Entries by

PERTANDINGAN AKUATIK TERTUTUP PROGRAM KIDS SWIMMING CLASS WILAYAH KEJORA TAHUN 2022 | 25 FEBRUARI 2023

Pihak KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa telah melaksanakan Pertandingan Akuatik Tertutup Program Kids Swimming Class Wilayah KEJORA Tahun 2022 di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai keupayaan peserta sepanjang latihan Kids Swimming Class Tahun 2022 […]

PROGRAM BINA INSAN SIRI 1 dan SIRI 2 TAHUN 2022

Pihak KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa telah melaksanakan Program Bina Insan Siri 1 dan Siri 2 pada 16 hingga 17 Februari 2023 dan 23 hingga 25 Februari 2023. Program telah dijalankan di Hotel Grand Paragon JB dan Tadom Hill Resort Selangor. Program ini dilaksanakan kepada peserta-peserta di kalangan penduduk Wilayah KEJORA yang […]

PROGRAM KHATAN PERDANA AKRAB KOMUNITI DUN PENAWAR

19 Februari 2023, Bandar Penawar – Program berkhatan beramai-ramai setiap kali musim cuti persekolahan menjadi salah satu platform mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat. Pada hari ini telah berlangsung Program Khatan Perdana Akrab Komuniti DUN Penawar di perkarangan Masjid As-Syifa’, Bandar Penawar, Johor. Majlis telah disempurnakan oleh ADUN Penawar, Yang Berhormat Puan Fauziah binti Misri. Di […]

IKLAN PERMOHONAN PENGENDALIAN KAFETERIA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Pengusaha-pengusaha kafeteria yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan untuk mengendalikan kafeteria Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, di Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Haji Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor. SYARAT-SYARAT 1. Pemohon hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia. 2. Makanan yang disediakan hendaklah berjenis HALAL. 3. Pekerja-pekerja kafeteria hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia. 4. Pekerja-pekerja […]

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 – MODUL ANALISA RISIKO

Seramai 44 orang anggota termasuk Pengurusan KEJORA telah mengikuti Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 – Modul Analisa Risiko yang telah diadakan pada 13 hingga 15 Februari 2023 bertempat di Hotel Four Points By Sheraton, Desaru dengan kerjasama penceramah dari Syarikat HG Skills Enterprise yang disampaikan oleh Puan Hanidah binti Ghazali. Bengkel ini […]

BENGKEL PENGURUSAN REKOD RASMI KERAJAAN

Bermula dari 12 hingga 14 Februari 2023, seramai 36 orang anggota KEJORA telah mengikuti Bengkel Pengurusan Rekod Rasmi Kerajaan yang telah diadakan di Hotel Amansari, Bandar Penawar. Bengkel dengan kerjasama penceramah dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah disampaikan oleh Pegawai Arkib, Encik Mohamad Faiz bin Ismail, Pegawai Arkib. Bengkel ini dilaksanakan dengan tujuan […]

TAKLIMAT KESEDARAN PERLAKSANAAN PENGGUNAAN PROJEK SISTEM DIGITAL DOCUMENTATION MANAGEMENT SYSTEM (DDMS)

Pengurusan KEJORA yang diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Puan Marlina binti Amir telah mengikuti Taklimat Kesedaran Perlaksanaan Penggunaan Projek Sistem Digital Documentation Management System (DDMS) pada 13 Februari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Balau. Taklimat dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah disampaikan oleh Pegawai Arkib, Encik Mohamad Faiz bin Ismail. Taklimat […]

BENGKEL PERMUKIMAN HALATUJU PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM PEMBANGUNAN KEJORA TAHUN 2023

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan Bengkel Pemukiman Halatuju Perlaksanaan Projek/Program Pembangunan KEJORA Tahun 2023 di Hatten Hotel, Melaka Bandaraya Bersejarah dari 29 hingga 31 Januari 2023. Bengkel yang dirasmikan oleh Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus turut dihadiri oleh Pengurusan Kanan, Pengurus-Pengurus Bahagian, Ketua-Ketua Unit serta pegawai projek […]

PEMBERIAN CENDERAHATI KEPADA PENYUMBANG BAHAN BAGI PENERBITAN BUKU COFFEE TABLE KEJORA

2 Februari 2023 – Sesi pemberian cenderahati untuk penyumbang bahan bagi penerbitan buku Coffee Table KEJORA sempena Sambutan Jubli Emas KEJORA kepada Mantan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Tn. Hj. Samsudin bin Hassan dan Mantan Pembantu Tadbir, Encik Jaafar bin Abdullah Cenderahati penghargaan telah disampaikan oleh Ketua Unit Audit Dalam, En. Mohamad Rizal bin Mohd Hidzir. […]