LAWATAN PENANDA ARAS JAWATANKUASA AUDIT PERDA KE LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

KOTA TINGGI, 12 Jun – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menerima kunjungan delegasi daripada Jawatankuasa Audit Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) pada 11 hingga 12 Jun 2025. Delegasi tersebut diketuai oleh YBrs. Encik Azize bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Audit PERDA.
Ketibaan delegasi di Ibu Pejabat KEJORA telah disambut oleh YBrs. Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), bersama ahli Jawatankuasa Audit KEJORA, YBrs. Encik Tuan Ahmad bin Tuan Wil dan YBrs. Puan Murni Rahayu binti Ahmad Anuar. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan serta maklumat berkaitan tadbir urus dan pelaksanaan peranan KEJORA.
Delegasi ini telah diperdengarkan taklimat berkaitan Pembangunan KEJORA oleh YBrs. Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Taklimat Sistem Audit Dashboard KEJORA yang telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohamad Rizal bin Mohd Hidzir, Ketua Unit Audit Dalam KEJORA. Seterusnya, Mesyuarat Jawatankuasa Audit telah diadakan sebagai sebahagian daripada pengisian lawatan.
Delegasi turut dibawa melawat ke beberapa lokasi di bawah pentadbiran KEJORA, termasuk Muzium Nelayan Tanjung Balau, kawasan pelancongan di Kampung Johor Lama, serta kawasan Tanaman Campuran KEJORA di Penggeli Kecil, Kota Tinggi.

KEJORA SEDIAKAN SISTEM PERPARITAN YANG SELAMAT KEPADA KOMUNITI DI KG BELADING BARU DAN KG SELUYUT, MUKIM JOHOR LAMA, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM

KOTA TINGGI, 12 Jun – Projek menaiktaraf perparitan KEJORA adalah bertujuan untuk menambahbaik sistem perparitan sediada di dalam kawasan kampung tradisional wilayah KEJORA yang dahulunya merupakan perparitan tanah dan berisiko banjir. Pada hari ini, kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan sepanjang lebih kurang 50m di Kampung Belading Baru dan 570m di Kampung Seluyut, Mukim Johor Lama, Kota Tinggi, Johor telah berjaya disiapkan mengikut jadual.
Penyerahan siap kerja ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA. Semoga dengan penyiapan projek ini penduduk kampung dapat menikmati keselesaan dan menjalani kehidupan desa yang lebih selamat dan harmoni.

PELAWAAN PENYEWAAN DAN PENGENDALIAN KAFETERIA KAKITANGAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Dimaklumkan bahawa Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini membuka tawaran kepada syarikat yang berminat untuk menyewa ruang kafeteria yang terletak di Bangunan Ibu Pejabat KEJORA.

Butiran Sewaan:

📍Lokasi: Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Bandar Penawar, Johor

🛍️ Tujuan Sewaan: Pengendalian kafeteria bagi kegunaan kakitangan dan pengunjung

🍛 Kemudahan: Ruang penyediaan makanan, kaunter hidangan, ruang makan, air dan elektrik

💼 Kriteria Pemohon:

  1. Pemohon hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
  2. Makanan yang disediakan hendaklah berjenis HALAL.
  3. Pekerja-pekerja kafeteria hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
  4. Pekerja-pekerja kafeteria hendaklah diberi pemeriksaan perubatan dan disahkan sesuai untuk mengendalikan makanan dan minuman. Perbelanjaan untuk pemeriksaan perubatan ini akan ditanggung oleh pengusaha kafeteria yang berjaya. Butiran pekerja-pekerja hendaklah diberikan kepada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.
  5. Pengusaha kafeteria yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk memperolehi lesen-lesen yang diwajibkan oleh Majlis Perbandaran Pengerang, Kementerian Kesihatan atau pihak-pihak lain yang berkaitan.
  6. Pengusaha kafeteria yang berjaya dikehendaki menyediakan peralatan bersesuaian yang diperlukan.
  7. Pengusaha kafeteria yang berjaya dikehendaki untuk melaksanakan tapisan keselamatan melalui Sistem e-Vetting 3.0 dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan kontrak.
  8. Pengusaha kafeteria yang berjaya dikehendaki menyediakan alatalat bersesuaian yang diperlukan.
  9. Waktu perniagaan yang dicadangkan adalah sepertimana berikut: Hari Beroperasi Waktu Perniagaan Isnin – Jumaat 7.00 pagi – 4.30 petang
  10. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat tersebut di atas mungkin menyebabkan tawaran pengendalian kafeteria ditarik balik.
  11. Dokumen-dokumen yang PERLU dikemukakan kepada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia adalah sebagaimana berikut:
    i.   Salinan Kad Pengenalan Pengurus/ Pemohon;
    ii.   Salinan Sijil Pendaftaran SSM (bagi permohonan syarikat);
    iii.   Salinan Sijil Pendaftaran Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) (bagi permohonan organisasi);
    iv.   Salinan Lesen Perniagaan (jika ada)
    v.   Salinan Penyata Kewangan terkini ATAU Penyata Akaun Bank (3 bulan terakhir) ATAU Salinan Buku Simpanan Bank (butir                                    akaun & baki akhir)
    vi.   Salinan sijil atau dokumen sokongan lain yang berkaitan (contoh seperti Persijilan HALAL, penyertaan kursus & lain-lain)
    vii.   Senarai Pekerja (Lampiran C)

Tarikh Tutup Permohonan: 12.00 tengah hari 20 Jun 2025 (Jumaat)

Cara Memohon:
Pemohon yang berminat boleh mengemukakan LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan Lampiran C sebagaimana QR yang dikepilkan dan hantarkan kepada:

Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia,
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA),
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Haji Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.

Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat akan dipertimbangkan. KEJORA berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab.

 

KEJORA BERSAMA KOMUNITI MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN SEMPENA AIDILADHA 2025/1446H

KOTA TINGGI, 7 Jun – Bagi menyemarakkan semangat keimanan dan kesyukuran kepada Allah SWT, KEJORA telah menganjurkan Majlis Ibadah Qurban Wilayah KEJORA bersama komuniti setempat bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2025/1446H. Majlis telah berlangsung di Masjid Al-Aa’la, Bandar Mas, Kota Tinggi.
Ibadah qurban kali ini melibatkan lima ekor lembu dan 66 ekor kambing, dan daging qurban telah diagihkan kepada penduduk di kawasan sekitar.
YBrs. Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), hadir sebagai wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA bagi menyempurnakan pengagihan daging qurban kepada para penerima.
KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang, petugas, sukarelawan, serta ahli kariah Masjid Al-Aa’la atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

LAWATAN PEMANTAUAN PENGURUS BESAR KEJORA KE ARAH MENDAPATKAN CCC PROJEK PERUMAHAN TERSUSUN KAMPUNG TANJUNG BUAI, MUKIM JOHOR LAMA, KOTA TINGGI, JOHOR

KOTA TINGGI, 04 Jun- Bagi memastikan komitmen KEJORA dalam menyempurnakan pembangunan Projek Perumahan Tersusun Kampung Tanjung Buai, Kota Tinggi, Johor, Pengurusan KEJORA yang diketuai oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA telah mengadakan lawatan pemantauan untuk melihat dan memastikan penyempurnaan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor di tapak bagi mendapatkan sijil pematuhan dan penyiapan (CCC).
Turut hadir adalah YBrs. Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Pengurusan serta pegawai KEJORA, wakil perunding dan wakil pihak kontraktor. Melalui lawatan ini, pihak kontraktor telah diminta untuk memastikan baki kerja penyiapan projek ini disempurnakan bagi membolehkan CCC diperolehi segera.

TIRAI PEMBUKAAN PESTA TANJUNG BALAU 2025 SEMPENA ULANGTAHUN KEJORA KE-53

Pesta Tanjung Balau 2025 telah pun membuka tirainya secara rasmi hari ini dan akan berlangsung hingga 2 Jun 2025!
Pelbagai aktiviti menarik telah memeriahkan pada pembukaan hari pertama ini, antaranya Pertandingan Aerofithon, Pertandingan Memasak, KEJORA Idol, Bola Tampar Pantai, Sukan Rakyat, serta SukanRia Kanak-kanak.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai tarikan lain seperti Mini Zoo, Mini Travel Fair, Supa Dupa, serta jualan menarik di Bazar Komuniti KEJORA yang berlangsung sepanjang tiga hari ini.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan acara pembukaan.
Anda bila lagi? Jom ramai-ramai ke Pesta Tanjung Balau 2025 — jangan lepaskan peluang!

TAWARAN TENDER IKLAN : LKJT/TM/P /EPRO- TENDER/2 025/K001

Iklan Tender CADANGAN MENAIKTARAF EPRO

IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA BIL1/2025

Iklan Premis bil 1.2025

IKLAN TENDER LKJT/UT/KG. PUNGGAI/ WA/2021/ K319

IKLAN TENDER KEJORA

PELAWAAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI PERTANIAN (SPEP) TAHUN 2025

IKLAN SPEP – 2025

BORANG – PERMOHONAN SPEP (KELOMPOK)

BORANG – PERMOHONAN SPEP (INDIVIDU)