KEJOHANAN MTB KEJORA JAMBOREE @ TANJUNG BALAU 2022

Pada hari ini telah berlangsung Kejohanan MTB KEJORA Jamboree @ Tanjung Balau 2022 di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Sebanyak 5 acara dipertandingkan dengan penyertaan hampir 400 peserta. Terdapat lebihkurang 20 peserta dari luar negara turut sama menyertai acara ini.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh ADUN Tanjung Surat, YB Tuan Aznan bin Tamin yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia Negeri Johor. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan perasaan bangga dengan komitmen Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) terutama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang sentiasa memikirkan sesuatu yang baharu dan segar dalam merancang program sukan dan kecerdasan untuk rakyat pelbagai bangsa mahupun berbeza ideologi politik terutama di Negeri Johor.
Menurut beliau lagi, inilah komitmen KEJORA untuk membudaya sukan dalam kalangan rakyat sepertimana terkandung dalam agenda pembangunan negara. Ia juga selari dengan konsep Maju Johor 2030 yang telah digariskan oleh YAB Menteri Besar Johor berteraskan kepada 6 teras utama iaitu Tadbir Urus Kerajaan, Pembangunan Ekonomi, Jaringan Keselamatan Sosial, Kemudahan, Keperluan Asas dan Orang Muda Johor.
Kesemua peserta pada hari ini telah menghabiskan laluan sepanjang lebihkurang 35km dengan halangan pantai, kebun getah, kebun kelapa sawit, jalanraya sebelum mengakhiri laluan di laluan XCO Tanjung Balau.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, En. Fizwan bin Dato’ Hj. Rashidi, YDP Majlis Perbandaran Pengerang merangkap wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar, Tn. Hj. Hanis Musalman bin Salehan, Setiausaha Majlis Perbandaran Pengerang, Tn. Hj. Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Pengurusan Kanan KEJORA serta wakil-wakil jabatan dalam Daerah Kota Tinggi.
KEJORA mengucapkan terima kasih kepada agensi di bawah KKDW seperti KESEDAR, KETENGAH dan FELCRA yang turut sama menjayakan kejohanan ini. Selain itu juga, sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM), Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), RELA, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan semua yang terlibat dalam penganjuran kejohanan MTB KEJORA Jamboree @ Tanjung Balau 2022.
Tahniah kepada semua pemenang. Kekalkanlah semangat setiakawan & kerja berpasukan yang telah terjalin.
“Bakat lebih murah daripada garam di meja. Apa yang membezakan individu yang berbakat dan yang berjaya adalah banyak kerja keras” – Stephen King
#PenerajuTerasKemakmuran

LKJT/PPSM/PELUPUSANKENDERAAN-ROADSWEEPER/2022/SH022

4. KEW.PA-27 – KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN – ROAD SWEEPER – KEW-PA.27 SAHAJA

PENUTUPAN JALAN BAGI LALUAN KEJORA MTB JAMBOREE 2022

PENUTUPAN JALAN BAGI LALUAN KEJORA MTB JAMBOREE 2022 DI SEKITAR PANTAI TANJUNG BALAU, TANJUNG LOMPAT DAN BANDAR PENAWAR, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR
Tarikh : 31 Disember 2022
Hari : Sabtu
Masa : sila rujuk jadual
PENUTUPAN JALAN INI ADALAH BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA PESERTA-PESERTA BERBASIKAL KEJOHANAN MTB KEJORA JAMBOREE @ TANJUNG BALAU 2022
A. JALAN TUTUP & TEMPOH MASA PENUTUPAN
1. JALAN DARI BULATAN TG. BALAU KE BULATAN DESARU (8.00 PAGI – 9.30 PAGI)
2. JALAN DARI PUSINGAN U TAMAN DESARU UTAMA (10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI)
3. JALAN DARI LADANG SIANG KE TG. BALAU (9.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI)
4. JALAN DARI LADANG MADOS KE BULATAN TANJUNG BALAU (10.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI)
B. LALUAN ALTERNATIF
1. KENDERAAN DARI TANJUNG BALAU MENUJU KE BULATAN DESARU
– MELALUI LADANG SIANG – TAMAN SRI PENAWAR – IKBN
– MASA LALUAN = 8.00 PAGI – 9.30 PAGI
2. KENDERAAN DARI BULATAN DESARU MENUJU KE TG. BALAU
– MELALUI JALAN IKBN – TAMAN SRI PENAWAR – LADANG SIANG – TG BALAU
– MASA LALUAN = 8.00 PAGI – 9.30 PAGI
3. KENDERAAN DARI EXIT TOL PENAWAR MENUJU KE TG. BALAU
– MELALUI JALAN KE BANDAR PENAWAR – BULATAN DESARU – TG. BALAU
– MASA LALUAN = BERMULA JAM 9.30 PAGI

RUMAH UNTUK DIJUAL

🔥Info Terkini ‼️ Terdapat 7 Unit Rumah KEJORA untuk DIJUAL.
🏠5 Unit Rumah Banglo 2 Tingkat Berkeluasan 20,000++ kps
🏠1 Unit Rumah Banglo 1 Tingkat Berkeluasan 6,000++ kps
🏠 1 Unit Rumah Semi-D 1 Tingkat Berkeluasan 6,000++ kps
📌Lokasi di sekitar Bandar Penawar (6 unit) & Bandar Kluang (1 unit)
KEISTIMEWAAN LOKASI
🛍️Kemudahan beli-belah – sekitar 7 minit sahaja untuk ke SKS, SDS, Secret Recipe dan pelbagai jenis kedai berhampiran di Bandar Penawar.
🏫Keperluan asas awam dalam jarak 2km – Klinik, SMK, Tadika & sebagainya.
🎢Taman Tema Air – 5 minit sahaja ke Adventure Waterpark Desaru Coast.
🏖️Pusat Peranginan – 10 minit ke Pantai Desaru dan 15 minit ke Batu Layar.
🏭Pengerang – 30 minit ke Pengerang Integrated Complex.
🔥Unit sangat terhad‼️ Jangan lepaskan peluang untuk memiliki RUMAH IDAMAN ANDA DI LOKASI YANG STRATEGIK🌄
Hubungi Kami Sekarang:
📱07-8843185 / 019-667 7656 Pn. Siti Noorhafizah
📱07-8843189 / 017-712 3060 En. Husnul Hadi

SOROTAN GAMBAR LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT DATA SEKTOR AWAM (PDSA), PUTRAJAYA, PUSAT DATA JABATAN PERDANA MENTERI DAN SYARIKAT HUAWEI MALAYSIA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Teknologi Maklumat telah mengadakan Sesi Lawatan Penanda Aras ke Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya, Pusat Data Jabatan Perdana Menteri dan Huawei Teknologi Malaysia pada 27hb. Disember 2022.
Lawatan yang diketuai oleh Tuan Haji Matriffin bin Md. Amin selaku Pengurus Teknologi Maklumat merangkap Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) serta 11 lagi pegawai lain bertujuan untuk mendapatkan idea dan pandangan dalam perkongsian teknologi semasa bagi pengurusan pusat data serta melihat teknologi ‘smart rack server’ sebagai strategik penambahbaikan Pusat Data dan Rangkaian KEJORA.
Pihak KEJORA ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Encik Padzal bin Ahmad, Setiausaha Bahagian, Pusat Data Sektor Awam (PDSA) yang diketuai oleh Puan Wahidah binti Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur Dan Keselamatan ICT dan Huawei Teknologi Malaysia atas taklimat dan perkongsian teknologi yang diberikan.

KEJORA OUTDOOR MOTOCROSS CHALLENGE MALAYSIA MOTOCROSS CHAMPIONSHIP 2022 (PUSINGAN AKHIR)

KEJORA dengan kerjasama Kelab Motorsikal TQMX telah melangsungkan KEJORA Outdoor Motocross Challenge Malaysia Motocross Championship 2022 (Pusingan Akhir) pada 24 hingga 25 Disember 2022 di Litar Motocross Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor.
Seramai 120 peserta dengan 10 peserta dari Singapura telah mengambil bahagian di dalam 10 kategori yang dipertandingkan.
Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya memenangi setiap kategori yang dipertandingkan. Tahniah juga kepada semua urusetia yang sama-sama bertungkus lumus memastikan kelancaran kejohanan motocross ini.
Tahniah KEJORA
Tahniah TQMX

PROGRAM PENGUPAYAAN ANAK YATIM WILAYAH KEJORA

KEJORA telah mengadakan Proram Pengupayaan Anak Yatim Wilayah KEJORA bermula 19 hingga 21 Disember 2022 bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Yayasan Kebajikan Al Husna Wilayah Johor Tenggara dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatin Islam Bandar Tenggara.
Program ini dihadiri seramai 60 anak yatim di sekitar Wilayah KEJORA. Program ini merangkumi 2 komponen iaitu Program Seminar dan Motivasi di Kem Permata Resort, Melaka dan Lawatan Sambil Belajar ke 4 tempat di sekitar Melaka iaitu Kompleks Al Falak Khawarizmi, Muzium Kapal Selam, Masjid Selat Melaka serta The Shore Sky Tower.
Kesemua peserta anak yatim telah diberi penekanan berkaitan pembangunan jati diri serta ilmu pengetahuan baharu seperti latihan memanah, merentasi halangan, serta pengetahuan berkaitan ilmu falak.
Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperolehi oleh semua peserta dapat diadaptasi dengan baik dalam usaha KEJORA memastikan keupayaan anak yatim sebagai satu kemenjadian di dalam Wilayah KEJORA disamping pemangkin pembangunan modal insan di wilayah KEJORA.
#PenerajuTerasKemakmuran

LAWATAN PENANDA ARAS DAN SESI NETWORKING LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) KE BAHAGIAN PERUNDINGAN PENGURUSAN ASET IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA KUALA LUMPUR (JKR

Pihak KEJORA telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur pada 21 Disember 2022.
Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Pn. Marlina binti Amir serta 7 lagi pegawai yang lain.Manakala pihak JKR telah diketuai oleh Pengarah Bagaian Perundingan Pengurusan Aset, Ir En. Mohamad Darus bin Selamat serta angota bahagiannya.
Pihak JKR telah memberikan taklimat berkaitan pengurusan aset tak alih kerajaan. Pihak KEJORA mengucapkan Jutaan terima kasih kepada pihak JKR atas taklimat yang diberikan dan berharap agar pihak JKR dapat membantu pihak KEJORA bagi pengurusan aset tak alih KEJORA.

KURSUS TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH (TPATA)

Alhamdulillah, KEJORA melalui Bahagian Hartanah dan DINARA TRAINING & CONSULTANCY buat pertama kali telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) bermula dari 18 hingga 20 Disember 2022 bertempat di Hotel Royal, Kuala Lumpur.
Kursus ini bertujuan untuk memahami peranan dan tanggungjawab dalam Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) serta menyediakan pengurusan pelaporan Aset Tak Alih yang lebih tepat dan strategik.
Seramai 21 orang peserta telah mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Pn Marlina binti Amir, Pengurus Hartanah, Cik Haslinda binti Abu Bakar, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti, En. Norazmi bin Sahar, Ketua Unit Audit Dalam, En. Mohd Rizal bin Hidzir serta pegawai-pegawai yang menguruskan aset tidak alih KEJORA.
Pihak Pengurusan KEJORA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para peserta yang terlibat secara langsung dalam menjayakan kursus ini.
Semoga dengan penganjuran kursus ini, para peserta dapat meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan bagi memperkasakan lagi pengurusan aset tak alih KEJORA.

PROGRAM JELAJAH SEMARAK UNITI PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2022

Pada hari ini, telah diadakan Program Jelajah Semarak Uniti peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2022 bagi kawasan Parlimen Kota Tinggi yang bertempat di Astaka Tun Sri Lanang, Kota Tinggi
Majlis ‘Flag Off’ telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi diiringi bersama YB Tuan Muszaide bin Makmor ADUN Sedili serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah.
Program Semarak Uniti ini merupakan aspirasi daripada Kementerian Perpaduan yang menggalakan perpaduan dalam kalangan masyarakat sebagai tapak integrasi perpaduan nasional.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menghantar satu pasukan Explorace Semarak Uniti dan berjaya menduduki tempat ke – 6 daripada 20 pasukan yang terdiri daripada jabatan di daerah Kota Tinggi.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program kali ini.