PENYERAHAN SATU (1) UNIT LORI 3 TAN KEPADA KOPERASI PESERTA RANCANGAN ORANG ASLI FELCRA TANAH ABANG BERHAD BAGI PROGRAM DESA LESTARI , KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW)

13 Disember 2022 – Pihak KEJORA telah menyerahkan satu (1) unit lori 3 tan kepada Koperasi Peserta Rancangan Orang Asli Felcra Tanah Abang Berhad, Mersing bagi kegunaan aktiviti sewaan dan perkhidmatan pengangkutan kelapa sawit.
Secara keseluruhan, pihak koperasi telah menerima peruntukan Program Desa Lestari yang terdiri daripada satu (1) unit lori 3 tan, dua (2) unit jentera New Holland dan membina stor dan tempat letak kenderaan berbumbung termasuk kos operasi.
Penyerahan lori ini disampaikan oleh YBhg Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA kepada En. Jati bin Awang, Pengerusi Koperasi. Turut hadir adalah En. Azman bin Awang, Ketua Kampung Orang Asli Felcra Tanah Abang dan En. CK Pang, wakil pembekal lori serta En. Faizzi bin Sulaiman, Pegawai JAKOA Daerah Mersing.

SESI HANDS ON PELAKSANAAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (PRKM) SECARA INDUSTRIALISED BUILDING SYSTEM (IBS)

Pihak KEJORA dengan kerjasama pihak STARKEN AAC SDN. BHD. telah melaksanakan Latihan Pemasangan Sistem Dinding IBS : AAC Block Wall System di Kampung Bukit Lintang, Kota Tinggi pada 12 Disember 2022 (Isnin).
En Sh. Khayulzahri bin Sh. A. Raof, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, KEJORA , Encik Ahmad Faiq bin Mohd Yusof, Project Manager Ikhtisas Budi dan Muhamad Hazre bin Samad, Jurutera Starken turut hadir ke sesi hands on.
Seramai 25 kontraktor terdiri daripada Daerah Kota Tinggi dan Kluang. Antara tujuan sesi ini dijalankan ada untuk memberi pengalaman dan pendedahan kepada kontraktor-kontraktor G1 berhubung pelaksanaan IBS bagi Projek PRKM.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada sesi ini.

KEJORA SOCCER KIDS

Latihan mingguan pada 9 Disember 2022 di Stadium Juara, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor

KURSUS PENGURUSAN PROJEK DAN ASET-ASET PELANCONGAN KEJORA KEPADA JPKK DAN OPERATOR PELANCONGAN WILAYAH KEJORA

Alhamdulillah, KEJORA melalui Bahagian Pelancongan telah melaksanakan Kursus Pengurusan Projek Dan Aset-Aset Pelancongan KEJORA Kepada JPKK dan Operator Pelancongan Wilayah KEJORAbermula dari 6 hingga 8 Disember 2022 bertempat di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.
Kursus ini memberi bimbingan kepada para peserta sebagai operator pelancongan Wilayah KEJORA berkaitan urus tadbir dan pengurusan aset-aset pelancongan yang diterima melalui Program Pelancongan Desa. Di dalam kursus ini juga, para peserta telah mempelajari dan memahami berkaitan Cerficate Of Competency dan Perlesenan Bot, Pengenalan kepada Program Desa Lestari, Laporan Pemantauan Projek Ekonomi Pelancongan, Penemuan Audit Berkaitan Pengurusan Projek Pelancongan KEJORA, Tatacara Pengurusan Aset-Aset Pelancongan serta Tatacara Merekod Akaun Tunai dan Penyata Penyesuaian Bank.
Kursus ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada beberapa jabatan dan agensi seperti Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan dan Unit Audit Dalam KEJORA.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengurus Pelancongan, Puan Suraya Hani Binti Sharan dan Ketua Audit Dalam, Encik Mohamad Rizal Bin Mohd Hidzir.
Pihak Pengurusan KEJORA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para peserta yang terlibat secara langsung dalam menjayakan kursus ini iaitu :
i. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Surat;
ii. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Sedili;
iii. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Serindit;
iv. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Mawai Baru;
v. Jawatankuasa Homestay Kg. Mawai Baru;
vi. Jawatankuasa Homestay Kg. Johor Lama;
vii. Koperasi Johor Lama Kota Tinggi Bhd;
viii. Koperasi Sinar Tanjung Balau Bhd; dan
x. Tetuan Belungkor Venture.
Semoga dengan penganjuran kursus ini, para peserta dapat meningkatkan mutu kualiti dalam memperkasakan pengurusan aset pelancongan wilayah KEJORA serta memartabatkan sektor pelancongan di kawasan kampung masing-masing.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB ANGGOTA KEJORA KALI KE 17

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Anggota KEJORA (KAK) kali ke-17 telah berlangsung pada 5 Disember 2022 (Isnin) di Dewan KEJORA, Bandar Penawar, Johor.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA.
Pada mesyuarat kali ini juga, telah dimuktamadkan senarai Ahli Jawatankusa KAK bagi tahun 2023 hingga 2025 dengan di terajui oleh En. Abidullah bin S.Ali, Ketua Unit Pelaburan selaku Pengerusi yang baru.
Tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik dan selamat menjalankan tugas dan anamah yang dipertanggungjawabkan.

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI, INTEGRITI DAN PSIKOLOGI KEJORA TAHUN 2022

Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi KEJORA Tahun 2022 telah diadakan pada 5 Disember 2022 bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Majlis dimulakan dengan sesi bual bicara bersama Ikon Integriti KEJORA iaitu Encik Mohd Ridhuan bin Husain, Penolong Arkitek Lanskap dan ceramah integriti yang disampaikan oleh Encik Suhaimi bin Mohd Noh, Pegawai Seksyen Advokasi dan Latihan dari Institut Integriti Malaysia bertajuk Integriti Teras Keluarga Malaysia.
Majlis perasmian Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi KEJORA Tahun 2022 telah disempurnakan oleh Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) selaku Wakil Rasmi Pengurus Besar KEJORA. Di dalam ucapannya, beliau menyeru agar inovasi yang dihasilkan oleh warga KEJORA ini diaplikasi di dalam tugasan seharian di KEJORA.
Di dalam majlis ini, turut disampaikan sijil penghargaan dan penyertaan kepada pemenang bagi pertandingan Amalan Terbaik Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) terdiri daripada 3 kategori iaitu Pertandingan Ruang Kerja Terbaik, Pertandingan Sudut Go Green Terbaik dan Pertandingan Sudut EKSA terbaik, pertandingan Integriti iaitu Kuiz Cepat, Tepat Integriti, Video Kreatif Tik Tok Integriti, Rekaan Poster Digital dan Anugerah Ikon Integriti KEJORA Tahun 2022.
Majlis diserikan lagi dengan meraikan pemenang bagi Anugerah Kualiti dan Inovasi KEJORA Tahun 2022 iaitu Anugerah Kualiti Pengurusan Inovasi, Anugerah Kualiti Pembudayaan Teknologi Maklumat, Anugerah Keselamatan Perlindungan dan Anugerah Kecekapan Tadbir Urus.
Kemuncak majlis pada hari ini adalah penyampaian Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KEJORA Tahun 2022. JOHAN KIK dirangkul oleh Kumpulan KIK GOLD dari Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan KIK PERDANA, tempat ketiga Kumpulan KIK Prospek dan persembahan terbaik adalah Kumpulan KIK Equalizer.
TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang.
Berarak Awan Simbol Motivasi,
Dayung Sampan Tengah Telaga,
Ayuh Bersama Kita Berinovasi,
Demi Kemajuan Masa Hadapan.
“Inovasi Membezakan Antara Pemimpin dan Pengikut” – Steve Job

KURSUS WIRATANI AGROPRENEUR MUDA WILAYAH KEJORA

KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi serta Syarikat KAZZ Hidroponik Domestik Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Wiratani Agroprenuer Muda Wilayah KEJORA Tahun 2022 pada 4 & 5 Disember 2022 di Kolej Profesional MARA, Bandar Penawar.
Kursus yang di bawah Program Pembangunan Swadaya Wilayah KEJORA (SWARA), di bawah Sub Program Kecemerlangan Sosial (PERKASA) ini bertujuan untuk menambah pengetahuan berhubung kaedah tanaman serta penjagaan yang terapi berasaskan hidroponik selaras dengan subjek di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dan Sains Pertanian bagi Tingkatan 4 dan 5.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam kursus ini dan KEJORA berharap agar pengetahuan & nasihat yang diperolehi dari kursus ini akan digunakan oleh semua peserta yang terlibat.

KIDS SWIMMING CLASS

Latihan mingguan pada 3 Disember 2022 di Pusat Akuatik, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor

KEJORA SOCCER KIDS

Latihan mingguan pada 2 Disember 2022 di Stadium Juara, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor

LKJT/P/TRAVELOGUEPELANCONGAN/2022/SH004

KEJORA mempelawa;
Syarikat Bumiputera & Bukan Bumiputera yang mempunyai kod bidang 221301 atau 221302 atau 221308 atau 222009 di bawah Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa tempoh pendaftarannya serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menyertai sebutharga seperti berikut :-
LKJT/P/TRAVELOGUEPELANCONGAN/2022/SH004
CADANGAN KERJA-KERJA MERAKAM , MENYUNTING & MENYEDIAKAN 3 JENIS VIDEO TRAVELOGUE PELANCONGAN KEJORA
Tarikh tutup tawaran pada 12 Disember 2022 (Isnin)
1. Pautan sidang video (VC) adalah sepertimana di bawah:
Tuesday, Dec 6, 2022 10:00 am | 3 hours | (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore
Meeting number: 2643 810 2886
Password: Wrsy4SpJB38 (97794775 from phones and video systems)