PELAWAAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) BIL. 2/2023

PERMOHONAN

  •  Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
  1. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
  2. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:   https://forms.gle/S4AS3qsELRsoWAAm9  atau;
  3. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

 

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,

BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,

JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,

BANDAR PENAWAR,

81930 BANDAR PENAWAR,

JOHOR.

     4. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 JULAI 2023 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas                        daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.

6. Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalah dianggap              TIDAK BERJAYA.

7. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau
          07-8843159.

Sekian, terima kasih.

Tarikh Iklan : 19 JUN 2023 (ISNIN)

IKLAN STAg SIRI 2 – 2023

 

Borang Permohonan SKIM TUNAS AGRO (STAg) TAHUN 2023

 

LAWATAN PEJABAT BELANJAWAN NEGARA, KEMENTERIAN KEWANGAN DAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH KE PROJEK PEMBANGUNAN KEJORA

Pejabat Belanjawan Negara (NBO), Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Puan Rohayu binti Mohamad, Ketua Penolong Pengarah dan En. Aiman bin Hassan, Penolong Pengarah NBO bersama En Mohd Nazri bin Mohd Deni, Setiausaha Bahagian Kewangan, KKDW telah mengadakan Lawatan Projek Pembangunan di bawah KEJORA pada 16 Jun 2023. Turut serta adalah Pn. Zuraida binti Mohd Jalal dan Pn. Wahidah binti Ab Wahab dari Bahagian Kewangan, KKDW.
Delegasi Pejabat NBO dan Bahagian Kewangan KKDW telah disambut mesra Pn. Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA bersama Pengurus Bahagian dan Ketua Unit serta Pegawai KEJORA. Sesi lawatan sehari dimulakan di Bandar Tenggara yang merangkumi lawatan ke Kawasan Inkubator KEJORA Bandar Tenggara dan Loji Kumbahan Taman Anggerik. Seterusnya, delegasi telah dibawa ke Projek Ladang Fertigasi Sg. Mupor yang sedang dalam pelaksanaan dan cadangan pelaksanaan bagi fasa 2.
Sesi lawatan diteruskan di kawasan Sedili yang melibatkan lawatan ke Projek Tanaman Mengkuang, Projek Infrastruktur Perumahan Tuan Seh Fasa 2C dan Cadangan Tuan Seh Business Centre. Siri lawatan terakhir pula melibatkan cadangan pembangunan di Bandar Penawar yang merangkumi Cadangan Ekopelancongan Tg. Lompat dan Cadangan Pembangunan Agropelancongan Sg. Chemaran 2.
Keseluruhan Lawatan projek ini melibatkan pelaksanaan Projek Pembangunan KEJORA dan permohonan projek pembangunan KEJORA bagi Rolling 4, RMKe-12. Pihak KEJORA dan delegasi juga berkongsi pandangan bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan KEJORA yang sedang dan akan dilaksanakan.

KURSUS TERNAKAN BLACK SOLDIER FLY (BSF) KEJORA TAHUN 2023

Harga makanan ternakan semakin hari semakin mahal. Dengan adanya Teknologi Serangga Black Soldier Fly (BSF), peserta boleh menghasilkan makanan ternakan organik tanpa perlu membeli makanan luar dan boleh menjana keuntungan lebih tinggi.
KEJORA menerusi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) telah menganjurkan Kursus Ternakan Black Soldier Fly (BSF) bermula dari 12 hingga 14 Jun 2023 di
National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), Serdang, Selangor. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Kampung, Wakil-Wakil Koperasi, pengusaha-pengusaha pertanian serta penduduk di sekitar wilayah KEJORA.
Kelebihan BSF ialah ia mampu menukar semua jenis sisa organik kepada sumber protein dan lemak yang boleh dijadikan sebagai makanan ternakan. Penternakan larva BSF bukan sahaja dapat memelihara alam sekitar malah mampu menjana pendapatan dengan penghasilan input pertanian tempatan yang mampan.
Semoga dengan ilmu yang diperolehi dari kursus ini menjadi pemangkin kepada semangat kepada pengusaha pertanian wilayah KEJORA.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua peserta.

KURSUS TEAMBUILDING BERSAMA AKRAB KEJORA TAHUN 2023

Seramai 40 orang anggota KEJORA telah mengikuti Kursus Teambuilding Bersama AKRAB KEJORA yang telah diadakan pada 13 hingga 15 Jun 2023 bertempat di Agrotek Garden Resort dengan kerjasama penceramah dari syarikat Triple A Training Consultancy.
Kursus ini dilaksanakan dengan kerjasama dari anggota AKRAB KEJORA bertujuan untuk membudayakan semangat bekerjasama dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan anggota KEJORA.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada anggota KEJORA yang telah menjayakan kursus ini dengan jayanya.
#JubliEmasKEJORA

SUKAK 2023 DITUTUP DENGAN RASMINYA

Sukan Kelab Anggota KEJORA 2023 (SUKAK2023) telah pun melabuhkan tirai dengan majlis penutupan yang telah diadakan pada 15 Jun 2023 (Khamis) di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Majlis penutupan SUKAK dibuat bersekali dengan Jamuan Hi-Tea SUKAK2023 dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA. Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), En. Mus-Irwan bin Hj. Misrom, Naib Pengerusi KAK, Pengurus-Pengurus Bahagian dan Ketua-Ketua Unit KEJORA, Anggota KEJORA termasuk Anggota Anak Syarikat KEJORA.
Di dalam majlis ini, telah disampaikan kesemua hadiah kepada pemenang dan Rumah Kuning Si Helang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi SUKAK 2023.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Sukan Kelab Anggota KEJORA adalah salah satu medan mencungkil bakat kepada semua anggota KEJORA dan anak syarikat KEJORA bagi menghadapi beberapa kejohanan pada masa akan datang.
“Hidup memerlukan pengorbanan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan Ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

PROGRAM CERAMAH PENGUKUHAN INTEGRITI SIRI 3 TAHUN 2023

Pada 15 Jun 2023, Bandar Penawar – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Integriti telah menganjurkan Ceramah Pengukuhan Integriti Siri 3 Tahun 2023 bertempat di Bilik Taklimat KEJORA, Bandar Penawar.
Ceramah ini telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz SF Baharin bin Jalal , Ketua Penolong Pengarah Mufti (Fatwa), Pejabat Mufti Negeri Johor yang bertajuk “Keluarga Bahagia, Impian Semua”.
Antara intipati cermah ini adalah, tidak ada seorang pun yang menginginkan keluarga yang kucar-kacir, tidak harmoni dan selalu berbalah. Bukan itu sahaja, keluarga juga merupakan satu kelompok terkecil masyarakat yang mana mereka mempunyai peranan masing-masing untuk mempertahan, dan menjaga kelangsungan kelompok tersebut. Akhir kata, keluarga bahagia adalah salah satu penyumbang kepada nilai masyarakat yang saling hormat-menghormati, positif dan harmoni.
Semoga dengan penyampaian yang diterima oleh semua anggota KEJORA dapat memberikan manfaat kepada semua termasuk keluarga dan masyarakat sekeliling.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK (JKIK) BIL. 3 TAHUN 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian (JKIK) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bil.3/2023 telah diadakan pada 13 Jun 2023 (Selasa) di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Bandar Penawar, Johor.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KKDW dengan kehadiran ahli JKIK seramai 48 orang. Ahli mesyuarat ini adalah terdiri daripada Setiausaha Bahagian/Ketua Agensi/Ketua Jabatan dari KKDW dan Perunding dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) termasuk urusetia dari INFRA.
Selesai mesyuarat, semua ahli mesyuarat di bawa ke sesi lawatan kawasan kajian iaitu di kawasan Eko-Pelancongan Sungai Sedili, Johor.
Terima kasih kepada semua TKSU (D) KKDW serta semua deligasi yang hadir ke KEJORA.

KURSUS URUTAN TRADITIONAL & BEKAM

KEJORA telah melaksanakan Kursus Urutan Tradisional dan Bekam di bawah Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah KEJORA (KEMBARA)bermula pada 9 hingga 11 Jun 2023 bertempat di Hotel Desaru Penawar. Kursus ini melibatkan peserta seramai 30 orang.
Setiap peserta telah diberikan tunjuk ajar mengikut modul melalui pembelajaran teori dan praktikal berkaitan urutan tradisional dan bekam. Selain itu, setiap peserta diberikan kit bagi melaksanakan perkhidmatan secara mobile.
Encik Sh. Khayulzahri bin Sh. A.Raof , Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa telah merasmikan majlis penutupan kursus dan menyampaikan cenderahati kepada Encik Mohamad Saifullah bin Yusoff daripada selaku penceramah dari Avicenna Academy Malaysia.
Semoga pelaksanaan kursus ini akan melahirkan lebih ramai usahawan atau perawatan secara sunnah iaitu urutan tradisional dan bekam.

PEMBUKAAN KAUNTER BERGEGRAK AGENSI BERSAMA KOMUNITI DAN HARI KEJORA BERSAMA PELANGGAN KEJORA

11 Jun 2023 (Ahad), Layang-Layang – Pada hari ini, Pusat Komuniti Desa (PKD) Layang-Layang telah mengadakan program Kaunter Bergerak Agensi Bersama Komuniti. Dalam program ini juga, pihak KEJORA telah mengadakan program Hari KEJORA Bersama Pelanggan yang bertujuan untuk memudahkan pelanggan berurusan secara terus dengan beberapa Bahagian dan Unit KEJORA tanpa perlu hadir ke Ibu Pejabat KEJORA.
Selain KEJORA, terdapat 3 agensi utama iaitu Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PTPTN serta JPJ telah bersama-sama membuka kaunter pertanyaan dan sebagainya bagi kemudahan penduduk di Layang-Layang.

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN RMKe-12 PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR KE KEJORA

Pada hari ini, pihak Pejabat Pembangunan (SDO) Negeri Johor yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah mengadakan Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan RMKe-12 di bawah KEJORA.
Delegasi Pejabat SDO telah disambut mesra YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA dan Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik. Sesi lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan pembentangan 3 projek di bawah KEJORA iaitu Pembangunan Infrastruktur Tanjung Balau Fasa 2, Pembangunan Pelancongan Warisan Pulau Tanjung Surat dan Pembinaan Premis Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), Bandar Penawar. Selain itu, KEJORA juga mendapatkan turut mendapatkan pandangan, nasihat dan cadangan penyelesaian bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan KEJORA yang sedang dan akan dilaksanakan.
Sesi Lawatan Pemantauan diakhiri dengan lawatan ke Projek Pembinaan IKS Bandar Penawar. Turut serta dalam Lawatan Pemantauan ini adalah Puan Noor Idayu binti Othman, Encik Hasbullah bin Mat Taib dan Encik Tahiruddin bin Abdul Hadi daripada Seksyen Pemantauan Dan Penilaian SDO Negeri Johor serta pegawai KEJORA yang terlibat.