JADUAL TAWARAN TENDER LKJT/UT/KG TUAN SEH/P/2020/K315

Jadual Tawaran Tender K315

IKLAN JUALAN RUMAH KOS SEDERHANA SESEBUAH 1 TINGKAT FASA 2B, KAMPUNG TUAN SEH

 

Borang Mohon Rumah TS2B new

SKIM BANTUAN MODAL NIAGA (SBMN)

Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN) bertujuan memberi bantuan perniagaan kepada kumpulan berpendapatan B40 dan M40 di wilayah KEJORA dalam bidang keusahawanan.
SBMN diwujudkan bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang kurang berkemampuan ke arah yang lebih baik seterusnya melahirkan masyarakat bumiputera yang berdikari dan rajin berusaha. Bentuk bantuan yang disediakan adalah seperti keperluan peralatan dan yang bersesuaian dengan potensi dan kemahiran pemohon.
Bersama-sama ini dilampirkan pautan https://forms.gle/tprtasAvSU5YhyQ99 yang perlu diisi secara dalam talian serta syarat-syarat dan hendaklah dihantar kepada Unit Ekonomi dan Usahawan selewat- lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2022 (Isnin).

JADUAL TAWARAN TENDER : LKJT/UT/BP/P/2020/K314

Jadual Tawaran Tender K314

KURSUS TERNAKAN BURUNG WALIT (LANJUTAN) TAHUN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Ternakan Burung Walit (Lanjutan) Tahun 2021 telah diadakan pada 18 November 2021 bertempat di Kuala Terengganu, Terengganu anjuran Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Terengganu. Seramai dua belas orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada penduduk kampung dan pengusaha Rumah Burung Walit di dalam Wilayah KEJORA serta anggota KEJORA.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada peserta mengenai kaedah ternakan burung walit terbaik khususnya dalam pengendalian sistem audio secara teori dan juga amali. Kursus ini juga secara tidak langsung dapat membantu peserta untuk menambahbaik sistem audio di Rumah Burung Walit sedia ada bagi meningkatkan lagi pengeluaran hasil sarang burung walit.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.

IKLAN TENDER LKJT/UT/ BP/ P/2020/K314

1.  CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN KOMPLEKS KILANG INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DI PTB 1470 SELUAS 2.17 EKAR, BANDAR PENAWAR, MUKIM TANJUNG SURAT, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM

iklan LKJTUTBPP2020K314

2. Pautan sidang video (VC) adalah sepertimana di bawah:

https://lembagakemajuanjohortenggara.my.webex.com/lembagakemajuanjohortenggara.my/j.php?MTID=m7016db6d3d7175b72b1c8b0ffee083eb

Monday, Nov 29, 2021 10:00 am | 3 hours | (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore

Meeting number: 2643 306 0458

Password: 123456# (1234560 from phones and video systems)

Pautan ini juga boleh diakses melalui laman web Lembaga Kemajuan Johor Tenggara

3. Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan mulai  29 NOVEMBER 2021 hingga 20 DISEMBER 2021, semasa waktu pejabat di Unit Teknikal,      Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

4.  Dokumen tender akan dijual mulai 29 NOVEMBER 2021, di KAUNTER KEWANGAN Ibu Pejabat KEJORA  sehingga  13 DISEMBER                 2021. Kontraktor dikehendaki membawa sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan            (SPKK) yang masih sah sehingga tarikh tutup tender. Satu salinan sijil-sijil tersebut juga mesti dibawa semasa membeli dokumen tender.

5.  Pembelian dokumen melalui FPX Online banking (senangpay)    yang boleh diakses melalui laman web Lembaga                          Kemajuan Johor Tenggara. Pembelian dokumen juga boleh menggunakan Kad Debit/Kad Kredit/Wang Kiriman Pos/Wang Pos/Bank           Draft berharga seperti yang dinyatakan dalam Jadual di atas. Sekiranya pembelian dibuat dengan menggunakan Wang Kiriman Pos/Wang           Pos/Bank Draft, bayaran hendaklah dibuat atas nama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara sebagai Bayaran Dokumen Tender dan                     bayaran  ini tidak dikembalikan.

6. Tender ini akan ditutup pada 20 DISEMBER 2021,. Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeterai serta                         dilabelkan  seperti tajuk kerja di atas dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Kewangan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’        Hj. Hassan Yunus, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor pada hari tersebut sebelum jam 12.00 tengahari.

 

 

 

 

PANGGILAN SEMULA TENDER KALI KEDUA BAGI PEMBANGUNAN TERSUSUN KAMPUNG PAYA

PANGGILAN SEMULA TENDER_KG PAYA

IKLAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) TAHUN 2021

IKLAN PELAWAAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI PERTANIAN (SPEP) TAHUN 2021