17 NOVEMBER 2022 I KHAMIS I BANDAR PENAWAR
Pada pagi ini telah berlangsung sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Kelab Anggota KEJORA (KAK) yang bertempat di Lobi Utama, Ibu Pejabat KEJORA.
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan Bacaan Rawi Berzanji oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), En. Daud bin Abd. Rahman. Selanjutnya, satu ceramah berkaitan peribadi Nabi Muhammad S.A.W. telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Efbi Ismail Islami bin Rifaie, Pegawai Pentafsir, Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi.
“Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasullulah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah”- Al-Ahzab:21
BANTUAN KIT BANJIR WILAYAH KEJORA
KEJORA sekali lagi telah menyantuni 7 keluarga yang terdiri daripada 33 mangsa banjir di Dewan Kampung Isnin Maarof, Kampung Isnin Maarof, Simpang Renggam, Johor.
Serahan sumbangan Kit Banjir telah diketuai oleh Wakil Pengurusan, Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia dan diiringi Encik Muhammad Ghazali bin Abdul Hamid, Penggerak Kampung Isnin Maarof.
Semoga dengan sumbangan yang telah diberikan dapat meringankan beban penduduk kampung yang terkesan dengan bencana banjir tersebut.
XPLORASI MAYA @ MUZIUM NELAYAN
Alhamdulillah! Telah berlangsung dengan jayanya Program Kem Kepimpinan Xplorasi Maya @ Muzium Nelayan Tahun 2022 dengan kerjasama SMK Bandar Mas & SMKA Bandar Penawar anjuran Bahagian Pelancongan KEJORA dari 10 hingga 12 November 2022 di Muzium Nelayan Tanjung Balau.
Seramai lebihkurang 130 orang peserta dari kalangan pelajar Tingkatan 2 hingga 6, diiringi 35 orang guru telah menjayakan program Bermalam Di Muzium Nelayan Tanjung Nelayan. Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah seperti Sukan Rakyat, Explorace, Bengkel & Pementasan Teater serta slot motivasi.
Semoga dengan penganjuran program seperti ini akan dapat mendekatkan masyarakat dengan institusi permuziuman tanah air sekaligus melahirkan generasi muda yang menghargai warisan dan budaya tanah air.
Syabas dan tahniah diucapkan!
KARNIVAL AGRO JOHOR 2022
KEJORA melalui Bahagian Pertanian & Industri Asas Tani telah dijemput untuk sama-sama menyertai Karnival Agro Johor 2022 dibawah anjuran Agensi Pertanian Negeri Johor bermula dari 11 hingga 13 November 2022 bertempat di Pusat Perdagangan Wawasan Simpang Renggam, Kluang.
Program in telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi pada 12 November 2022. KEJORA melalui Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengetengahkan pameran Agensi dengan bertemakan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan KEJORA. Pelbagai aktiviti tarikan pengunjung telah dijalankan antaranya Peraduan Teka Teki Buahan Tempatan, Cari Perkataan Tersembunyi, Teka Berat Buah-buahan serta makan dan rasa buah-buahan tempatan.
Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan tidak putus-putus memberikan sokongan kepada Karnival Agro Johor 2022 Daerah Kluang walaupun cuaca tidak menentu.
Kehadiran anda semua memeriahkan lagi pengisian program dan merancakkan lagi jualan usahawan! 
Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan!! 
KIDS SWIMMING CLASS
Latihan mingguan pada 12 November 2022 di Pusat Akuatik, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor
KEJORA SOCCER KIDS
Latihan mingguan pada 11 November 2022 di Stadium Juara, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor
KURSUS PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN TANAH KEJORA
Seramai 40 orang anggota KEJORA telah mengikuti Kursus Pentadbiran Dan Perundangan Tanah KEJORA yang telah diadakan pada 9 hingga 10 November 2022 bertempat di Lotus Desaru Beach Resort & Spa dengan kerjasama penceramah dari Institut Ukur Dan Tanah Negara (INSTUN), Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli yang disampaikan oleh Encik Zahar Bin Sapar.
Kursus ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan mengenai elemen asas bagi pengurusan pentadbiran dan perundangan tanah. Kursus ini juga dapat memberi pendedahan kepada setiap pegawai berkaitan kaedah pengurusan Hartanah di KEJORA disamping menggalakkan tindakan peningkatan dan penambahbaikan yang berterusan kepada setiap anggota.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua anggota KEJORA yang telah menjayakan kursus ini dengan penuh dedikasi.
MAJLIS JASAMU DIKENANG WARGA KEJORA
Pada hari ini telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan 2 orang anggota KEJORA yang akan bersara iaitu Tn. Hj Suhaidi Bin Jumadi, Pembantu Awam, Unit Pengurusan Fasiliti & En Azman Bin Toyeb, Pemandu Kenderaan, Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia.
Tn Hj Suhaidi bin Jumadi telah mula berkhidmat pada 16 Januari 1986 dan akan bersara wajib pada 10 November 2022 setelah berkhidmat dengan KEJORA selama 36 tahun 9 bulan 25 hari. Manakala En. Azman bin Toyeb telah mula berkhidmat pada 18 Februari 1991 dan akan bersara pilihan pada 7 Disember 2022 setelah berkhidmat dengan KEJORA selama 30 tahun 3 bulan 25 hari.
Menggamit rindu datang ke mari,
Waktu bersama duka gembira,
Kenangan lalu memahat memori,
Taburan budi kilauan KEJORA.
KEJORA mendoakan semoga Tn. Hj Suhaidi bin Jamadi dan En. Azman bin Toyeb akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.
Selamat bersara tuan berdua. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori sepanjang zaman.
“Hidup adalah kumpulan episod, rangkaian cerita tentang perjalanan kita yang penuh suka dan cita. Kadang tangis dan sedih melanda untuk membuatmu lebih kuat dari sebelumnya. Lihatlah, hari yang telah lalu, lambaikan dan katakan salam perpisahan”.
KEJORA BANTU SAKTI KE PERTANDINGAN ROBOTIK ANTARABANGSA DI GERMAN
KEJORA pada hari ini telah menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) bagi pasukan robotik SAKTI ke Pertandingan World Robot Olympiad (WRO) 2022 yang bermula pada 14 hingga 22 November 2022 di Dortmund, German.
SAKTI yang diwakili oleh 3 orang pelajar Tingkatan 3 dengan diiringi oleh seorang guru pengiring, dijangka akan berlepas ke German pada 14 November 2022 ini dengan misi Juara Kategori Junior Robotik. WRO2022 akan disetai lebih dari 70 buah negara di dunia.
Pada majlis ini, Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus menasihatkan kepada peserta agar dapat memberikan sepenuh komitmen serta mendengar arahan guru pembimbing. Di samping itu juga, beliau menambah agar menjaga imej negara serta nama baik sekolah serta KEJORA.
Di dalam majlis ini juga, Pengurus Besar KEJORA telah menyerahkan peruntukan sebanyak RM33,246.00 serta bendera Jalur Gemilang kepada peserta yang terlibat.
Turut hadir pada sesi penyerahan ini ialah Penolong Pegawai Pendidikan, Bahagian Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Tn. Hj. Ishak bin Ismail, Penolong Kanan (Pentadbiran) SAKTI, Hj. Md Zain bin Dekan, Pengurusan Kanan KEJORA, guru-guru pembimbing serta ibu bapa peserta.
Tahniah kepada SAKTI serta ibu bapa yang telah banyak bekerja masa, tenaga dan kewangan dalam memastikan penyertaan ke pertandingan ini menjadi kenyataan.
KIDS SWIMMING CLASS
Latihan mingguan pada 5 November 2022 di Pusat Akuatik, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor #KPLB #KEJORA #LuarBandarSejahtera #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #JubliEmasKEJORA #PenerajuTerasKemakmuran






















































































































































