah Johor Tenggara dalam bidang pertanian.

KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI INTEGRITI KEJORA TAHUN 2023

Pada 12 Julai 2023, pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Integriti telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Integriti bertemakan “Berintegriti dan Bermaruah” KEJORA bagi Tahun 2023 bertempat di Kompleks Pejabat SPRM Johor yang melibatkan Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan seramai 40 orang termasuk urusetia kursus.
Kursus ini telah disampaikan oleh Ps Salmiha binti Saidin dan PPs Mohd Hassan bin Sulaimi dari Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Johor.
Antara objektif kursus ini adalah menekan keperincian berkaitan dengan empat kesalahan utama di Akta SPRM 2009 yang membawa kepada berlakunya ketirisan dalam proses perolehan. Peserta didedahkan dengan contoh-contoh kes sebenar berkaitan dengan rasuah dalam perolehan serta impak kepada individu, organisasi dan pembangunan ekonomi negara.
Selain itu, peserta juga berpeluang melawat fasiliti siasatan SPRM Johor seperti bilik rakaman bervideo (VIR), lokap dan kawad cam.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga dengan ilmu yang diperolehi dari kursus ini, akan memberikan manfaat kepada semua peserta.

KEJORA SERAH 2 UNIT TRAKTOR NEW HOLLAND KEPADA KOPERASI PESERTA RANCANGAN ORANG ASLI FELCRA TANAH ABANG MERSING BERHAD

9 Julai 2023 – Mersing – Pada hari ini, KEJORA telah menyerahkan 2 unit traktor jenama New Holland kepada Koperasi Peserta Rancangan Orang Asli Felcra Tanah Abang Mersing Berhad sempena Program Desa Lestari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Sebelum ini, pihak Koperasi telah menerima satu (1) unit Lori 3 Tan, dua (2) unit traktor, Stor dan Tempat letak jentera serta bayaran pengurusan dan operasi.
Majlis Penyerahan ini disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA kepada Encik Jati bin Awang, Pengerusi Koperasi. Turut hadir Encik Akram bin Hasan, Timbalan Pengarah SKM Johor dan wakil daripada KKDW, PKN Johor, JAKOA, FELCRA, serta beberapa agensi yang lain.
Semoga dengan penyerahan beberapa jentera serta aset-aset ini akan meningkatkan ekonomi masyarakat setempat serta membantu KEJORA serta KKDW dalam usaha membanteras miskin tegar di negara ini.

LAWATAN PENANDA ARAS ELECTRIC VEHICLE (EV)

Dalam merancang, mengurus dan melaksanakan pembangunan luar bandar di wilayah KEJORA, aktiviti-aktiviti berteraskan pembangunan ekonomi dan keusahawanan menjadi teras dan fokus pengurusan KEJORA di dalam memastikan kesenjangan ekonomi luar bandar dan di bandar dapat diseimbangkan. Manakala kehadiran pelancong ke Wilayah KEJORA mula menunjukkan trend peningkatan selepas Covid-19 melanda negara.
Lanjutan dari perkembangan yang semakin memberangsangkan, bermula 4 hingga 6 Julai 2023 (Selasa – Khamis), satu sesi lawatan kerja KEJORA melalui Unit Ekonomi dan Usahawan dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diadakan bagi melihat sendiri ruang serta peluang yang boleh dibangunkan di Wilayah KEJORA yang berkonsepkan ekonomi pelancongan.
Sesi lawatan yang bermula di Depoh & Bengkel Bas MARA Liner, Pekan Kuah, Langkawi telah membuka satu analogi baru dalam usaha KEJORA mendapatkan input tentang pembangunan industri Electrical Vehicle (EV) selaras dengan hasrat kerajaan dalam menyokong kearah kelestarian bumi. Selain itu juga, lawatan penanda aras ini dijadikan nilai tambah dan boleh diaplikasikan di Pusat Automotif KEJORA demi menyokong kepada industri pelancongan Wilayah KEJORA.
Rombongan dari KEJORA juga turut diberikan taklimat berkaitan dengan pembangunan dan pengoperasian bas EV oleh Bahagian Pelaburan MARA diketuai oleh En. Mohd Diah bin Abas, Pengarah Kanan Pelaburan MARA bersama kumpulan pembangunan MARA Liner Sdn Bhd. Manakala pihak KEJORA telah diketui oleh En. Sheikh Khayulzahri bin A.Raof, Pengurus Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa serta pegawai daripada pengurusan pembangunan iaitu Unit Ekonomi dan Usahawan, Unit Pengurusan Fasiliti, Bahagian Pelancongan, Unit Teknikal, Unit Pelaburan dan Unit Komunikasi Korporat. Turut bersama-sama KEJORA adalah syarikat LIAS Maju Tyre dan JHAS Automotive Specialist Sdn Bhd.
Manakala lawatan di Ibu Pejabat TNB, pihak KEJORA telah diberikan taklimat yang diketuai oleh En. Wan Ahmad Zam Zam bin Wan Abd. Wahab, Pengarah Program (PMO Electric Vehicle). Turut sama hadir adalah Datin Nurulhayati binti Anual serta En. Hisyam bin Hasib, Bahagian Pembangunan dan Pemasaran (PMO Electric Vehicle).
Diharapkan platform yang berpotensi tinggi ini dapat memberi manfaat kepada KEJORA serta usahawan luar bandar dalam Wilayah KEJORA khususnya bidang automotif dalam usaha meneroka serta meningkatkan jaringan perniagaan serta mempromosi pelancongan Wilayah KEJORA.

LAWATAN KERJA YB TAN SRI DATO’ DR HAJI AZMI BIN ROHANI, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR MERANGKAP PENGERUSI KEJORA KE IBU PEJABAT KEJORA SERTA WILAYAH KEJORA

Pada hari ini, 3 Julai 2023 bersamaan 14 Zulhijjah 1444H, YB Tan Sri Dato’ Dr. Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat KEJORA serta Wilayah KEJORA.
Sesi lawatan kerja ini dimulakan dengan suai kenal bersama Pengurusan KEJORA ke Bahagian serta Unit-Unit di KEJORA. Sesi suaikenal ini adalah salah satu kaedah untuk YB Tan Sri Dato’ Dr Setiausaha Kerajaan Johor mengenali setiap anggota KEJORA. Seterusnya, YB Tan Sri Dato’ Dr Setiausaha Kerajaan Johor telah diberikan taklimat pengurusan dan pembangunan KEJORA yang disampaikan oleh Pengurus Perancangan Strrategik. Taklimat ini merangkumi keseluruhan pencapaian KEJORA, fungsi, visi, misi serta hala tuju KEJORA.
Di dalam ucapan balasnya, YB Tan Sri Dato’ Dr Setiausaha Kerajaan Johor berpanjangan bahawa Pengurusan Kanan KEJORA perlu sentiasa peka dan bekerja dengan lebih kuat serta memastikan keberjayaan sesuatu program itu dicapai.
Di dalam rangka lawatan ini juga, YB Tan Sri Dato’ Dr Setiausaha Kerajaan Johor telah memberikan amanat kepada semua Anggota KEJORA dan seterusnya telah melancarkan Sistem Aktiviti KEJORA (SARA). Selain itu, Kg. Dato’ Abdul Ghani Othman Pengerang telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan Kampung Unggul Wilayah KEJORA.
Lanjutan daripada kejuaraan ini, satu program konvoi bermotor yang diketuai oleh YB Tan Sri Dato’ Dr Setiausaha Kerajaan Johor ke Kg. Dato’ Abdul Ghani Othman. Di dalam program Akrab Komuniti ini, beberapa program telah diadakan antaranya sukan komuniti, pertandingan pondok tercantik dan sebagainya.
Turut serta dalam lawatan kerja ini adalah Timbalan Pengerusi KEJORA, YBhg. Dato’ Hj Abd. Halim bin Hj. Suleiman, Pengarah PTG Johor, YB Dato’ Hj Ashari bin Kasnan, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hjh Hazlina Binti A.Jalil, ADUN Tg. Surat, YB Aznan bin Tamin, Pegawai Tadbir Johor Daerah Kota Tinggi, wakil Pegawai Daerah Kluang, serta tetamu jemputan yang lain.
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj. Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA diatas kesudian mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat KEJORA serta Wilayah KEJORA.

MAJLIS IBADAH QURBAN (MAQRAB) 2023

Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, KEJORA telah mengadakan Majlis Ibadah Qurban (MAQRAB) 2023 di Masjid As-Syifa Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Sebanyak 91 ekor kambing dan 26 ekor lembu telah ditumbangkan.
Program yang dijalankan secara kerjasama strategik antara KEJORA, AGROPRENEUR FARM SDN BHD, ALIYAH RIZQ HOLDING PTE LTD serta Masjid As-Syifa Bandar Penawar telah bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha.
Majlis Ibadah Korban pada kali ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus Pengurus Besar KEJORA. Selain itu juga, Pengurusan KEJORA, Pengurusan Masjid As-Syifa Bandar Penawar, Penggerak Kampung Wilayah KEJORA, RELA serta Warga KEJORA dan penduduk Bandar Penawar turut sama-sama membantu melapah serta membahagikan daging korban.
Dengan kehadiran lebih dari 1500 orang, majlis turut diserikan dengan kehadiran YB. Pn. Fauziah binti Misri, ADUN Penawar yang turut sama mengagihkan daging korban kepada golongan Asnaf di kawasan Penawar serta orang ramai.
Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata;
Nabi SAW bersabda:
Barang siapa menyembelih (binatang korban) sebelum solat (Eid), maka ia menyembelih untuk dirinya sendiri, dan barang siapa menyembelih setelah solat (Eid), maka ibadah korbannya telah sempurna dan bertindak sesuai dengan sunnah kaum Muslimin.” (HR Bukhari No: 5120)

KURSUS ASAS PERBIDANAN LELAKI DAN WANITA (22-24 JUN 2023)

Melalui Unit Ekonomi dan Usahawan pada 22-24 Jun telah mengadakan Kursus Asas Urutan dan Perbidanan dengan dihadiri oleh 22 orang peserta. Bidang perbidanan merupakan satu cabang klauster perkhidmatan yang perlu diberikan pengiktirafan dan bukan hanya dijadikan sebagai profession sampingan, sebaiknya bidang ini boleh dikomersialkan sebagai kerjaya profesional.
Justeru itu, Unit Ekonomi dan Usahawan merasakan bidang perbidanan seharusnya lebih berdaya saing dengan memastikan peserta kursus yang dianjurkan ini akan diberikan pengikataran dan pensijilan dalam bidang asas urutan dan perbidanan supaya khidmat mereka dipercayai. Melalui syarikat Eidele Musleema Beauty Spa yang dilantik, pihak syarikat memainkan peranan dalam memberi pengetahuan asas urutan kepada peserta dan mengenali sistem tubuh mengikut ilmu sains. Ini kerana, mengenali dan menguasai sistem tubuh adalah penting kepada pengamal perkhidmatan perbidanan.
Kursus Asas Perbidanan Lelaki dan Wanita yang telah diadakan pada 22-24 Jun 2023 (Khamis-Sabtu) di Hotel Amansari, Bandar Penawar telah dirasmikan oleh En Mohd Fakharur Razziy Bin Hazran, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan. Turut serta Puan Nurimah Binti Nuredin, Pengasas Urutan & Perbidanan Kaedah 100 Tahun Lampau.
Seramai 22 peseta telah mengikuti kursus ini dengan diberikan modul perbidanan yang lengkap bagi menjadi bidan profesional dan diiktiraf. Tahniah dan syabas kepada semua peseta.

EKSPEDISI BUKIT BELUNGKOR

Bersempena dengan penyediaan Travelog Eko Pelancongan Pulau Tanjung Surat, satu ekspedisi mendaki Bukit Belungkor telah di anjurkan oleh Bahagian Pelancongan KEJORA yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA menjelajah & meneroka hutan belantara bersama-sama sebahagian pengurusan & anggota KEJORA.
Syabas kepada semua yang berjaya sampai ke puncak!

KEJORA FC JOHAN PIALA SUMBANGSIH LIGA KOTA TINGGI

TAHNIAH!!
Syabas & Tahniah diucapkan kepada KEJORA FC yang telah dinobatkan sebagai JOHAN di dalam Piala SUMBANGSIH Liga Kota Tinggi 2023.

LANJUTAN TEMPOH PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN KOMPLEKS HENTIAN PENAWAR SUNGAI CHEMARAN II, 81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR

PERMOHONAN

  1. Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan Sewaan Premis yang boleh diperolehi secara secara percuma melalui kaedah berikut:

2. Pemohon adalah dinasihatkan agar membuat semakan dan lawatan ke atas premis yang berkenaan sebelum mengemukakan                                permohonan.

3. Dokumen-dokumen yang PERLU disertakan bersama Borang Permohonan Sewaan Premis adalah sebagaimana berikut:

i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ATAU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
iii. Salinan Borang 9, Borang 24, Borang 44, Borang 49 DAN Salinan Sijil Saham (sekiranya berkaitan)
iv. Salinan Lesen Perniagaan (jika ada)
v. Salinan Penyata Kewangan terkini ATAU Penyata Akaun Bank (3 bulan terakhir)
vi. Salinan sijil ATAU dokumen sokongan lain yang berkaitan (contoh Persijilan Halal, penyertaan kursus & lain-lain)
vii. Kertas cadangan perniagaan (Mandatori)

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada alamat berikut :

BAHAGIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI,

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,

BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,

JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,

81930 BANDAR PENAWAR,

JOHOR.

 

atau; emelkan ke alamat emel berikut : kejora@kejora.gov.my.

5. Sekiranya pemohon gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen sepertimana di para 3.1 dan 3.3 diatas, maka permohonan tersebut            adalah dianggap tidak lengkap dan TERBATAL serta tidak akan diproses.

6. Tarikh tutup permohonan (lanjutan) adalah pada 27 JUN 2023 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas          daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.

7. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau
07- 8843156.

Maklumat Lanjut dan Syarat-syarat Permohonan adalah seperti berikut :

IKLAN LANJUTAN HETIAN PENAWAR 2023 – SAMBUNGAN