MAJLIS MERAIKAN SETIUSAHA PEJABAT BERSAMA PENGURUS KEJORA TAHUN 2022

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia telah melaksanakan Majlis Meraikan Setiausaha Pejabat Bersama Pengurusan KEJORA Tahun 2022 bertempat di Hotel Amansari Desaru pada 4 Ogos 2022. Turut diadakan ceramah dengan tajuknya Aura Komunikasi Dalam Meningkatkan Karisma Setiausaha Pejabat yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Psikologi Kementerian Pembangunan Luar Bandar iaitu Puan Zulaiha Binti Aman. Majlis ini diadakan juga bertujuan bagi memberikan penghargaan dan mengeratkan silaturahim diantara Setiausaha Pejabat dan juga barisan Pengurusan KEJORA.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat.

BENGKEL TOT PEMENTORAN KEJORA TAHUN 2022

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia telah melaksanakan Bengkel TOT Pementoran KEJORA bertempat di Hotel Amansari Desaru pada 3 dan 4 Ogos 2022. Bengkel TOT Pementoran ini telah dikendalikan oleh Puan Zulaiha Binti Aman selaku Ketua Pegawai Psikologi dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang melibatkan seramai 30 orang anggota KEJORA. Bengkel TOT Pementoran ini dilaksanakan dengan tujuan memberi pendedahan kepada anggota baru bagi mendapatkan bimbingan dan pengalaman yang berharga melalui interaksi, pengetahuan,kemahiran dan membina kerjaya bersama mentor. Selain itu ia juga dapat meningkatkan motivasi ke arah kemajuan kerjaya serta meningkatkan hubungan kerja yang positif.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat.

RUMAH & KEDAI UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
RUMAH & KEDAI UNTUK DIJUAL
📍Sedia untuk didiami
📍Lokasi Strategik
📍CCC telah diperolehi
KEJORA MENAWARKAN:
🏢 Lebih 50 Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat
🏘️ 1 unit Rumah Banglo 2 Tingkat
🏡1 Unit Rumah Semi-D 1 Tingkat (Corner Lot)
KEMUDAHAN LOGISTIK YANG MENARIK ANTARANYA:
🛒 4 Minit ke SKS Mall
🏖️ 5 Minit ke Pantai Desaru
🛣 5 Minit ke Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE)
🏄🏻‍♀️ 10 Minit ke Desaru Coast
🛣️ 15 Minit ke Rapid Petronas Pengerang
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pegawai berkaitan iaitu Pn. Siti Noorhafizah (07-884 3185/019-6677 656) ataupun En. Husnul Hadi (07-884 3189/017-712 3060).
AYUH‼️SEGERA DAPATKAN RUMAH & KEDAI IDAMAN ANDA HARI INI‼️

PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB) BAGI BULAN JULAI TAHUN 2022

31 JULAI 2022 I AHAD I 1.00 PETANG
Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi bulan Julai tahun 2022 di Dewan KEJORA Bandar Penawar. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Haji Abd. Rahman Bin Hj Mohamad, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YBhg Datuk Che Murad Sayang Bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBrs. Tuan Mas Rizal Bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBrs. En. Mohd Kamal Bin Husin, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan), Ketua-Ketua Agensi KPLB, SUB KPLB, Ketua Agensi KPLB Negeri Johor, Pengarah-Pengarah PKN Negeri, Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Di dalam ucapan YB Dato’ Seri Menteri KPLB, beliau menyeru kepada semua Warga KPLB agar dapat mengekalkan momentum kejayaan dan ditambahbik dengan penuh bersemangat & komited bagi membantu membangunkan luar bandar sesuai dengan tagline KPLB iaitu Luar Bandar Sejahtera. Cabaran pasti hadir dalam pelbagai bentuk. Saya percaya KPLB mampu mengatasi segalanya. Mungkin, dengan idea kita kecil tapi ianya boleh memberikan impak yang besar kepada golongan sasar.
Dalam pada itu, telah berlangsung pelancaran sistem ePRO version 3.0 (Sistem Perolehan Atas Talian KEJORA/ Electronic PROcument Ready Online) yang dilancarkan oleh YB Dato’Seri Menteri KPLB dan sistem ini akan mula digunakan pada 1 Ogos 2022. Disamping itu juga, telah dilancarkan karnival sukan antara sektor KPLB tahun 2022 dengan 4 kumpulan utama telah dipecahkan mengikut tema dan nama kumpulan seperti Megat Panji Alam, Mat Kilau, Rentap dan Tok Janggut.

KEJORA TERIMA LAWATAN DELIGASI DARI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

28 JULAI 2022 | KHAMIS | DEWAN KEJORA

Pada hari ini, pihak KEJORA telah menerima lawatan ramah mesra dari deligasi Majlis Perbandaran Sepang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan YBrs. En Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Manakala, Tn Hj Wan Mohd Ashril Aizal Bin Wan Abdullah, Pengurus Kewangan telah memberikan taklimat mengenai sistem ePRO KEJORA.
YBhg. Dato’ Hj. Abdul Hamid bin Hussain, YDP Majlis Perbandaran Sepang dalam ucapan balasnya menyatakan terima kasih dan tahniah kepada KEJORA kerana berjaya membangunkan satu sistem yang sangat baik. Beliau turut memuji sistem ini kerana ianya dibangunkan secara dalaman oleh pihak KEJORA.
Deligasi Majlis Perbandaran Sepang seterusnya di bawa melawat Muzium Nelayan Tanjung Balau dan diberikan taklimat mengenai muzium nelayan.
Semoga kerjasama yang terjalin ini kekal dan menjadi pemangkin untuk membentuk kerjasama strategik yang lain selepas ini.

KARNIVAL ROBOTVET 2022

28 JULAI 2022 | KHAMIS | SM SAINS KOTA TINGGI
Pada hari ini, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi Bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah dijemput untuk ke Majlis Perasmian Karnival RoboTVET 2022 di Sekolah Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Norliza binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan & Komunikasi Negeri Johor.
Karnival RoboTVET ini diadakan bagi menunjukkan kebolehan pelajar dalam mencipta robot serta memberikan galakan kepada pelajar-pelajar lain untuk belajar & berfikir di luar kotak.
Dalam majlis ini, pihak KEJORA telah diberikan cenderamata atas usaha KEJORA membantu pelajar-pelajar dalam memasuki beberapa pertandingan sama ada di dalam atau di luar negara. Tahniah SAKTI & KEJORA atas kolaborasi strategik yang terjalin ini.

PENGURUSAN KEJORA LAWAT KUBU BRITISH

27 JULAI 2022 | RABU
Pengurusan KEJORA yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi Bin Mohd Darus telah melawat Kawasan Peninggalan Kubu British di Tanjung Pengelih.
Lawatan ini adalah bagi melihat sendiri keadaan sebenar tapak yang akan dibangunkan oleh pihak KEJORA sebagai kawasan sejarah. Kawasan ini telah dipasangkan pagar oleh pihak KEJORA bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

BENGKEL KEUSAHAWANAN WANITA LUAR BANDAR : HOW TO MAKE YOUR 1ST MILLION TAHUN 2022

Melihat kepada keupayaan besar para wanita dalam menyumbang tenaga dan kepakaran dalam ekonomi serta keupayaan mereka untuk menjana pendapatan dalam bidang keusahawanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui KEJORA dan INFRA telah menganjurkan Bengkel Kusahawanan Wanita Luar Bandar : How to Make Your 1st Million.
Bengkel ini telah diadakan pada 26-28 Julai 2022, bertempat di KSL Hotel & Resort dan Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar pada 27 Julai 2022. Turut hadir, YBrs. Pn Annie Liaw, Timbalan Pengarah Latihan, Sektor Latihan, INFRA, En Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA serta Dato’ Suhaili binti Yosop, Pengarah Urusan DSY Consultant.
Seramai 42 usahawan wanita daripada golongan B40, M40, ibu tunggal mahupun wanita yang ingin membantu keluarga mencari pendapatan telah menghadiri program ini dan diberi bimbingan dengan ilmu, sistem, mentor dan “circle” berpandukan buku Manual Jutawan untuk meningkatkan jualan sehingga mencapai RM1juta pertama.
Terus Memperkasa Usahawan Wanita.
Tahniah dan syabas.

LAWATAN DAN MESYUARAT PRA-PENYERAHAN PROJEK LADANG BUAH BERSKALA BESAR (EPP7) BIL.1/2022

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menerima kunjungan lawatan daripada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada 28 Julai 2022 (Khamis) bertempat di Ladang Nanas Kawasan Pertanian Kg Tuan Seh, Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor.
Lawatan ini dihadiri dan diketuai oleh En Muhamad Zaidi bin Yahaya (KPSU) dan turut disertai oleh En Mohd. Syazlan bin Mohd Hatta (PSUK) serta pegawai-pegawai berkaitan dari Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah KPLB.
Menerusi projek EPP7 ini, pihak KPLB telah memperuntukkan sebanyak RM4.78 juta untuk penyediaan infra dan ameniti pertanian yang merangkumi pembinaan jalan ladang, penyediaan bekalan air dan juga elektrik di kawasan pertanian tersebut seluas 307.75 ekar.
Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk memantau pelaksanaan projek tanaman nanas yang sedang diusahakan oleh pihak syarikat serta membincangkan penyelarasan penyerahan projek secara rasmi daripada pihak KPLB kepada KEJORA pada bulan Ogos akan datang.

KEJORA DI FESTIVAL MASAKAN WARISAN MELAKA

22 – 24 JULAI 2022 I JUMAAT – AHAD
Pihak KEJORA telah julung kalinya menyertai lawatan Festival Masakan Warisan Melaka pada 22 hingga 24 April 2022 di sepanjang Jalan Kota, Melaka, Bandaraya Bersejarah. Majlis perasmian Festival Masakan Warisan Melaka telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.
Festival Masakan Warisan Melaka ini merupakan acara tahunan Negeri Melaka yang menampilkan lebih 30 hidangan tradisi daripada pelbagai etnik untuk dijamu kepada pengunjung yang hadir. Festival pada tahunan ini telah disertai dengan lebih dari 60 gerai dari pelbagai agensi kerajaan, muzium-muzium di Malaysia mahupun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). KEJORA telah mengenengahkan produk -produk usahawan bimbingan KEJORA seperti ieja Marketing dan Raffe.
Selain itu, pihak KEJORA juga menyediakan 100 sampel masakan setiap hari yang bertemakan “Masakan Johor” antaranya Belangkas Masak Sambal, Asam Pedas, Air Kathira, dan Soto.
Pihak KEJORA juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Muzim Melaka (PERZIM) kerana telah memberi peluang kepada pihak KEJORA menyertai Festival Warisan Melaka pada kali ini.