LANJUTAN TEMPOH PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN KOMPLEKS HENTIAN PENAWAR SUNGAI CHEMARAN II, 81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR
PERMOHONAN
- Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan Sewaan Premis yang boleh diperolehi secara secara percuma melalui kaedah berikut:
- Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
- Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu: https://forms.gle/H9vy1kSkG49oW4Y97
2. Pemohon adalah dinasihatkan agar membuat semakan dan lawatan ke atas premis yang berkenaan sebelum mengemukakan permohonan.
3. Dokumen-dokumen yang PERLU disertakan bersama Borang Permohonan Sewaan Premis adalah sebagaimana berikut:
i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ATAU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
iii. Salinan Borang 9, Borang 24, Borang 44, Borang 49 DAN Salinan Sijil Saham (sekiranya berkaitan)
iv. Salinan Lesen Perniagaan (jika ada)
v. Salinan Penyata Kewangan terkini ATAU Penyata Akaun Bank (3 bulan terakhir)
vi. Salinan sijil ATAU dokumen sokongan lain yang berkaitan (contoh Persijilan Halal, penyertaan kursus & lain-lain)
vii. Kertas cadangan perniagaan (Mandatori)
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada alamat berikut :
BAHAGIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI,
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.
atau; emelkan ke alamat emel berikut : kejora@kejora.gov.my.
5. Sekiranya pemohon gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen sepertimana di para 3.1 dan 3.3 diatas, maka permohonan tersebut adalah dianggap tidak lengkap dan TERBATAL serta tidak akan diproses.
6. Tarikh tutup permohonan (lanjutan) adalah pada 27 JUN 2023 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
7. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau
07- 8843156.
Maklumat Lanjut dan Syarat-syarat Permohonan adalah seperti berikut :
LKJT/P/TRAVELOGUEPELANCONGAN/2022/SH004

TOURISM SOUTHERN REGION CORPORATE TRAVEL BAZAAR 2022
PELAWAAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) BIL. 3/2022
Pelaksanaan program ini juga akan melahirkan usahawan pertanian baru terutamanya golongan muda di wilayah KEJORA dalam melaksanakan projek-projek pertanian.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Permohonan program adalah adalah terbuka kepada individu yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi melaksanakan projek pertanian secara berskala kecil dengan syarat-syarat dan terma-terma sepertimana berikut:
- Pemohon telah menghadiri mana-mana kursus & latihan pertanian di bawah anjuran KEJORA atau lain-lain Agensi Kerajaan/ Swasta sekurang-kurangnya sekali.
- Pemohon mestilah berumur diantara lapan belas (18) hingga empat puluh (40) tahun pada tahun permohonan
- Pengalaman dalam melaksanakan projek pertanian adalah tidak diwajibkan;
- Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;
- Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu Sahaja) bagi setiap projek;
- Jenis bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk perbekalan peralatan dan input pertanian sahaja mengikut keperluan sebenar;
PERMOHONAN
- Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
- Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
- Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:
https://forms.gle/YQj48rHHGK8Ba4b19 atau;
4. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.
5. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 OKTOBER 2022 (RABU) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
7. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.
Sekian, terima kasih.
Borang Permohonan SKIM TUNAS AGRO tahun 2022 IKLAN STAg SIRI 3 – 2022 LATEST
JADUAL TAWARAN TENDER : LKJT/UT/BP/WR/2021/K318
Berikut adalah jadual tawaran tender bagi cadangan kerja-kerja menaiktaraf ruang pejabat di ibu pejabat KEJORA, jalan dato’ hj. hassan yunus, ptb 1326, ptb 1658 hingga ptb 1667, bandar penawar, mukim tanjung surat, daerah kota tinggi, Johor Darul Ta’zim
TAWARAN TENDER : LKJT/PEL/EKOPELANCONGAN SUNGAI SEDILI/WA/2022/P001
1. Pelawaan ini adalah terbuka kepada FIRMA PERUNDING yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan tempoh pendaftaran masih sah di bawah kod bidang 340107 – Kajian Pelancongan untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut :-
NO. TENDER : LKJT / PEL / EKOPELANCONGAN SUNGAI SEDILI / WA / 2022 / P001
NAMA KAJIAN : KAJIAN PROGRAM PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN MENELUSURI SUNGAI SEDILI BESAR
SESI TAKLIMAT : TARIKH : 28 JULAI 2022 (KHAMIS) | MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SEMANGGAR, (BAHAGIAN PELANCONGAN) BANGUNAN IBU PEJABAT KEJORA, JALAN DATO HJ HASSAN YUNOS, BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR
2. SIDANG VIDEO : PAUTAN BOLEH DIAKSES MELALUI
https://lembagakemajuanjohortenggara.my.webex.com/lembagakemajuanjohortenggara.my/j.php? MTID=m5c77d765208e019151319030edc9821f
Meeting number: 2648 619 9894
Password: 123456# (1234560 from phones and video systems)
3. Syarat-syarat, arahan dan maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Pelawaan dan boleh didapatkan daripada Kaunter Bahagian Pelancongan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA bermula 28 Julai 2022 (Khamis) sehingga 4 Ogos 2022 (Khamis).
4. Pembelian dokumen pelawaan boleh dibuat melalui FPX Online Banking (senangpay) yang boleh diakses melalui laman web www.kejora.gov.my. Pembelian dokumen juga boleh dibuat menggunakan Kad Debit / Kad Kredit berharga seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas dan bayaran ini tidak akan dikembalikan.
5. Pelawaan ini akan ditutup pada 11 Ogos 2022 (Khamis).


















