PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB) BAGI BULAN JULAI TAHUN 2022

31 JULAI 2022 I AHAD I 1.00 PETANG
Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi bulan Julai tahun 2022 di Dewan KEJORA Bandar Penawar. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Haji Abd. Rahman Bin Hj Mohamad, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YBhg Datuk Che Murad Sayang Bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBrs. Tuan Mas Rizal Bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBrs. En. Mohd Kamal Bin Husin, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan), Ketua-Ketua Agensi KPLB, SUB KPLB, Ketua Agensi KPLB Negeri Johor, Pengarah-Pengarah PKN Negeri, Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Di dalam ucapan YB Dato’ Seri Menteri KPLB, beliau menyeru kepada semua Warga KPLB agar dapat mengekalkan momentum kejayaan dan ditambahbik dengan penuh bersemangat & komited bagi membantu membangunkan luar bandar sesuai dengan tagline KPLB iaitu Luar Bandar Sejahtera. Cabaran pasti hadir dalam pelbagai bentuk. Saya percaya KPLB mampu mengatasi segalanya. Mungkin, dengan idea kita kecil tapi ianya boleh memberikan impak yang besar kepada golongan sasar.
Dalam pada itu, telah berlangsung pelancaran sistem ePRO version 3.0 (Sistem Perolehan Atas Talian KEJORA/ Electronic PROcument Ready Online) yang dilancarkan oleh YB Dato’Seri Menteri KPLB dan sistem ini akan mula digunakan pada 1 Ogos 2022. Disamping itu juga, telah dilancarkan karnival sukan antara sektor KPLB tahun 2022 dengan 4 kumpulan utama telah dipecahkan mengikut tema dan nama kumpulan seperti Megat Panji Alam, Mat Kilau, Rentap dan Tok Janggut.

KEJORA TERIMA LAWATAN DELIGASI DARI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

28 JULAI 2022 | KHAMIS | DEWAN KEJORA

Pada hari ini, pihak KEJORA telah menerima lawatan ramah mesra dari deligasi Majlis Perbandaran Sepang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan YBrs. En Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Manakala, Tn Hj Wan Mohd Ashril Aizal Bin Wan Abdullah, Pengurus Kewangan telah memberikan taklimat mengenai sistem ePRO KEJORA.
YBhg. Dato’ Hj. Abdul Hamid bin Hussain, YDP Majlis Perbandaran Sepang dalam ucapan balasnya menyatakan terima kasih dan tahniah kepada KEJORA kerana berjaya membangunkan satu sistem yang sangat baik. Beliau turut memuji sistem ini kerana ianya dibangunkan secara dalaman oleh pihak KEJORA.
Deligasi Majlis Perbandaran Sepang seterusnya di bawa melawat Muzium Nelayan Tanjung Balau dan diberikan taklimat mengenai muzium nelayan.
Semoga kerjasama yang terjalin ini kekal dan menjadi pemangkin untuk membentuk kerjasama strategik yang lain selepas ini.

KARNIVAL ROBOTVET 2022

28 JULAI 2022 | KHAMIS | SM SAINS KOTA TINGGI
Pada hari ini, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi Bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah dijemput untuk ke Majlis Perasmian Karnival RoboTVET 2022 di Sekolah Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Norliza binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan & Komunikasi Negeri Johor.
Karnival RoboTVET ini diadakan bagi menunjukkan kebolehan pelajar dalam mencipta robot serta memberikan galakan kepada pelajar-pelajar lain untuk belajar & berfikir di luar kotak.
Dalam majlis ini, pihak KEJORA telah diberikan cenderamata atas usaha KEJORA membantu pelajar-pelajar dalam memasuki beberapa pertandingan sama ada di dalam atau di luar negara. Tahniah SAKTI & KEJORA atas kolaborasi strategik yang terjalin ini.

PENGURUSAN KEJORA LAWAT KUBU BRITISH

27 JULAI 2022 | RABU
Pengurusan KEJORA yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi Bin Mohd Darus telah melawat Kawasan Peninggalan Kubu British di Tanjung Pengelih.
Lawatan ini adalah bagi melihat sendiri keadaan sebenar tapak yang akan dibangunkan oleh pihak KEJORA sebagai kawasan sejarah. Kawasan ini telah dipasangkan pagar oleh pihak KEJORA bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

BENGKEL KEUSAHAWANAN WANITA LUAR BANDAR : HOW TO MAKE YOUR 1ST MILLION TAHUN 2022

Melihat kepada keupayaan besar para wanita dalam menyumbang tenaga dan kepakaran dalam ekonomi serta keupayaan mereka untuk menjana pendapatan dalam bidang keusahawanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui KEJORA dan INFRA telah menganjurkan Bengkel Kusahawanan Wanita Luar Bandar : How to Make Your 1st Million.
Bengkel ini telah diadakan pada 26-28 Julai 2022, bertempat di KSL Hotel & Resort dan Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar pada 27 Julai 2022. Turut hadir, YBrs. Pn Annie Liaw, Timbalan Pengarah Latihan, Sektor Latihan, INFRA, En Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA serta Dato’ Suhaili binti Yosop, Pengarah Urusan DSY Consultant.
Seramai 42 usahawan wanita daripada golongan B40, M40, ibu tunggal mahupun wanita yang ingin membantu keluarga mencari pendapatan telah menghadiri program ini dan diberi bimbingan dengan ilmu, sistem, mentor dan β€œcircle” berpandukan buku Manual Jutawan untuk meningkatkan jualan sehingga mencapai RM1juta pertama.
Terus Memperkasa Usahawan Wanita.
Tahniah dan syabas.

LAWATAN DAN MESYUARAT PRA-PENYERAHAN PROJEK LADANG BUAH BERSKALA BESAR (EPP7) BIL.1/2022

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menerima kunjungan lawatan daripada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada 28 Julai 2022 (Khamis) bertempat di Ladang Nanas Kawasan Pertanian Kg Tuan Seh, Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor.
Lawatan ini dihadiri dan diketuai oleh En Muhamad Zaidi bin Yahaya (KPSU) dan turut disertai oleh En Mohd. Syazlan bin Mohd Hatta (PSUK) serta pegawai-pegawai berkaitan dari Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah KPLB.
Menerusi projek EPP7 ini, pihak KPLB telah memperuntukkan sebanyak RM4.78 juta untuk penyediaan infra dan ameniti pertanian yang merangkumi pembinaan jalan ladang, penyediaan bekalan air dan juga elektrik di kawasan pertanian tersebut seluas 307.75 ekar.
Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk memantau pelaksanaan projek tanaman nanas yang sedang diusahakan oleh pihak syarikat serta membincangkan penyelarasan penyerahan projek secara rasmi daripada pihak KPLB kepada KEJORA pada bulan Ogos akan datang.

KEJORA DI FESTIVAL MASAKAN WARISAN MELAKA

22 – 24 JULAI 2022 I JUMAAT – AHAD
Pihak KEJORA telah julung kalinya menyertai lawatan Festival Masakan Warisan Melaka pada 22 hingga 24 April 2022 di sepanjang Jalan Kota, Melaka, Bandaraya Bersejarah. Majlis perasmian Festival Masakan Warisan Melaka telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.
Festival Masakan Warisan Melaka ini merupakan acara tahunan Negeri Melaka yang menampilkan lebih 30 hidangan tradisi daripada pelbagai etnik untuk dijamu kepada pengunjung yang hadir. Festival pada tahunan ini telah disertai dengan lebih dari 60 gerai dari pelbagai agensi kerajaan, muzium-muzium di Malaysia mahupun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). KEJORA telah mengenengahkan produk -produk usahawan bimbingan KEJORA seperti ieja Marketing dan Raffe.
Selain itu, pihak KEJORA juga menyediakan 100 sampel masakan setiap hari yang bertemakan β€œMasakan Johor” antaranya Belangkas Masak Sambal, Asam Pedas, Air Kathira, dan Soto.
Pihak KEJORA juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Muzim Melaka (PERZIM) kerana telah memberi peluang kepada pihak KEJORA menyertai Festival Warisan Melaka pada kali ini.

MINI KARNIVAL PUSAT KOMUNITI DESA BUKIT RAJA & HARI KEJORA BERSAMA PELANGGAN

25 Julai 2022 | Isnin
Pusat Komuniti Desa Bukit Raja telah menganjurkan Mini Karnival & Hari KEJORA Bersama Pelanggan Anjuran Pusat Komuniti Desa (PKD) Bukit Raja, Pengerang dengan Kerjasama KEJORA & JPKK Kg Bukit Raja. Pelbagai Agensi yang terlibat antaranya JPJ, KWSP, PTPTN, Tabung Haji, SSM, PERKESO, Klinik Kesihatan, Tadika Kemas, usahawan bimbingan KEJORA dan juga Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) turut bersama-sama memeriahkan program ini.
Program seperti ini bertujuan bagi memudahkan penduduk sekitar untuk berurusan dengan agensi-agensi kerajaan yang agak jauh di bandar. Segala permasalahan daripada penduduk dapat di sampaikan secara terus & berkesan. Program ini juga turut diserikan dengan kehadiran YB Aznan Hj Tamin, Adun Tanjung Surat sebagai perasmi majlis yang berbahagia ini.

BAZAR KOMUNITI KEJORA (BKK) & KEJORA SANTUN USAHAWAN (KSU)

23 HINGGA 24 JULAI 2022 | BANDAR TENGGARA | 8.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM
KEJORA melalui Unit Ekonomi & Usahawan telah mengadakan program Bazar Komuniti KEJORA (BKK) & KEJORA Santun Usahawan (KSU) dari 23 hingga 24 Julai 2022. Program telah berlangsung di perkarangan Pejabat KEJORA Bandar Tenggara dan Dewan KEJORA Bandar Tenggara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) merangkap Ahli Parlimen Tenggara.
Dalam ucapannya beliau menyatakan hasrat bahawa, perjuangan MOSTI adalah untuk merakyatkan sains dan menginsankan teknologi supaya ianya lebih dekat dengan rakyat di bandar atau luar bandar. Bagi menangani isu sekuriti makanan yang berkait dengan pertanian dan penternakan, MOSTI turut sama menyumbang dengan penawaran penyelesaian teknologi bagi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. MOSTI juga telah mengenalpasti 46 penyelesaian teknologi dan 27 daripadanya tersedia untuk dilaksanakan segera yang mana ianya terbahagi kepada beberapa kluster iaitu biji benih, biobaja dan baja penggalak, penggunaan dron dan robotik, perkhidmatan ujian dan aplikasi Internet Kebendaan (IoT), akuakultur serta makanan ternakan.
Antara program/aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari ini termasuklah Taklimat dari MyBUSRA, Bangkit Usahawan, Program Pemulih PERKESO, Pengurusan Kewangan Perniagaan Berhemah, Kongsi Rezeki dan Fiqh Zakat Perniagaan dan bantuan. Selain itu juga, dibuka juga gerai jualan, Program Usahawan Sihat, Funride dan mewarna kanak-kanak.
Semoga usaha ini dapat membantu usahawan KEJORA dalam mempromosikan jualan mereka serta mendapat pendedahan mengenai program serta kerjasama yang boleh dibuat bagi meningkatkan jualan usahawan.

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH KEJORA KE-5 TAHUN 2022

24 JULAI 2022 | AHAD | ANANTARA DESARU COAST – RESORT & VILLAS
Mesyuarat Lembaga Pengarah KEJORA telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi KEJORA iaitu YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi pagi tadi.
β€œHarapan saya agar KEJORA perlu memberikan penekanan terhadap proses Rebranding atau Penjemanaan Semula KEJORA untuk terus menjadi Key Changers atau Pemacu Perubahan kepada semua pelaksanaan fungsi dan peranan serta aktiviti KEJORA pada masa akan datang. Disebalik kepesatan kemajuan teknologi dan cabaran yang lebih kompleks kini, KEJORA juga perlu melaksanakan transformasi terhadap sistem penyampaian perkhidmatan KEJORA. Dengan mengambil kira aspirasi Keluarga Malaysia dan teras serta tunjang utama Johor Maju, KEJORA perlu melakar strategi dan membina sebuah landskap baharu terhadap fungsi dan peranan KEJORA agar Badan Berkanun Persekutuan ini kekal menjadi watak dan pemain utama dalam pembangunan Negeri Johor secara amnya dan pembangunan Wilayah Johor Tenggara secara khususnya” ucap beliau.