LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU), JABATAN PERDANA MENTERI KE KEJORA

Pihak KEJORA telah menerima kunjungan dari Bahagian Hal Ehwal
Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri pada 22 Mac 2022 bertempat di Ibu Pejabat KEJORA dan Muzium Nelayan Tg. Balau.
Lawatan ini diketuai oleh Puan Azlin binti Azizan, Timbalan Ketua
Pengarah (Pengurusan) Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri yang melibatkan seramai 40 orang peserta.
Puan Marlina Binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) turut hadir bagi meraikan kedatangan peserta lawatan.
Turut diadakan, Taklimat Pembangunan KEJORA yang disampaikan oleh Encik Mohd Hanafi Bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik. Selain itu, peserta juga dibawa melawat ke Muzium Nelayan Tg. Balau. Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah berkongsi pengalaman bagi penambahbaikan berterusan dan meningkatkan kerjasama di antara Jabatan.

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR KEJORA KE ATAS PENGARAH PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR (PPNJ)

29 MAC 2022 I SELASA I 3.00 PETANG
YBhg. Dato’ Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat ke atas YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Kunjungan Hormat yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik 2 hala antara KEJORA dan Pejabat Pembangunan Negeri Johor terutamanya dalam perkongsian maklumat, perbincangan dan khidmat nasihat berkaitan hala tuju isu Projek-projek Pembangunan KEJORA yang dalam perancangan dan pelaksanaan.
Kunjungan Hormat pihak KEJORA yang turut disertai oleh En. Mohd Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik dan En. Muhammad Redzuan bin Othman, Penolong Pengurus telah disambut mesra oleh Pengarah PPNJ, Puan Amy Lydia binti Adnan, Timbalan Pengarah (Pemantauan) dan En. Hasbullah Mohd Hasbullah bin Mat Taib, Penolong Pengarah (Pemantauan).

MAJLIS PELANCARAN PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI KEJORA 2022-2025

Bandar Penawar, 29 Mac 2022 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menganjurkan majlis pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) KEJORA 2022-2025. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor, YBhg TPj Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias.
Pelan OACP KEJORA 2022-2025 ini menggariskan 3 strategi, 4 objektif strategik serta 28 inisiatif sebagai sumber rujukan serta pendokong kepada pencapaian visi, misi dan objektif KEJORA.

SESI RAKAMAN SAUJANA TALK ANJURAN INSTITUT DATO’ ONN (IDO)

Jangan lupa ikuti #SaujanaTalk 2022 anjuran Institut Dato’ Onn (IDO) yang akan bersiaran tidak lama lagi.
Terima kasih kepada pihak IDO kerana mengundang KEJORA untuk bersama-sama menjayakan program ini sebagai salah satu platform perkongsian inisiatif bantuan/geran/kursus yang bakal dilaksanakan pada tahun 2022 seiring dengan masalah dan keperluan usahawan.
Sesi rakaman Saujana Talk ini dihadiri oleh Tuan Haji Farizal Bin Ismail, Pengarah IDO, manakala KEJORA diwakili oleh En Mohd Fakharur Razziy Bin Hazran, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan.

PROGRAM PELANCONGAN DESA MELALUI PENGANJURAN KURSUS ENGLISH FOR TOURISM WILAYAH KEJORA

KEJORA Terus Komited Memperkasakan Program Pelancongan Desa Melalui Penganjuran Kursus English For Tourism Wilayah KEJORA Tahun 2022
Pada 24 hingga 26 Mac 2022, pihak KEJORA melalui Bahagian Pelancongan telah menganjurkan Kursus English For Tourism Wilayah KEJORA Tahun 2022 bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka.
Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan kemahiran Bahasa Inggeris mudah bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, menguasai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan setiap pelanggan serta memudahkan penyampaian dalam Bahasa Inggeris kepada pelancong.
Kursus ini telah disertai seramai 16 orang peserta yang mewakili persatuan, komuniti dan pengusaha pelancongan desa Wilayah KEJORA iaitu :
i. Jawatankuasa Homestay Kg Mawai Baru;
ii. Jawatankuasa Homestay Kg. Johor Lama;
iii. Jawatankuasa Homestay Kg. Sedili Kecil;
iv. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Surat;
v. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Sedili dan
vi. Belungkor Venture.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Pelancongan selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA.
Semoga dengan penganjuran kursus ini, dapat meningkatkan mutu kualiti dalam memperkasakan pelancongan desa wilayah KEJORA serta memartabatkan sektor pelancongan di kawasan kampung masing-masing agar matlamat pelancongan berasaskan komuniti (community based tourism) dapat dicapai dengan jayanya.
#KPLB
#KEJORA
#LuarBandarSejahtera
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#JubliEmasKEJORA
#PenerajuTerasKemakmuran

TAWARAN TENDER : KLDSB/TPP/LANSKAP/FASA2B/2022

CADANGAN KERJA-KERJA LANDSKAP BAGI FASA 2B DI ATAS LOT 11067 SELUAS 67.174 EKAR MUKIM TANJUNG SURAT, BANDAR PENAWAR, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM.

 

Tempat, Tarikh dan Waktu Jualan Dokumen Sebut Harga adalah seperti berikut:-

Tempat   :           KEJORA LAND DEVELOPMENT SDN. BHD.
                             PTD 10422, Jalan Ungku Abdul Aziz,
Kawasan Perindustrian Bandar Penawar Fasa 3,
81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim.

Tarikh    :           04hb April 2022 hingga 18hb April 2022

Waktu    :           9.00 Pagi – 4.00 Petang

Dokumen Meja Sebut Harga boleh disemak di pejabat di atas. Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh 18hb April 2022.

 

  1. Penyebut harga dikehendaki membuat bayaran secara WANG POS atau BANK DERAF atas nama KEJORA LAND DEVELOPMENT SDN. BHD.
  2. Penyebut harga hendaklah mengemukakan Sijil Pendaftaran ASAL Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).
  3. DIWAJIBKAN bagi setiap PEMILIK SIJIL untuk hadir semasa Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak. Kehadiran wakil adalah TIDAK DIBENARKAN.
  4. Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat bermeterai dan ditulis tajuk Sebut Harga di penjuru kiri sampul berkenaan. Dokumen hendaklah dimasukkan ke PETI SEBUT HARGA di alamat berikut:

KEJORA LAND DEVELOPMENT SDN. BHD.
PTD 10422, Jalan Ungku Abdul Aziz,
Kawasan Perindustrian Bandar Penawar Fasa 3,
81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim.

Dokumen Sebut Harga yang LEWAT diterima tidak akan dipertimbangkan

5.Dokumen Sebut Harga yang dihantar hendaklah disertakan dengan Wang Kesungguhan berjumlah seperti di nyatakan di dalam jadual di atas di            dalam bentuk BANK DERAF atas nama KEJORA LAND DEVELOPMENT SDN. BHD.

6.KEJORA LAND DEVELOPMENT SDN. BHD. tidak terikat untuk menerima sebutharga dengan harga terendah atau mana-mana sebut                 harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Perolehan Sebut Harga adalah muktamad.

 

KENYATAAN SEBUTHARGA – KERJA LANDSKAP TPP

 

IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) mempelawa pemohon-pemohon BUMIPUTERA yang berminat & memenuhi syarat-syarat permohonan untuk menyewa ruang niaga / premis bagi menjalankan perusahaan dan industri ringan berasaskan Makanan, Minuman, Herba & Lain-lain di Kilang Industri Kecil Sederhana di Taman Sri Lambak. Rebutlah Peluang Ini dan bertindak sekarang.
Tarikh tutup iklan : 10 April 2022 (Ahad)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Ekonomi dan Usahawan KEJORA di talian 078843197.

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADAN ANJURAN KELAB ANGGOTA KEJORA

Pada 24 Mac 2022, berlangsungnya Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Program Ihya’ Ramadan anjuran Kelab Anggota KEJORA yang dipimpin oleh Encik Daud bin Abdul Rahman, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan dan Encik Yusrihan Bin Jusak, Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Dewan KEJORA Bandar Penawar bersama warga KEJORA.
Majlis diteruskan dengan ceramah yang bertajuk tips pemakanan sihat di bulan ramadan oleh Yang dihormati Dr. Zamizulfikri bin Jemangin, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi.
Alhamdullilah, program ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PASCA BANJIR WILAYAH KEJORA

Pada 22 Mac 2022, telah berlangsungnya penutup Majlis Penyerahan Sumbangan Pasca Banjir Wilayah KEJORA kepada mangsa-mangsa banjir wilayah KEJORA.
Encik Adam Malek bin Haji Tugimin, Ketua Unit Perundangan KEJORA telah mengetuai penyerahan Bantuan Pasca Banjir kepada 34 orang penduduk Kg. Mawai dan Kg. Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor yang terjejas akibat kejadian banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Encik Muszaidi bin Makmor, ADUN Sedili yang sudi bersama-sama dalam sesi penyerahan tersebut.
Semoga dengan sumbangan yang telah diberikan dapat memberikan keceriaan serta meringankan beban penduduk kampung yang terkesan dengan bencana banjir tersebut.

PENGURUS BESAR KEJORA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ABMWS

Bandar Penawar – Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Mohd Zaidi bin Rahmat, Ketua Pegawai Operasi bersama Encik Mohd Fairoz bin Mohd Saad, Eksekutif Kanan Latihan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABMWS).
Kunjungan tersebut turut membincangkan mengenai jalinan dan usahasama dua hala berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk penduduk wilayah KEJORA.
#KPLB
#KEJORA
#LuarBandarSejahtera
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#JubliEmasKEJORA
#PenerajuTerasKemakmuran