Entries by

PROGRAM HAWA MADANI WILAYAH KEJORA 2023

Program wanita yang dinantikan telah tiba Dengan tema “KASIH WANITA” Jom ramai-ramai ke Dewan KEJORA pada 5 hingga 6 Ogos 2023 PENDAFTARAN TERBUKA sila rujuk banner!!!!!!! INFO PROGRAM HAWA MADANI WILAYAH KEJORA 2023 ============================== Tarikh Program : 5 hingga 6 Ogos 2023 Masa Program : 5 Ogos ( 2.00 petang hingga 11.00 malam) 6 Ogos […]

KURSUS TERNAKAN KELULUT (HAIF SERAMIK) ANJURAN KEJORA DENGAN KERJASAMA SIRIM BERHAD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua Penduduk Wilayah KEJORA Industri ternakan kelulut di Malaysia dilihat amat berpotensi dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi pengusaha, sama ada diusahakan secara kecil-kecilan mahupun secara komersial. Dengan penggunaan teknologi baru iaitu Log kelulut Haif Seramik yang dibangunkan oleh SIRIM Berhad dapat menambah jangka hayat log kelulut […]

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN

Kursus Pengurusan Kewangan dan Perakaunan telah diadakan pada 13-15 Julai 2023 bertempat di Lotus Desaru Beach Resort melalui Unit Ekonomi dan Usahawan. Kursus ini telah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada 20 orang usahawan dari segi pengurusan pengaliran wang tunai yang berkesan, kepentingan mengurus akaun syarikat/penyata kewangan serta pengurusan perbelanjaan yang berkesan dan sistematik. Kursus ini […]

KURSUS LESEN JURUMUDI SEBAGAI KAPTEN BOT UNTUK BOT PELANCONGAN KEJORA TAHUN 2023

Alhamdulillah, pada 9 hingga 15 Julai 2023, pihak KEJORA melalui Bahagian Pelancongan telah berjaya menganjurkan Kursus Lesen Jurumudi Sebagai Kapten Bot untuk Bot Pelancongan KEJORA bertempat di Hotel Desaru Penawar. Kursus ini telah dikendalikan oleh Tetuan Sealestial Marine Seafarer Training Centre (SEAMASTER) melibatkan seramai 12 orang peserta yang meliputi wakil JPKK dan Koperasi Wilayah KEJORA […]

KEJORA DAN MARDI TANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

13 Julai 2023, Putrajaya – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang akan menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama dalam pembangunan pertanian di Wilayah Johor Tenggara. YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) bersama […]

KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI INTEGRITI KEJORA TAHUN 2023

Pada 12 Julai 2023, pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Integriti telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Integriti bertemakan “Berintegriti dan Bermaruah” KEJORA bagi Tahun 2023 bertempat di Kompleks Pejabat SPRM Johor yang melibatkan Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan seramai 40 orang termasuk urusetia kursus. Kursus ini telah disampaikan oleh Ps Salmiha […]

KEJORA SERAH 2 UNIT TRAKTOR NEW HOLLAND KEPADA KOPERASI PESERTA RANCANGAN ORANG ASLI FELCRA TANAH ABANG MERSING BERHAD

9 Julai 2023 – Mersing – Pada hari ini, KEJORA telah menyerahkan 2 unit traktor jenama New Holland kepada Koperasi Peserta Rancangan Orang Asli Felcra Tanah Abang Mersing Berhad sempena Program Desa Lestari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Sebelum ini, pihak Koperasi telah menerima satu (1) unit Lori 3 Tan, dua (2) unit traktor, […]

LAWATAN PENANDA ARAS ELECTRIC VEHICLE (EV)

Dalam merancang, mengurus dan melaksanakan pembangunan luar bandar di wilayah KEJORA, aktiviti-aktiviti berteraskan pembangunan ekonomi dan keusahawanan menjadi teras dan fokus pengurusan KEJORA di dalam memastikan kesenjangan ekonomi luar bandar dan di bandar dapat diseimbangkan. Manakala kehadiran pelancong ke Wilayah KEJORA mula menunjukkan trend peningkatan selepas Covid-19 melanda negara. Lanjutan dari perkembangan yang semakin memberangsangkan, […]

LAWATAN KERJA YB TAN SRI DATO’ DR HAJI AZMI BIN ROHANI, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR MERANGKAP PENGERUSI KEJORA KE IBU PEJABAT KEJORA SERTA WILAYAH KEJORA

Pada hari ini, 3 Julai 2023 bersamaan 14 Zulhijjah 1444H, YB Tan Sri Dato’ Dr. Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat KEJORA serta Wilayah KEJORA. Sesi lawatan kerja ini dimulakan dengan suai kenal bersama Pengurusan KEJORA ke Bahagian serta Unit-Unit di KEJORA. Sesi […]

MAJLIS IBADAH QURBAN (MAQRAB) 2023

Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, KEJORA telah mengadakan Majlis Ibadah Qurban (MAQRAB) 2023 di Masjid As-Syifa Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Sebanyak 91 ekor kambing dan 26 ekor lembu telah ditumbangkan. Program yang dijalankan secara kerjasama strategik antara KEJORA, AGROPRENEUR FARM SDN BHD, ALIYAH RIZQ HOLDING PTE LTD serta Masjid As-Syifa […]