program Desa Lestari bersama Koperasi Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati Tangkak
Alhamdulillah telah berlangsungnya sesi penyerahan siap kerja bagi kerja-kerja membekal 2 unit jentera pertanian kepada Koperasi Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati Tangkak. KEJORA telah menjadi agensi pelaksana bagi pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah program Desa Lestari. Semoga peruntukan jentera ini dapat di manfaatkan oleh pihak Koperasi Kampung Kesang Tasek bagi melahirkan Desa yang Lestari dan sejahtera.
#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
#jubliemaskejora
#penerajuteraskemakmuran
Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Permohonan Projek/ Program Pembangunan RMKe-12
Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Permohonan Projek/ Program Pembangunan RMKe-12 (RP2 2022) Di Bawah Seliaan Bahagian Pembangunan Wilayah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi giliran KEJORA telah diadakan pada 22 April 2021, Khamis yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah 1, Bahagian Pembangunan Wilayah. KEJORA telah di ketuai oleh Tuan Haji A. Jalil Bin Md. Arsad selaku Pengurus Besar KEJORA bagi membentangkan permohonan bajet melibatkan 30 projek (12 projek sambungan, 18 projek baharu). Turut hadir sama Encik Daud Bin Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA dan Encik Mohd. Hanafi Bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik. KEJORA telah merangka projek dan program baharu supaya menepati kehendak penduduk wilayah KEJORA bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, mengurangkan kos sara hidup, sistem penyampaian yang lebih cekap dan tingkat daya saing negara.
Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA
KEJORA terus prihatin membantu meningkatkan pendapatan isi rumah kumpulan sasar melalui Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA.
Alhamdulillah, pada 19 dan 21 April 2021, KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah membuat penyerahan peralatan bantuan PPP kepada 13 peserta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar, miskin dan Berpendapatan Rendah B40 di luar bandar melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek ekonomi yang dapat berupaya meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup. Bantuan ini juga dapat membantu menambahkan pendapatan isi rumah dalam menghadapi cabaran ekonomi yang tidak menentu dan wabak Covid-19 yang sedang melanda di negara kita. Sesi penyerahan peralatan tersebut telah disampaikan oleh Encik Sh Khayulzahri bin Sh A. Raof (Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa) bagi mewakili pihak Pengurusan KEJORA, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Penggerak Wilayah KEJORA.
Pihak Pengurusan KEJORA merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada 13 peserta PPP yang terpilih iaitu;
1. PUAN LEHA BINTI BAHAL
2. PUAN NURUL HASYIMA BINTI ABDUL RAHMAN
3. PUAN MOHAMAD YUSRI BIN TUMIRAN
4. PUAN JUNIDAPAIZAH BINTI OSMAN
5. ENCIK SUMARDI BIN SUPRIYANTO
6. PUAN WAN RAMLAH BIN WAN SALLEH
7. PUAN AWA BINTI HUSIN
8. PUAN JULEZA BINTI JELANI
9. PUAN AZLINA BINTI MUHAMMAD @YUSIN
10. ENCIK NORSHAHNIZAM BIN ROSLAM
11. PUAN NOOR ASMAH BINTI KASIM
12. PUAN ZAIRUNAH BINTI MADON
13. PUAN NORAINI BINTI MOHAMED
Semoga usaha dan bantuan ini dapat meringankan beban penerima manfaat yang kurang berkemampuan dan sedikit sebanyak dapat menggembirakan mereka walaupun dalam menghadapi cabaran ekonomi yang tidak menentu.
#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
#jubliemaskejora
#penerajuteraskemakmuran



































































