KUNJUNGAN SAMBIL BELAJAR INSTITUT BIODIVERSITI TROPIKA & PEMBANGUNAN LESTARI (IBTPL) UMT KE MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU

Sekitar Kunjungan Timbalan Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama delegasi ke Muzium Nelayan Tanjung Balau. Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan khidmat nasihat dan rujukan dengan menjadikan Muzium Nelayan sebagai “role model” pembinaan Galeri Alami Kenyir di Tasik Kenyir, Terengganu.
Pihak UMT mengucapkan syabas kepada KEJORA di atas pembangunan sebuah muzium yang unik serta menghargai jasa nelayan tradisional dan juga memberikan sekalung penghargaan diatas taklimat khas pembangunan Muzium Nelayan, program promosi, konsep dan idea pameran yang dilaksanakan serta berharap dapat menjalin kerjasama lebih erat dengan Bahagian Pelancongan KEJORA pada masa akan datang.

?????? ????????? ??????? ??????? ?????? ???????? ????? ??????? ?????? ????? ????

?????? ????????? ??????? ??????? ?????? ???????? ????? ??????? ?????? ????? ????
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Program Rohani Kesenian Islam Wilayah KEJORA bagi Tahun 2021. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi Bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA.
Program ini telah berlangsung bermula pada 7 November 2021 hingga 9 Disember 2021. Sepanjang tempoh pelaksanaan program tersebut, KEJORA telah mengaturkan beberapa acara untuk dipertandingkan dan dihebahkan kepada sekolah-sekolah dan kampung-kampung dalam Wilayah KEJORA. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah Pertandingan Nasyid, Pertandingan Syarahan, Pertandingan Azan dan Tarhim serta Pertandingan Sudut Informasi Kesenian Islam.
Majlis ini turut diserikan lagi dengan penampilan khas Saudara Adam Corrie Lee Bin Abdullah menerusi segmen Bicara RoKI yang membicarakan pengalaman dakwah beliau sepanjang bergelar mualaf. Semoga penganjuran program seperti ini akan terus mendapat sambutan seluruh warga Wilayah KEJORA.

PENYERTAAN USAHAWAN KEJORA DALAM KOMUNITIKRAF KELUARGA MALAYSIA 2021

Penyertaan Usahawan KEJORA dalam Komuniti Kraf Keluarga Malaysia 2021
Komuniti Kraf Keluarga Malaysia (KKKM 2021) merupakan satu program dan komitmen Kerajaan menggalakkan komuniti warga Malaysia menghayati dan melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan dan pelaksanaan dasar dengan berkesan.
KKKM 2021 ini telah dijalankan pada 1 Disember 2021 hingga 6 Disember 2021 dengan tiga (3)orang penyertaaan usahawan daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu Norli Creation (Puan Norida binti Dahlan), Ranorm Batik Creation (Puan Maimunah binti Yaacob) dan JM Jarum Emas (Puan Jamilah binti Yahya).
YB Datuk Seri Dr. Santhara J.P selaku Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya di Komples Kraf Kuala Lumpur telah merasmikan KKKM 2021 ini dengan jayanya. Alhamdullilah, Puan Norida binti Dahlan yang merupakan Pengusaha Norli Creation telah menerima Insentif Pembangunan Usahawan Kraf Tahun 2021 daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia iaitu Bantuan Mesin dan Peralatan semasa hari perasmian 3 Disember 2021 berlangsung.
Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang KKKM tersebut termasuk pameran dan jualan produk komuniti kraf, aktiviti demonstrasi penghasilan produk komuniti kraf, jualan jumbo, seminar dan sesi komuniti kraf bersama usahawan ‘Craft Champion’
Tahniah diucapkan kepada Usahawan Kluster Kraf KEJORA.

KEJORA VIRTUAL CYCLING CHALLENGE 2021

Dengan berakhirnya Majlis Penutup KEJORA Virtual Cycling Challenge 2021, maka tamatlah satu lagi program yang amat menarik minat ramai peserta. Dengan penyertaan seramai 407 peserta, kayuhan secara virtual ini pastinya menjanjikan seribu pengalaman dan kenangan kepada peserta semua.
Pastinya ramai yang menanti cabutan nombor bertuah yang menjanjikan hadiah yang begitu menarik. Cabutan bertuah grand final telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA. Manakala YBhg Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA juga telah membuat cabutan bertuah kepada peserta yang layak bertanding. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Kepada peserta yang menang cabutan nombor bertuah, gambar menarik serta hadiah misteri, tahniah diucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, In Shaa Allah, kita jumpa di lain program KEJORA.
Terima kasih dari Pengurusan KEJORA serta barisan urusetia kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti/program ini.

KEJORA RAIH EMAS KONVENSYEN ANNUAL PRODUCTIVITY AND INNOVATION SHOWCASE (ArISe) 2021

Berlangsungnya Majlis Penutupan Annual Productivity And Innovation Showcase (ArISe) 2021 pada 02 Disember 2021 (Khamis). Pencapaian hasil projek pasukan daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu kumpulan AGRO telah berjaya mendapat penarafan 5 Bintang. Lebih manis, kumpulan AGRO turut dinobatkan sebagai 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam (Negeri).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kumpulan KIK AGRO. Semoga pencapaian ini akan terus menjadi inspirasi warga KEJORA dalam membudayakan inovatif dan kreatif.

MAJLIS PELANCARAN PELAN STRATEGIK KEJORA 2021-2025 DAN PENYERAHAN KUNCI PERUMAHAN TERSUSUN KAMPUNG TUAN SEH FASA 2B SEDILI

Bandar Penawar, 29 November 2021 – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YBhg Dato’ Ramlan bin Harun telah hadir bagi menyempurnakan perasmian Pelan Strategik KEJORA 2021-2025.
Selain itu, majlis juga berkesempatan untuk sesi penyerahan kunci rumah bagi Perumahan Tersusun Kampung Tuan Seh Fasa 2B, seramai 16 orang penerima yang hadir untuk sesi penyerahan kunci rumah tersebut.
Syabas KEJORA & Tahniah kepada penerima rumah!

MAJLIS RAMAH MESRA YBHG DATO KSU BERSAMA MBJ KPLB DAN MBJ KEJORA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menganjurkan satu majlis ramah mesra bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) serta Wakil MBJ KPLB & Wakil MBJ KEJORA. Ia bagi menjalin dan mengeratkan hubungan
baik antara Kementerian dan Agensi serta Wakil MBJ KPLB & Wakil MBJ KEJORA .
Bagi tujuan itu, majlis makan malam ini diadakan dan dihadiri oleh YBhg Dato’Ramlan bin Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dan diadakan di
Lotus Beach Resort & Spa, Desaru.
Turut hadir, YB Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA, YB Dato’ Sharifah Azizah binti Syed Zaid, Adun Penawar merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, YBhg Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA, Encik Mohd Kamal bin Husin, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Encik Khairudin bin Haji Abdullah, Pengarah KPLB Negeri Johor, Setiausaha-Setiausaha Bahagian KPLB, Pengurusan KEJORA, Pegawai serta Wakil MBJ KPLB dan juga KEJORA.
Langkah ini sebagai salah satu usaha untuk berkongsi pendapat dan pandangan dalam menangani isu berkaitan aduan, cadangan, permasalahan serta pertanyaan dikalangan warga-warga kerja.

KURSUS TERNAKAN BURUNG WALIT (LANJUTAN) TAHUN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Ternakan Burung Walit (Lanjutan) Tahun 2021 telah diadakan pada 18 November 2021 bertempat di Kuala Terengganu, Terengganu anjuran Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Terengganu. Seramai dua belas orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada penduduk kampung dan pengusaha Rumah Burung Walit di dalam Wilayah KEJORA serta anggota KEJORA.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada peserta mengenai kaedah ternakan burung walit terbaik khususnya dalam pengendalian sistem audio secara teori dan juga amali. Kursus ini juga secara tidak langsung dapat membantu peserta untuk menambahbaik sistem audio di Rumah Burung Walit sedia ada bagi meningkatkan lagi pengeluaran hasil sarang burung walit.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.

LAWATAN KERJA PENGURUSAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) KE PROJEK PEMBANGUNAN PELANCONGAN DAN EKONOMI LUAR BANDAR

Pengurus Besar KEJORA, Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus serta barisan pengurusan KEJORA telah mengadakan satu lawatan kerja ke projek pembangunan pelancongan dan ekonomi di Pulau Tanjung Surat.
Antara kawasan lawatan adalah Hutan Bakau Tanjung Surat, Masjid Jamek Kampung Tanjung Surat, Galeri Warisan Tanjung Surat, Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat, Galeri Jong Kampung Nyior dan Galeri Bakau (Sahabat Bakau) Kampung Linting.
Lawatan ini turut disempurnakan dengan sesi penyerahan bantuan peralatan dibawah Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) dan juga penyerahan Warung Desa.
Turut serta dalam lawatan kerja ini ialah Profesor Dr Mohd Zaki Bin Kamsah serta delegasi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

PERTANIAN TERAS PERNIAGAAN KOMUNITI

Alhamdulillah, selamat dengan jayanya Program Bersama Datuk Rosyam Nor secara bersemuka dan atas talian (FB Live). Terima kasih diucapakan kepada semua yang terlibat terutamanya peserta secara bersemuka dan tidak dilupakan peserta secara atas talian yang turut bersama-sama mengikuti perkongsian daripada Datuk Rosyam Nor.
Banyak perkongsian dan input-input yang telah diberikan kepada kita semua. Terutamanya dalam mengorak langkah dalam perniagaan, jangan dilupakan tanggungjawab kita untuk membayar zakat agar segala perancangan yang dibuat mendapat keredhaan Allah SWT.
Selain itu juga, Datuk memberi nasihat kepada kita semua agar bidang perniagaan yang ingin diceburi perlu dipelajari terlebih dahulu agar segala pelaksanaan bergerak dengan lancar serta dapat meminimukan segala kerugian yang bakal berlaku.
Terima kasih sekali lagi diucapakan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang program berlangsung.