KEJORA JOHAN SEPANDUK TERBAIK KATEGORI KERAJAAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 1447H/2025M

CABUTAN UNDI BAGI TAWARAN KERJA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS) DAN PEMBINAAN RUMAH SAMPAH KITAR SEMULA DI DAERAH KOTA TINGGI

CABUTAN UNDI BAGI TAWARAN KERJA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS) DAN PEMBINAAN RUMAH SAMPAH KITAR SEMULA DI DAERAH KOTA TINGGI

PENYERAHAN ASET 35 BUAH PREMIS TAMAN BAYU DAMAI KEPADA MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG (MPP) DEMI MANFAAT KOMUNITI

Majlis Penyerahan 35 buah premis kedai Taman Bayu Damai, Pengerang daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kepada Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Majlis menandatangani dokumen penyerahan rasmi telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA bersama YBhg. TS. Sr. Haji Zulkepli bin Haji […]

USAHA PENAMBAHBAIKAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU SECARA BERTERUSAN BAGI MENYOKONG TAHUN MELAWAT JOHOR DAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, telah meluangkan masa mengadakan lawatan pemantauan ke Muzium Nelayan Tanjung Balau bagi meninjau perkembangan terkini kerja-kerja menaiktaraf galeri pameran di muzium. Projek ini merangkumi penyediaan dua segmen pameran baharu yang dijangka menambah nilai kepada pengalaman pengunjung.
Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek di tapak berjalan mengikut jadual yang ditetapkan, agar galeri dapat dibuka sepenuhnya kepada orang ramai menjelang penganjuran Tahun Melawat Johor dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
KEJORA berhasrat untuk menjadikan muzium ini sebagai pusat interpretasi sejarah dan budaya tempatan serta sebagai pusat rujukan dan pembelajaran yang lebih inklusif untuk generasi muda. Selain itu, penambahan segmen baharu ini diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong serta memperkenalkan warisan dan sejarah Negeri Johor ke peringkat yang lebih meluas.

YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR & KEJORA BERGANDING BAHU RAIKAN PEJUANG KANSER EDISI MERDEKA 2025

Seramai 130 orang pejuang kanser telah hadir program “Be Bold” Edisi Merdeka 2025 anjuran Cancer Support Group, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dengan kerjasama KEJORA.
Program ini adalah bertujuan menggalakkan penglibatan serta menerapkan kebersamaan kepada para pejuang kanser dalam menyemarakkan patriotisme sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-68. Program ini juga menjadi ruang kepada pemerkasaan emosi, fizikal dan mental buat para pejuang kanser yang tidak pernah mengalah.
Antara aktiviti yang diadakan sebagai pengisian program adalah sukaneka dan kibaran Jalur Gemilang.
Terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan peserta yang terlibat menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini menjadi pencetus kepada lebih banyak inisiatif kebajikan dan kesejahteraan kepada keseluruhan komuniti pada masa akan datang.

SEKITAR PROGRAM KEJORA MERDEKARIA SEMPENA SEMARAK KIBAR JALUR GEMILANG DI PANTAI TANJUNG BALAU

Kemeriahan dan penuh warna warni program KEJORA Merdekaria sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Wilayah KEJORA 2025 di Pantai Tanjung Balau.
Terima kasih kepada semua yang hadir menyemarakkan semangat kemerdekaan.

SEMARAK KIBAR JALUR GEMILANG WILAYAH KEJORA 2025

Pantai Tanjung Balau pada hari ini meriah dengan warna-warni semangat patriotisme.
Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Wilayah KEJORA 2025 telah berlangsung penuh semangat dan ceria di Pantai Tanjung Balau dan majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Kepten Hazlan bin Hazumi TLDM, Pegawai Memerintah KD Sultan Ismail, Penghulu Mukim Tanjung Surat, barisan pengurusan KEJORA, ketua-ketua jabatan, penghulu-penghulu mukim, pengerusi-pengerusi JPKK serta komuniti setempat.
Ketibaan Yang Berhormat Datin Paduka disambut meriah dengan persembahan pancaragam KD Sultan Ismail, menambahkan lagi semangat patriotik dalam kalangan hadirin.
Dalam ucapannya, beliau mengajak seluruh komuniti wilayah KEJORA untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan premis masing-masing sebagai tanda kesyukuran, kebanggaan dan cinta akan negara. Kempen ini juga sebagai simbol sokongan KEJORA bersama komuniti terhadap kemerdekaan dan perpaduan.
Bagi menyemarakkan suasana, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan melalui KEJORA Merdekaria seperti:
🎽 Briskwalk Merdekaria
🏍️ Konvoi Bermotor Gemilang KEJORA
🎨 Pertandingan mewarna, gubahan bunga & pakaian beragam
🏐 Sukan rakyat
🎁 Cabutan bertuah
🍧 Edaran bubur cha-cha Jalur Gemilang
Acara simbolik pelepasan belon udara turut diadakan, melambangkan semangat rakyat yang bebas dan bersedia menghadapi masa depan yang gemilang.
Majlis juga menyaksikan penyampaian hadiah untuk pertandingan Hiasan Jiwa Merdeka bagi kategori kediaman individu dan bangunan komuniti JPKK.
Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menjayakan acara ini. Mari kita terus kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga, demi tanah air tercinta!

LAWATAN KERJA YPJ HOLDINGS SDN. BHD. KE TAPAK PROJEK LADANG FERTIGASI, SUNGAI MUPOR, SEDILI

Delegasi YPJ Holdings Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Nor Azleena binti Abdul Rahman, Pengurus Besar (Pembangunan Hartanah) YPJ Holdings Sdn. Bhd., telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Ladang Fertigasi di Hub Agro Bersepadu KEJORA, yang terletak di Sungai Mupor, Sedili. Lawatan ini bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama strategik antara YPJ Holdings dan KEJORA.
Hub Agro Bersepadu KEJORA merupakan inisiatif pertanian moden berteraskan teknologi tinggi, yang dilengkapi dengan sistem fertigasi di bawah Rumah Lindungan Hujan. Ia turut akan mengaplikasikan teknologi Internet of Things (IoT) bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan ladang. Inisiatif ini mencerminkan komitmen KEJORA dalam memacu inovasi serta memperkukuh daya saing sektor agro-makanan.
Ketibaan delegasi YPJ Holdings telah disambut mesra oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, bersama barisan pengurusan KEJORA. Turut diadakan ialah sesi taklimat dan perkongsian maklumat mengenai pembangunan serta hala tuju strategik Hub Agro Bersepadu KEJORA.

PROGRAM JELAJAH JUARA 2025 SIRI KE-3 & HARI KEJORA BERSAMA PELANGGAN PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN KOMUNITI

Program Jelajah JUARA 2025 Siri Ke-3 dan Hari KEJORA Bersama Pelanggan telah berlangsung dengan di Pusat Komuniti Desa Mawai Baru, Kota Tinggi. Inisiatif ini merupakan usaha KEJORA untuk mendekati komuniti dan menyokong usahawan tempatan secara langsung.
Melalui program ini, para peserta berpeluang mendapatkan bimbingan, khidmat nasihat, dan konsultansi perniagaan bagi memperkasa produk serta meningkatkan daya saing mereka di pasaran. KEJORA turut memainkan peranan sebagai pemudahcara membina jaringan strategik antara komuniti dan agensi kerajaan serta swasta.
Program ini mendapat sokongan padu daripada pelbagai rakan strategik termasuk Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi (KKM), SME Corp Malaysia Negeri Johor, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Johor, Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor, serta CIMB Bank Cawangan Kota Tinggi.
YBrs. Encik Mohd Fakharur Razziy bin Hazran, Pengurus Pelancongan merangkap Pengurus Ekonomi & Usahawan KEJORA turut hadir menyampaikan taklimat mengenai program JUARA 2025.
KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat. Penglibatan dan sokongan komuniti menyemarakkan lagi usaha KEJORA dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti dan membangunkan ekosistem keusahawanan Wilayah KEJORA.