MINI KARNIVAL PUSAT KOMUNITI DESA BUKIT RAJA & HARI KEJORA BERSAMA PELANGGAN

25 Julai 2022 | Isnin
Pusat Komuniti Desa Bukit Raja telah menganjurkan Mini Karnival & Hari KEJORA Bersama Pelanggan Anjuran Pusat Komuniti Desa (PKD) Bukit Raja, Pengerang dengan Kerjasama KEJORA & JPKK Kg Bukit Raja. Pelbagai Agensi yang terlibat antaranya JPJ, KWSP, PTPTN, Tabung Haji, SSM, PERKESO, Klinik Kesihatan, Tadika Kemas, usahawan bimbingan KEJORA dan juga Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) turut bersama-sama memeriahkan program ini.
Program seperti ini bertujuan bagi memudahkan penduduk sekitar untuk berurusan dengan agensi-agensi kerajaan yang agak jauh di bandar. Segala permasalahan daripada penduduk dapat di sampaikan secara terus & berkesan. Program ini juga turut diserikan dengan kehadiran YB Aznan Hj Tamin, Adun Tanjung Surat sebagai perasmi majlis yang berbahagia ini.

GOTONG-ROYONG PERDANA EKOSISTEM KONDUKSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KEJORA SIRI 2 TAHUN 2022

Program Gotong-Royong Perdana EKSA Siri 2 Tahun 2022 ke arah pensijilan EKSA pada pagi ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YBhg Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA. Program ini merupakan simbolik kepada gerak kerja KEJORA ke arah audit pensijilan EKSA KEJORA dan diadakan secara serentak melibatkan semua zon bagi mengindahkan kawasan persekitaran luar pejabat.
“Persekitaran Kondusif Warga Kreatif Minda Inovatif”

BAZAR KOMUNITI KEJORA (BKK) & KEJORA SANTUN USAHAWAN (KSU)

23 HINGGA 24 JULAI 2022 | BANDAR TENGGARA | 8.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM
KEJORA melalui Unit Ekonomi & Usahawan telah mengadakan program Bazar Komuniti KEJORA (BKK) & KEJORA Santun Usahawan (KSU) dari 23 hingga 24 Julai 2022. Program telah berlangsung di perkarangan Pejabat KEJORA Bandar Tenggara dan Dewan KEJORA Bandar Tenggara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) merangkap Ahli Parlimen Tenggara.
Dalam ucapannya beliau menyatakan hasrat bahawa, perjuangan MOSTI adalah untuk merakyatkan sains dan menginsankan teknologi supaya ianya lebih dekat dengan rakyat di bandar atau luar bandar. Bagi menangani isu sekuriti makanan yang berkait dengan pertanian dan penternakan, MOSTI turut sama menyumbang dengan penawaran penyelesaian teknologi bagi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. MOSTI juga telah mengenalpasti 46 penyelesaian teknologi dan 27 daripadanya tersedia untuk dilaksanakan segera yang mana ianya terbahagi kepada beberapa kluster iaitu biji benih, biobaja dan baja penggalak, penggunaan dron dan robotik, perkhidmatan ujian dan aplikasi Internet Kebendaan (IoT), akuakultur serta makanan ternakan.
Antara program/aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari ini termasuklah Taklimat dari MyBUSRA, Bangkit Usahawan, Program Pemulih PERKESO, Pengurusan Kewangan Perniagaan Berhemah, Kongsi Rezeki dan Fiqh Zakat Perniagaan dan bantuan. Selain itu juga, dibuka juga gerai jualan, Program Usahawan Sihat, Funride dan mewarna kanak-kanak.
Semoga usaha ini dapat membantu usahawan KEJORA dalam mempromosikan jualan mereka serta mendapat pendedahan mengenai program serta kerjasama yang boleh dibuat bagi meningkatkan jualan usahawan.

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH KEJORA KE-5 TAHUN 2022

24 JULAI 2022 | AHAD | ANANTARA DESARU COAST – RESORT & VILLAS
Mesyuarat Lembaga Pengarah KEJORA telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi KEJORA iaitu YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi pagi tadi.
“Harapan saya agar KEJORA perlu memberikan penekanan terhadap proses Rebranding atau Penjemanaan Semula KEJORA untuk terus menjadi Key Changers atau Pemacu Perubahan kepada semua pelaksanaan fungsi dan peranan serta aktiviti KEJORA pada masa akan datang. Disebalik kepesatan kemajuan teknologi dan cabaran yang lebih kompleks kini, KEJORA juga perlu melaksanakan transformasi terhadap sistem penyampaian perkhidmatan KEJORA. Dengan mengambil kira aspirasi Keluarga Malaysia dan teras serta tunjang utama Johor Maju, KEJORA perlu melakar strategi dan membina sebuah landskap baharu terhadap fungsi dan peranan KEJORA agar Badan Berkanun Persekutuan ini kekal menjadi watak dan pemain utama dalam pembangunan Negeri Johor secara amnya dan pembangunan Wilayah Johor Tenggara secara khususnya” ucap beliau.

PROGRAM ON-BOARDING DESAMALL@KPLB DAN PROGRAM PENDIGITALAN USAHAWAN (PPU) SIRI 2 DI PULAU PINANG

Pada 21 & 22 Julai 2022, Usahawan Bimbingan KEJORA telah menghadiri Program On-boarding Desamall@KPLB dan Program Pendigitalan Usahawan (PPU) Siri 2 yang diadakan di Setia Spice Convention Centre, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, TKSU (D) KPLB.
Seramai 30 usahawan KEJORA telah diberi pendedahan dan bimbingan bagi membolehkan produk / pekhidmatan mereka dipasarkan di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, eBay dan PrestoMall di bawah Desamall@KPLB.
Program Pendigitalan Usahawan Luar Bandar pula diperkenalkan bagi memberi kursus atau latihan secara praktikal yang membolehkan usahawan terbabit melakukan usaha pendigitalan perniagaan menerusi pemasaran perniagaan dalam talian iaitu menggunakan Maybank QRPay, Foodpanda, Fasspay, Boost dan banyak lagi.
Usaha ini secara tidak langsung membantu para usahawan mengembangkan perusahaan mereka serta menyokong hasrat KPLB ke arah pendigitalan usahawan luar bandar.
Syabas dan tahniah.

KEJORA SOCCER KIDS DEVELOPMENT

22 JULAI 2022 | JUMAAT
Seramai 35 orang peserta yang hadir bagi sesi pertama yang diadakan di Stadium KEJORA Bandar Penawar.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini dimulakan dengan sesi pemanasan badan. Semua peserta ditunjukkan kaedah yang betul dalam tendangan, passing, pressing serta kawalan bola yang baik.
Program ini adalah bertujuan untuk membimbing dan mengasah bakat peserta dalam sukan bola sepak dalam Wilayah KEJORA.
Semoga anak-anak ini akan terus kekal sihat dan dapat mengikuti setiap modul yang telah disediakan.
Semoga terus gemilang Tunas Muda KEJORA

JADUAL TAWARAN TENDER : LKJT/UT/BP/WR/2021/K318

Berikut adalah jadual tawaran tender bagi cadangan kerja-kerja menaiktaraf ruang pejabat di ibu pejabat KEJORA, jalan dato’ hj. hassan yunus, ptb 1326, ptb 1658 hingga ptb 1667, bandar penawar, mukim tanjung surat, daerah kota tinggi, Johor Darul Ta’zim

JADUAL TAWARAN TENDER K318

TAWARAN TENDER : LKJT/PEL/EKOPELANCONGAN SUNGAI SEDILI/WA/2022/P001

1. Pelawaan ini adalah terbuka kepada FIRMA PERUNDING yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan tempoh                                   pendaftaran masih sah di bawah kod bidang 340107 – Kajian Pelancongan untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut :-

                     NO. TENDER         : LKJT / PEL / EKOPELANCONGAN SUNGAI SEDILI / WA / 2022 / P001
NAMA KAJIAN     :  KAJIAN PROGRAM PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN MENELUSURI SUNGAI SEDILI BESAR
SESI TAKLIMAT  :
TARIKH : 28 JULAI 2022 (KHAMIS) | MASA :  10.00 PAGI
                     TEMPAT : BILIK MESYUARAT SEMANGGAR, (BAHAGIAN PELANCONGAN) BANGUNAN IBU PEJABAT                                                 KEJORA, JALAN DATO HJ HASSAN YUNOS, BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR

    2SIDANG VIDEO : PAUTAN BOLEH DIAKSES MELALUI
          https://lembagakemajuanjohortenggara.my.webex.com/lembagakemajuanjohortenggara.my/j.php?                                                          MTID=m5c77d765208e019151319030edc9821f

          Meeting number: 2648 619 9894
          Password: 123456# (1234560 from phones and video systems)

    3. Syarat-syarat, arahan dan maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Pelawaan dan boleh didapatkan                        daripada Kaunter Bahagian Pelancongan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA bermula 28 Julai 2022 (Khamis) sehingga 4 Ogos             2022 (Khamis).
    4. Pembelian dokumen pelawaan boleh dibuat melalui FPX Online Banking (senangpay) yang boleh diakses melalui laman web                                    www.kejora.gov.my. Pembelian dokumen juga boleh dibuat menggunakan Kad Debit / Kad Kredit berharga seperti yang dinyatakan dalam              jadual di atas dan bayaran ini tidak akan dikembalikan.
5. Pelawaan ini akan ditutup pada 11 Ogos 2022 (Khamis).

 

Iklan Tender Kajian Sungai Sedili

PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT WILAYAH KEJORA

Sesi Latihan Amali di padang bagi Program Pembangunan Sukan Golf Wilayah KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa telah dilaksanakan pada 15 Julai 2022, Jumaat bertempat di Orchard Golf & Country Club, Kota Tinggi, Johor. Ini bagi memberi pendedahan kepada peserta keadaan sebenar sukan golf selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Golf (Driving Range) di Bandar Penawar. Semua peserta menunjukkan peningkatan yang baik semasa sesi latihan padang. Beberapa peserta juga dapat dikenalpasti berpotensi mendapat kedudukan yang baik semasa pertandingan golf peringkat MSSD Johor yang akan datang. Peningkatan prestasi peserta ini dibantu oleh 3 orang jurulatih bertauliah yang telah dilantik oleh KEJORA.
Program ini telah bermula pada bulan Mei 2022 dan disertai seramai 30 orang anak-anak penduduk sekitar Wilayah KEJORA yang berumur 7 hingga 17 tahun. Ini merupakan salah satu Program BAKAT yang dirancang oleh Bahagian PSPD bagi mencungkil bakat anak-anak penduduk Wilayah KEJORA dalam sukan Golf.
Pihak KEJORA mendapat kerjasama yang sangat baik dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Kluang dan Johor Bahru dalam perlaksanaan program ini. Kebenaran khas pelepasan belajar telah diberikan kepada murid atau pelajar yang terpilih bagi menjalani latihan sekiranya melibatkan hari persekolahan. Program ini juga menjadi ‘platform’ kepada peserta-peserta membuat persediaan bagi menyertai kejohanan golf peringkat MSSD Johor yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2022.

KURSUS TANAMAN DURIAN MDUR TAHUN 2022

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menerusi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menganjurkan Kursus Tanaman Durian MDUR Tahun 2022 dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kursus ini telah diadakan pada 12-15 Julai 2022 bertempat di Hotel Casuarina Meru dan Durio Tourism MARDI Kuala Kangsar, Perak.
Program ini telah dirasmikan oleh En. Daud Bin Abd. Rahman selaku Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), KEJORA. Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada ahli koperasi kampung, pengusaha pertanian di Kawasan Tanaman Campuran dan penduduk di sekitar Wilayah KEJORA.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada peserta mengenai kaedah penanaman durian premium dan potensi pemasaran bagi tanaman durian secara teori dan juga amali. Selain itu, Kursus ini juga secara tidak langsung dapat mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing peserta melalui latihan pembangunan modal insan dan latihan amali yang disampaikan oleh Penceramah MARDI.
Kursus ini juga telah menekankan kepentingan aktiviti penanaman sehingga pasca tuai bagi menghasilkan buah durian yang berkualiti tinggi selaras keperluan untuk jaminan bekalan makanan negara.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.