KIT BANTUAN BENCANA KEJORA

Sebanyak 100 unit kit bantuan bencana KEJORA telah disampaikan oleh YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA kepada YB Datin Paduka Hjh Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kota Tinggi di Dewan Serbaguna Kota Kecil pada 5 Januari 2022.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARA NEGERI JOHOR KE PEJABAT PENGURUS BESAR LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah menerima kunjungan hormat dari Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor, Encik Zahrail Affenday bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pembangunan, Encik Md Zan bin Md Yausuf, Pengarah KPM Bandar Penawar, Puan Zaihusny binti Mat Husin, Ketua Unit Pembiayaan Perniagaan, Puan Nadya binti Mohamed, Pegawai MARA Daerah Kota Tinggi dan Puan Siti Suriani binti Hairodin, Pengurus MARA Liner Bandar Penawar.
Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan kerja dan melaksanakan kolaborasi program pada masa akan datang.

???? ??????? ???? ??. ????’ ????? ?????? ??????, ?????? ?? ??????? ???????? ????? ???????? (??????)

Seramai 44 orang delegasi dari Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin, Kluang terdiri daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta penduduk kampung telah mengadakan sesi lawatan ke KEJORA pada 3 Januari 2022 (Isnin).
Kehadiran delegasi yang bermula pada jam 9.00 pagi telah dibawa ke Muzium Nelayan Tg. Balau. Lawatan ini turut diserikan dengan sesi ramah mesra dan ucapan yang telah disampaikan oleh Encik Daud Bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Pihak KEJORA juga turut menyampaikan taklimat berkenaan fungsi dan peranan KEJORA selain dibawa melihat sejarah permulaan dan sejarah tradisi di Tg. Balau.
Sesi Lawatan diteruskan dengan membawa delegasi ke Kampung Tanjung Surat menaiki bot bagi lawatan ke Galeri Warisan Tg Surat serta Galeri Bakau. Menjadi satu kepuasan apabila delegasi dapat merasai keseronokan menyusuri kawasan sungai yang dipenuhi pohon bakau.
Semoga dengan kunjungan yang ada dapat mengeratkan lagi hubungan KEJORA dengan JPKK Kampung yang hadir bagi memperkasakan institusi pentadbiran peringkat kampung di bawah wilayah KEJORA selain menaikkan imej KEJORA dalam sektor pelancongan dan modal insan.

HARI KEDUA MISI BANTUAN PASCA BANJIR

HARI KEDUA MISI BANTUAN PASCA BANJIR
Pasukan Sukarelawan Bencana KEJORA meneruskan Misi Bantuan Pasca Banjir menyantuni Kampung Angkat KPLB di Kampung Karak Setia, Karak, Pahang Darul Makmur.

PASUKAN SUKARELAWAN BENCANA KEJORA

PASUKAN SUKARELAWAN BENCANA KEJORA
Seramai 40 anggota Pasukan Sukarelawan Bencana KEJORA yang diketuai oleh Encik Yusrihan bin Jusak telah menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir Kampung Angkat KPLB di Kampung Karak Setia, Karak, Pahang Darul Makmur.
Didoakan Pasukan Sukarelawan Bencana KEJORA sentiasa dalam keadaan sihat, selamat, terlindung dari wabak penyakit dan apa jua mara bahaya di sepanjang melaksanakan tugas & tanggungjawab.

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA
Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menyampaikan sebanyak 30 Kit Bantuan Bencana kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi pada 28 Disember 2021 yang lalu. Kit bantuan ini akan diserahkan kepada penduduk Kampung Orang Asli Sungai Selanggi, Kota Tinggi, yang telah dikuarantin di PKRC Hospital Permai, Johor Bahru
Kit tersebut telah diserahkan kepada wakil iaitu Encik Hairul Adley bin Saadon, Penolong Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Bandar Penawar.

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI DAN PSIKOLOGI KEJORA TAHUN 2021

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI DAN PSIKOLOGI KEJORA TAHUN 2021 I 28 DISEMBER 2021 I DEWAN KEJORA, BANDAR PENAWAR.
Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Psikologi KEJORA Tahun 2021 merupakan acara kemuncak program induk yang dianjurkan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dalam membudayakan kreatif dan inovatif dikalangan warga KEJORA.
Pelbagai acara telah diatur sepanjang majlis dilaksanakan antaranya Slot Ceramah iaitu ‘Bedah Buku’ dan Pameran AKRAB.
Majlis turut diserikan lagi dengan Pelancaran Sistem Laporan Kehadiran (SILK) dari Anak Pentas KEJORA.
Hadiah bagi pemenang Anugerah Kualiti dan Inovasi KEJORA (AKIK) dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2021 telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Syabas dan tahniah diucapkan!

MAJLIS MENANDATANGI PERJANJIAN TAMBAHAN (MOA) ANTARA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) DAN INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

Majlis Menandatangi Perjanjian Tambahan (MOA) antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi Projek Kajian Penanaman Mengkuang telah berlangsung pada 24 Disember 2021 (Jumaat) bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Menariknya, projek kajian penanaman mengkuang ini merupakan projek yang pertama dan projek perintis yang diusahakan oleh KEJORA bersama-sama pihak FRIM di Sebahagian Kawasan Pertanian Kampung Tuan Seh, Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor. Pengurus Besar KEJORA, Dato’ Haji Mohd Rusdi Bin Mohd Darus berkata, pelaksanaan projek kajian tanaman tersebut kerana ianya mempunyai potensi untuk dimajukan selain memenuhi permintaan bekalan bahan mentah oleh pengusaha kraftangan serta pembangunan masyarakat luar bandar khususnya dalam wilayah KEJORA dan sekitar.
Selain itu, pihak KEJORA sedang dalam tindakan untuk Membina dan Menyiapkan sebuah Pusat Pengumpulan dan Penghasilan Produk Kraftangan berasaskan mengkuang di kawasan yang sama seluas 1.5 ekar.
Tambahan pula, untuk menaikkan lagi penjenamaan semula produk mengkuang di mata dunia, KEJORA telah bersetuju dan meluluskan agar Projek Kajian Penanaman Mengkuang ini didaftarkan di dalam Malaysia Book of Record (MBOR) pada tahun 2022.

SUMBANGAN KIT BANTUAN BANJIR KEJORA-MELAKA

Sebanyak 75 Kit Banjir KEJORA telah diserahkan kepada Pejabat RISDA Negeri Melaka selaku penyelaras agihan Kit Banjir KPLB kepada mangsa banjir di Negeri Melaka.
Semoga dengan bantuan yang telah disalurkan ini dapat membantu mengurangkan beban kepada mangsa banjir yang terkesan.

SUMBANGAN KIT BANTUAN BANJIR KEJORA-NEGERI SEMBILAN

Sebanyak 75 Kit Banjir KEJORA telah berjaya diserahkan kepada Pejabat RISDA Negeri Sembilan selaku penyelaras agihan Kit Banjir KPLB kepada mangsa banjir di Negeri Sembilan.
Semoga dengan kit bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan serba sedikit bebanan kepada mangsa banjir yang terkesan.