“LAWN BOWL SOCIAL GAME” SEMPENA HARI BERSAMA PELANGGAN KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR

Pasukan DESARU yang terdiri daripada anggota Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu Encik Yusri bin Mohd Yasir, Encik Rahim bin Ismail dan Encik Parman bin Jayin merupakan pesara KEJORA telah dinobatkan sebagai JUARA di dalam perlawanan tersebut.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada team DESARU dari KEJORA!!

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PELANCONGAN TANJUNG BALAU

Warga KEJORA telah bersama-sama menyertai program gotong royong bagi membersihkan kawasan di sekitar pantai Tanjung Balau.
Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia serta Unit Pengurusan Fasiliti KEJORA ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama yang utuh dikalangan warga KEJORA selain mewujudkan kesedaran untuk mengamalkan persekitaran yang bersih.
Tahniah di atas kerjasama semua warga KEJORA yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung didalam program gotong royong ini.

LAWATAN KERJA PEMBERSIHAN PERSISIR PANTAI DAN KAWASAN PERKELAHAN PANTAI TANJUNG BALAU

YB Datin Paduka Hjh Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi membuat lawatan kerja di sekitar pantai Tanjung Balau.
Lawatan bersama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) & Majlis Perbandaran Pengerang ini bertujuan untuk melihat perkembangan kerja-kerja pembersihan kawasan pantai Tanjung Balau yang dilaksanakan oleh pihak KEJORA.
Hadir sama, Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan KEJORA, Encik Noorazmi bin Sahar, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti KEJORA serta Encik Mohamed Noorhafidz bin Md Othman, Pegawai Tadbir MPP.

LAWATAN KERJA PEMBERSIHAN PERSISIR PANTAI DAN KAWASAN PERKELAHAN PANTAI TANJUNG BALAU

YB Datin Paduka Hjh Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi membuat lawatan kerja di sekitar pantai Tanjung Balau.
Lawatan bersama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) & Majlis Perbandaran Pengerang ini bertujuan untuk melihat perkembangan kerja-kerja pembersihan kawasan pantai Tanjung Balau yang dilaksanakan oleh pihak KEJORA.
Hadir sama, Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan KEJORA, Encik Noorazmi bin Sahar, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti KEJORA serta Encik Mohamed Noorhafidz bin Md Othman, Pegawai Tadbir MPP.

LAWATAN KERJA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR KE WILAYAH KEJORA

Berita PenuhΒ  : DISINI

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA KEJORA TAHUN 2022

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana ke arah pensijilan EKSA telah dapat diadakan dengan jayanya di kawasan perkarangan Ibu Pejabat KEJORA. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA.
Jawatankuasa Pemandu EKSA KEJORA telah dinaungi oleh Pengurus Besar KEJORA dengan melibatkan Jawatankuasa Penyelaras, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Promosi. Manakala sebanyak 6 Zon EKSA telah ditubuhkan iaitu Zon Baiduri melibatkan Bahagian Pentadbrian dan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Hartanah, Unit Teknikal dan Unit Audit Dalam. Manakala Zon Topaz melibatkan Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Pengurus Besar, Unit Integriti, Unit Pelaburan dan Unit Komunikasi Korporat. Bagi Zon Zamrud pula melibatkan Bahagian Kewangan dan Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa. Manakala Zon Kristal melibatkan Bahagian Perancang Bandar dan Desa dan Unit Perundangan. Bagi Zon Nilam pula melibatkan Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Unit Ekonomi dan Usahawan. Manakala Zon yang terakhir iaitu Zon Delima yang melibatkan Bahagian Pelancongan dan Unit Pengurusan Fasiliti.
Setiap Zon diseru supaya membuat hebahan dan promosi di peringkat zon masing-masing secara lebih agresif dan proaktif supaya keterlibatan semua warga zon dalam pelaksanaan EKSA dapat dipergiatkan lagi. Pelaksanaan gotong-royong EKSA secara mingguan setiap hari Khamis petang amatlah digalakkan bagi mengekalkan kesinambungan pelaksanaan EKSA. Jom EKSA!

LAWATAN PENANDA ARAS WILAYAH KEDA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan Sesi Lawatan Penanda Aras Wilayah KEDA pada 25 hingga 27 Januari 2022. Delegasi lawatan telah disambut baik oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan penganjuran sesi-sesi lawatan selama 3 hari.
Lawatan yang dijalankan merangkumi tiga aspek utama iaitu Lawatan Jalinan Korporat KEJORA – KEDA, Lawatan Penanda Aras Teknologi Sistem Pelupusan Sampah Luar Bandar Kg. Tok Pawang, Bedong, Kedah dan Lawatan Penanda Aras PROSPEK Kg. Sidam, Kulim, Kedah.
Bagi komponen pertama, Lawatan Jalinan Korporat KEJORA – KEDA, sesi lawatan ini dijalankan pada 25 Januari 2022 (Selasa) bertempat di Ibu Pejabat KEDA, pihak KEJORA telah diterangkan berkenaan fungsi dan peranan KEDA berkaitan aktiviti pembangunan luar bandar di Wilayah KEDA serta melihat Ibu Pejabat KEDA yang baharu di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah yang diketuai oleh Encik Daud Bin Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) serta pengurusan KEJORA.
Seterusnya pada 26 Januari 2022 ( Rabu) delegasi KEJORA telah dibawa melawat Teknologi Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Luar Bandar di Kg. Tok Pawang, Bedong, Kedah. Pihak KEJORA telah didedahkan dengan teknologi pengurusan sistem pepejal yang mampu menjana pendapatan kepada penduduk setempat serta pengoperasian mesin asher. Selain itu, banyak manfaat dan penghasilan produk seperti kraftangan dan baja organik dapat dihasilkan.
Sesi lawatan pada 27 Januari 2022 (Khamis) diakhiri dengan mengunjungi Kg. Sidam, Kulim, Kedah yang merupakan projek rintis PROSPEK KPLB yang telah dilaksanakan di wilayah KEDA. Delegasi KEJORA telah dibawa melihat projek-projek PROSPEK terutamanya projek tanaman jagung yang merupakan niche produk bagi projek PROSPEK Kg Sidam. Sesi lawatan ini juga dibawa melihat projek usahawan – usahawan bimbingan yang telah berjaya mengeluarkan produk tempatan selain menjana pendapatan yang berterusan. Lebih manis lagi, sesi lawatan pada hari ketiga ini turut dihadiri Pegawai Daerah Muar, Tuan Haji Mustaffa Kamal Bin Dato’ Haji Shamsudin beserta delegasi Pejabat Daerah Muar.
Pihak KEJORA mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak KEDA menerima kunjungan dari kami. Semoga sesi lawatan yang dijalankan mampu memberi rangsangan kepada pihak KEJORA untuk menjayakan pelaksanaan projek terutamanya pelaksanaan PROSPEK Mukim Jorak Panchor, Muar.
Ihsan gambar : Unit Komunikasi Korporat, KEDA

IKLAN JUALAN RUMAH KOS SEDERHANA SESEBUAH 1 TINGKAT FASA 2B, KAMPUNG TUAN SEH

 

Borang Mohon Rumah TS2B new

KIT BANTUAN BENCANA KEJORA KEPADA KAKITANGAN AGENSI KPLB

Kit Bantuan Bencana KEJORA telah diserahkan kepada kakitangan Agensi KPLB yang terjejas akibat bencana banjir dan telah disampaikan oleh Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia KEJORA.
Sebanyak 2 unit kepada kakitangan KEMAS Tangkak, 10 unit kepada kakitangan KEMAS Segamat dan 6 unit kepada kakitangan RISDA Segamat.

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA KEJORA

100 unit kit bantuan bencana KEJORA telah disampaikan oleh Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA kepada mangsa mangsa bencana banjir di Kg. Contoh, Kahang yang berada di Pusat Penempatan Sementara (PPS) SMK Kahang, Kluang.