SESI TAKLIMAT RINGKAS DAN SERAHAN SURAT TAWARAN PERUMAHAN TAMAN PENAWAR HARMONI, BANDAR PENAWAR, JOHOR

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Hartanah telah menyerahkan surat tawaran perumahan Taman Penawar Harmoni (TPH), Bandar Penawar, Johor. Semua penerima telah diberikan taklimat mengenai prosedur tawaran termasuk kaedah pembayaran deposit pinjaman serta penyediaan perjanjian.
KEJORA mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya.
Bersyukur kini KEJORA panjatkan,
Surat tawaran telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan KEJORA hulurkan,
Segulung tahniah KEJORA ucapkan.

KURSUS PENGURUSAN ACARA WILAYAH KEJORA TAHUN 2022.

Alhamdulillah! Bersyukur kepada Allah swt di atas kurniaan dan rahmatNya, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pelancongan telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Acara kepada 16 peserta yang terdiri dari kalangan Operator Produk Pelancongan & Pengusaha Homestay Wilayah KEJORA pada 18 hingga 20 Ogos 2022 bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.
Kursus yang dikelolakan oleh pihak Vision Consultant ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang strategi dan kaedah yang berkesan dalam penganjuran sesuatu acara di dalam wilayah Kejora yang secara tidak langsung dapat memanfaatkan keunikan setiap produk pelancongan di kawasan masing-masing.
Majlis Penutupan kursus telah dirasmikan oleh Puan Suraya Hani bt. Sharan, Pengurus Pelancongan selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA.
Semoga dengan penganjuran kursus ini, dapat meningkatkan mutu kualiti dalam memperkasa pelancongan desa Wilayah KEJORA serta memartabatkan sektor pelancongan di kawasan kampung masing-masing agar matlamat pelancongan berasaskan komuniti (Community Based Tourism) dapat dicapai dengan jayanya. Syabas kepada semua peserta!

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEJORA BIL 2 TAHUN 2022

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KEJORA Bil. 2 Tahun 20222 telah berjaya dilaksanakan pada 18 Ogos 2022, Khamis bertempat di Hotel Zenith, Cameron Highland, Pahang.
Mesyuarat ini telah di Pengerusi oleh YBhg. Dato Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA dan turut dihadiri oleh Wakil Pegawai (Pengurusan KEJORA) dan Wakil Pekerja yang telah dilantik bagi membincangkan dan mendapatkan kesepakatan bersama dalam menyelesaikan isu setempat demi kebaikan KEJORA.

KURSUS PRA PERSARAAN KEJORA TAHUN 2022

Seramai 28 orang wargakerja Lembaga Kemajuan Johor Tengara (KEJORA) hadir kursus di The Zenith Cameron Highlands pada 16 hingga 18 Ogos 2022 dengan semangat yang membara untuk menyediakan payung sebelum hujan dengan menghadiri Kursus Pra Persaraan KEJORA Tahun 2022. Turut serta Encik Daud bin Abd Rahman selaku Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA.
Hari pertama, para peserta telah didedahkan dengan ilmu keusahawanan dengan lawatan dan sesi soal jawab yang telah disampaikan oleh pengusaha ladang strawberry terkemuka di Cameron Highlands iaitu KHM Strawberry.
Seterusnya, Tuan Haji Mazlan Mohamed Yasin dan Coach Firdaus Arshad selaku trainer dan coach profesional, telah mengambil alih program ini dengan memberikan cara, strategi dan bagaimana untuk Bersara dengan Bergaya. Objektif yang ingin dicapai antaranya adalah merancang aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi menjadikan persaraan yang berkualiti.
Hari terakhir para peserta melawat Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands dan kawasan sekitar.
Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kursus ini dengan begitu unggul.

PROGRAM CERAMAH PENGUKUHAN INTEGRITI KEJORA SIRI 4/2022

18 OGOS 2022 | KHAMIS | 9.00 PAGI
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Integriti telah melaksanakan Program Ceramah Pengukuhan Integriti KEJORA Siri 4/2022 yang bertajuk “Polisi Tanpa Hadiah” bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Yunus bin Mohamed selaku Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor. Program ini bertujuan untuk meningkatkan komitmen anggota KEJORA tentang peranan yang boleh dilakukan untuk pengukuhan integriti dan meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman anggota KEJORA terhadap Integriti terutamanya dalam rasuah.
Dalam ceramah tersebut, beliau berharap dan mengingatkan agar semua anggota KEJORA sentiasa membudayakan antirasuah disemua peringkat pelaksanaan kerja dan tanggungjawb dalam memerangi rasuah.

IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA 2022

Tawaran adalah dipelawa kepada pemohon-pemohon, BUMIPUTERA yang berminat & memenuhi syarat-syarat permohonan untuk menyewa ruang niaga / premis Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

  1. Tempoh tawaran permohonan ini adalah sebagaimana berikut:             Tarikh Mula    : 17 Ogos 2022 (Rabu)                                                                                                                                                                                  Tarikh Tutup  : 30 Ogos 2022 (Selasa)
  2. Borang Permohonan Sewaan Premis boleh didapati secara PERCUMA pada waktu pejabat di Unit Ekonomi & Usahawan, Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor atau memuaturun melalui laman sesawang rasmi iaitu kejora.gov.my.
  3. Syarat-syarat permohonan adalah sebagaimana berikut:
  • Usahawan @ berniaga yang telah mendaftar dengan KEJORA
  • Warganegara Malaysia;
  • Bumiputera;
  • Penduduk / Pengusaha di dalam Wilayah KEJORA (Daerah Kota Tinggi, dan Kluang Sahaja); dan
  • Permohon baru atau sedang menjalankan perniagaan.

5. Borang Permohonan Sewaan Premis berserta dokumen-dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada Unit Ekonomi & Usahawan, Ibu                   Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor sebelum 30 Ogos 2022 jam 4.00 petang.                   Borang yang lewat tidak akan diterima atau diproses.

6. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Ekonomi & Usahawan KEJORA di talian 078843197

7. Untuk Maklumat lanjut iklan dan borang pemohonan adalah seperti berikut :

IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA 2022BORANG PERMOHONAN SEWAAN PREMIS KEJORA (1)

                                                                                                                     

 

JADUAL TAWARAN TENDER LKJT/PEL/EKOPELANCONGANSUNGAISEDILI/WA/2022/P001

Jadual Tawaran Tender P001 Kajian Program Pembangunan Ekopelancongan Menelusuri Sungai Sedili

PROGRAM KESEDARAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT (ISMS) KEJORA TAHUN 2022

11 OGOS 2022
Program Kesedaran Keselamatan Maklumat (ISMS) telah diadakan pasa 11 Ogos 2022 telah dirasmikan oleh Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan). Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan pelaksanaan ISO/ IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang telah dipersijilkan di KEJORA bermula pada tahun 2014 dengan skop pelaksanaan adalah “Sistem Pengurusan “SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT BAGI SISTEM ELEKTRONIK PROCUMENT READY ONLINE (ePRO)”, LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA”.
Program dimulai dengan Taklimat Kesedaran Keselamatn Maklumat berkaitan keselamatan siber yang disampaikan oleh Tuan Zulazly bin Khalid, Pengarah Urusan Diaspora Sdn. Bhd.
Program diteruskan dengan Taklimat Sistem EPerolehan 3.0 KEJORA kepada semua anggota KEJORA. Sistem ePRO, telah mengalami penambahbaikan seiring dengan masa melalui ePRO 2.0 dan kini ePRO 3.0. Sistem ePRO bukan sahaja membantu dan mempercepatkan prosess perolehan daripada penyediaan BQ hingga kepada perlantikan kontraktor. Sistem ePRO membolehkan semua proses kerja dilaksanakan secara atas talian bermula daripada penyediaan BQ, iklan, tutup peti, buka peti, penilaian sebutharga atau tender dan pengeluaran SST tetapi yang paling penting sistem ini memudahkan pembekal/kontraktor luar bandar dalam wilayah KEJORA untuk mengemukakan tawaran sebutharga secara paperless.
Ucapan Perasmian Penutup telah sesampaikan oleh Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) selaku Ketua Pegawai Maklumat (CIO).
Dalam ucapan tersebut beliau berharap pelaksanaan program ICT selari dengan pelaksanaan KEJORA 2.0 dan selaras dengan Pelan Strategik ICT KEJORA 2021-2025 KEJORA.
Dalam ucapan beliau juga mengingatkan agar semua anggota KEJORA sentiasa membudayakan ICT disemua peringkat pelaksanaan kerja dan berharap pelaksanaan ISMS dapat dilaksanakan dengan baik.

KEPUTUSAN MUKTAMAD TENDER LKJT/UT/BP/WR/2021/K318

Keputusan Muktamad Tender K318-100822

KEPUTUSAN MUKTAMAD TENDER LKJT/UT/SG. MUPOR/P/2021/K317

Keputusan Muktamad Tender K317