PROGRAM KUNJUNG RAMADAN WILAYAH KEJORA TAHUN 2023M/1444H

Pada bulan yang penuh barakah ini, KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa dengan kerjasama JPKK Wilayah KEJORA telah menganjurkan Program Kunjung Ramadan Wilayah KEJORA Tahun 2023M/1444H dan bermula pada 4 dan 5 April 2023 bersamaan 13 dan 14 Ramadhan 1444H.
Untuk sesi ini, program ini telah dilaksanakan di empat kawasan dalam Wilayah KEJORA iaitu di Kampung Melayu Batu 4, Paloh, Kluang dan Kampung Semangar, Kota Tinggi pada 4 Mac 2023. Dalam majlis ini, penyerahan sumbangan Aidilfitri berbentuk wang tunai RM200.00 setiap seorang telah diberikan kepada anak yatim di kampung tersebut . Sumbangan kepada 33 orang anak yatim berjumlah RM6,600.00 ini adalah pemberian dari pihak Yayasan Kebajikan Anak Yatim Al-Husna Wilayah Johor Tenggara
Manakala, pada 5 Mac 2023, program seterusnya dilaksanakan di Kampung Tanjung Sedili, Kota Tinggi dan Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin, Kluang. Sebanyak 86 anak yatim dari kalangan kampung tersebut turut menerima sumbangan Aidilfitri berjumlah RM17,200.00.
Majlis diteruskan dengan sesi tazkirah ramadan dan majlis berbuka puasa bersama masyarakat kampung yang terlibat. Semoga program seperti ini dapat menzahirkan ikatan perpaduan di antara pihak KEJORA dan penduduk kampung dalam Wilayah KEJORA selain kewajipan dalam melaksanakan ibadah puasa.

KURSUS PEMBANGUNAN KEROHANIAN DAN INSANIAH KEJORA

Seramai 50 orang anggota KEJORA telah mengikuti Kursus Pembangunan Kerohanian Dan Insaniah KEJORA yang telah diadakan pada 2 hingga 3 April 2023 bertempat di Hotel Desaru Penawar dengan kerjasama penceramah dari syarikat Magic Tim Resources.
Kursus ini dilaksanakan bagi memastikan para peserta mendapatkan pengisian yang berbentuk kerohanian dan insaniah diri dengan sebaiknya. Bukan itu sahaja, kursus ini memberi fokus kepada memberi kesedaran dalam membina potensi dan bakat yang ada untuk memastikan peserta sentiasa disuntikkan semangat dan motivasi untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran. Selain itu ilmu faraid juga diterapkan dalam kursus ini bagi mempelajarinya secara terperinci.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada anggota KEJORA yang telah menjayakan kursus ini dengan jayanya.

MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN DI MASJID JAMEK SUNGAI GERSIK MUAR

30 Mac 2023, Muar, Johor – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berbuka puasa bersama lebihkurang 1,500 orang masyarakat setempat di Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Sungai Gersik Muar.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan duit raya, baju raya dan hamper kepada anak-anak yatim. KEJORA turut menyerahkan sumbangan kepada peserta PROSPEK Kg. Panchor merangkumi:-
1. Program Transformasi Kualiti Produk berjumlah RM40,000.00
2. Skim Bantuan Pertanian berjumlah RM50,000.00
3. PPRT Bina Baharu sebanyak 3 unit berjumlah RM198,000.00
Turut hadir Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Mohamad Khaled bin Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri, KSU KKDW, EXCO Negeri Johor, Ketua-Ketua Agensi KKDW serta ramai lagi.

IKLAN PELAWAAN PERMOHONAN PAJAKAN TANAH INDUSTRI DI KAWASAN PERINDUSTRIAN BANDAR PENAWAR, MUKIM TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ingin mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk memohon pajakan tanah industri bagi menjalankan perusahaan ‘garment’ dan kegunaan lain yang berkaitan dengannya.

PERMOHONAN

  1. Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi melalui kaedah berikut:
    i. Muat turun Borang Permohonan daripada laman web KEJORA: www.kejora.gov.my; ATAU
    ii. Dapatkan Borang Permohonan di alamat berikut:
     Unit Pelaburan
                                                                                              Ibu Pejabat KEJORA
                                                                                       Jalan Dato’ Hj Hassan Yunus
                                                                                            81930 Bandar Penawar,
                                                                                                Johor Darul Takzim
                                                                                               No. Tel. : 07-8843000
    2. Dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan bersama-sama Borang Permohonan adalah sebagaimana di LAMPIRAN A dan diserahkan kembali kepada alamat di atas.
    3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2023 (Ahad) jam 12.00 tengah hari.

 

Syarat-syarat dan borang permohonan boleh dimuat turun disini.

Iklan Pajakan Industri - PTB 1488 PTB 1489 PTB 1498 PTB 1499 (1)

 

Pelan Lokasi - PTB 1488 PTB 1489 PTB 1498 PTB 1499

Lampiran 1 – Senarai Semak Bagi Permohonan Cadangan Pajakan Industri Iklan Pajakan Industri – PTB 1488 PTB 1489 PTB 1498 PTB 1499 Borang Permohonan Pajakan Industri

IKLAN JUALAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI

    SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMILIKAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI:

  • Terbuka kepada Penduduk Asal Negeri Johor.
  • Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menetap di dalam Wilayah KEJORA.
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sudah menetap di Johor lebih 10 tahun bagi yang bukan kelahiran di dalam Negeri Johor.
  • Bujang atau berkahwin.
  • Bagi pasangan suami isteri, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu dibuat menggunakan nama isteri tersebut.
  • Hanya satu (1) pemilikan SAHAJA bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam Negeri Johor.

 

TARIKH TUTUP IKLAN : 10 APRIL 2023                                             

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN DOKUMEN : 13 APRIL 2023

PEMOHONAN ONLINE     

 

iklan kedai ke 3 (1)

 

 

PENGGAMBARAN TRAVELOGUE “PERMATA WILAYAH KEJORA”

Pada 14 – 20 Mac 2023, Bahagian Pelancongan KEJORA telah melaksanakan dengan jayanya satu sesi penggambaran video Travelogue berjudul “PERMATA WILAYAH KEJORA” yang melibatkan video dokumentari, Vlog 5 episod bersama Hos Jemputan dan 10 kapsul montaj.
Projek penggambaran yang mengambil masa selama 6 hari ini meliputi lokasi-lokasi produk pelancongan KEJORA seperti Tanjung Sedili, Tanjung Balau, Pulau Tanjung Surat, Kg. Johor Lama, Kg Mawai, Tanjung Serindit, Tanjung Punggai dan beberapa lokasi pelancongan sokongan sekitar Wilayah KEJORA. Penghasilan video ini akan mengandungi segala keunikan produk pelancongan dari segi makanan tradisi, aktiviti menarik dan juga kehebatan sejarah budaya dan warisan yang terdapat dalam wilayah KEJORA.
Semoga dengan penghasilan video pelancongan ini akan dapat meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kewujudan produk pelancongan KEJORA, meningkatkan kedatangan pengunjung ke wilayah KEJORA dan sekaligus meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat luar bandar.
Nantikan kemunculan video promosi produk pelancongan KEJORA.

PENYERTAAN SUKARELAWAN KEJORA DALAM PASUKAN SUKARELAWAN PENJAWAT AWAM (PSPA) KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA & WILAYAH (KKDW)

21 Mac 2023 (Rabu), Parit Sulong, Batu Pahat – Seramai 16 orang Sukarelawan KEJORA yang terdiri daripada anggota KEJORA telah menyertai Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam (PSPA) Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) dalam misi bantuan pasca banjir di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim.
Pasukan Sukarelawan KEJORA di dalam program kali ini telah diketuai oleh Ketua Unit Pengurusan Fasiliti, Encik Noorazmi bin Sahar. Dalam misi ini juga, Pasukan Sukarelawan KEJORA telah diamanahkan untuk membantu dan membersihkan 1 unit balairaya & 2 unit rumah yang melibatkan 5 keluarga penduduk KOA Kg. Dalam, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Semoga bantuan Pasukan Sukarelawan KEJORQA ini dapat membantu meringan beban mangsa bencana banjir dalam usaha mengembalikan kehidupan normal.
“Jangan pernah bersedih dari apa yang terjadi hari ini. Sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada esok hari.”

USAHAWAN KEJORA KE SABAH INTERNATIONAL FOOD EXPO (SIFEX) 2023

Buat julung kalinya, usahawan bimbingan KEJORA telah menyertai Sabah International Food Expo (SIFEX) 2023, bermula pada 17 hingga 19 Mac 2023 di SICC Kota Kinabalu, Sabah.
Majlis Perasmian Sabah International Food Expo (SIFEX) 2023, telah disempurnakan oleh YB Tuan Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Objektif program ini adalah bagi mengumpulkan produk-produk usahawan makanan dan minum dari pelbagai negara antaranya daripada Negara Brunei, Egypt, Indonesia dan sebagainya. Terdapat lebih dari 200 booth jualan dengan pelbagai produk usahawan makan dan minum dibuka sepanjang karnival ini berlangsung.
Pada SIFEX 2023 kali ini pihak KEJORA telah membawa beberapa jenama produk daripada usahawan bimbingan KEJORA antaranya jenama Farhana, Beligo, D’diana, Piyok Asam Pedas dan Delitaste yang antara lainnya adalah bagi menyediakan satu platform untuk mempromosikan produk usahawan wilayah KEJORA bukan sahaja dalam negara malah juga di luar negara.
Pihak KEJORA merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mempelawa KEJORA di dalam SIFEX 2023. Kepada semua usahawan, tingkatlah mutu serta kualiti termasuk kuantiti disamping terus mempromosikan produk usahawan KEJORA demi kelangsungan ekonomi penduduk Wilayah KEJORA.

PUSPANITA KEJORA AGIH BUBUR LAMBUK SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Sempena menyambut bulan Ramadan 1444H/2023M, Puspanita Cawangan Kecil Kejora telah mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk secara bergotong royong di Dewan KEJORA, Bandar Penawar pad 20 Mac 2023 (Isnin).
Proses penyediaan masakan dan resepi serta khidmat nasihat telah mendapat bantuan dari Pembantu Kemahiran KEJORA, En. Sulaiman bin Bagos yang turut sama di dalam penyediaan bubur lambuk ini.
Sebanyak 350 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Kecil KEJORA yang telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KEJORA, YBhg. Datin Norasikin binti Noordin.

BENGKEL PEMANTAPAN & HANDS ON SISTEM MY PROJEK

Ahad, 19 Mac 2023 – Bahagian Perancangan Strategik KEJORA dengan kerjasama Bahagian Penyelarasan Dan Pemantauan, Kementerian kemajuan Desa Dan Wilayah telah mengadakan Bengkel Pemantapan & Hands-On Sistem My Projek yang telah diadakan pada 19 Mac 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Balau, Ibu Pejabat KEJORA, Bandar Penawar.
Bengkel Pemantapan dan Hands-On ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Azwan bin Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pusat Bank Data Negara Dan Inovasi (NADI), ICU, JPM. Bengkel ini melibatkan 4 Fokus Penyampaian yang merangkumi Modul Permohonan Projek, Modul Pemantauan Projek, Modul Penilaian Outcome dan Sesi Go-Live Training Sistem My Projek.
Sesi Bengkel sehari ini telah disertai oleh 15 anggota KEJORA yang mewakili Bahagian/Unit yang menjadi pelaksana Projek Pembangunan KEJORA.