๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ• ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah turut menghantar Kontinjen bagi menyertai dan memeriahkan Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Negeri Johor bertempat di Daratan Segamat, Segamat, Johor pada 31 Ogos 2024.
Kontinjen KEJORA yang diketuai oleh Encik Yusrihan bin Jusak telah melakukan lintas hormat di hadapan YAB Dato’ On. Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor serta dif-dif kehormat. Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA turut hadir bagi memberi semangat kepada kontinjen KEJORA.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para peserta Kontinjen KEJORA.

#PenerajuTerasKemakmuran

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ (๐Œ๐๐‰) ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‘๐€ ๐๐ˆ๐‹ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KEJORA Bil. 2 Tahun 2024 telah dilaksanakan pada 29 Ogos 2024 (Khamis) bertempat di Thistle Port Dickson Resort, Negeri Sembilan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA dihadiri oleh Wakil Pegawai (Pengurusan KEJORA) serta Wakil Pekerja bagi membincangkan dan menyelesaikan isu-isu yang dibawa oleh pihak pekerja.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan Wakil Pekerja bagi sesi 2022-2024 yang berjaya mengakhiri keahliannya pada mesyuarat kali ini dan telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh komited dalam membawa buah fikiran pekerja-pekerja demi kepentingan dan kebaikan KEJORA.
Diharapkan Wakil Pekerja Baru yang akan dilantik terus menjalankan tanggungjawab dengan amanah, jujur dan komited dalam menghadiri mesyuarat serta menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan oleh pihak pekerja.

PERTANDINGAN HIASAN BANGUNAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 67, PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2024

Pertandingan Hiasan Bangunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 67, peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2024 Anjuran Majlis Perbandaran Pengerang
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 67, KEJORA tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan Hiasan Bangunan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) bagi Kategori Jabatan Kerajaan.
Sesi penjurian yang dibarisi oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi, JKR Kota Tinggi dan MPP telah diadakan pada 26 Ogos 2024.
KEJORA telah membangunkan sudut โ€œJiwa Merdekaโ€ bersempena tema Hari Kemerdekaan tahun 2024 iaitu โ€œMalaysia Madani : Jiwa Merdekaโ€ dengan memaparkan simbolik suasana keceriaan dan kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan. Bendera-bendera Malaysia dan Negeri Johor telah dikibarkan dengan gahnya di sekeliling bangunan Ibu Pejabat KEJORA bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan.
KEJORA turut menggunakan bahan-bahan terpakai bagi mewujudkan arca atau simbolik kemerdekaan sebagai salah satu aspek yang dinilai dalam pertandingan tersebut.
Bagi memeriahkan suasana, barisan anggota KEJORA yang berpakaian tradisional berbilang kaum di Malaysia telah menyambut ketibaan panel juri yang sekaligus memaparkan Jiwa Merdeka yang menepati tema Hari Kebangsaan.

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH, LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) BIL 2 TAHUN 2024

Mesyuarat Lembaga Pengarah, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Bilangan 2 Tahun 2024 telah diadakan pada 29 Ogos 2024.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA.
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Pengerusi menyatakan bahawa, di sebalik kepesatan perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), human touch masih relevan sebagai elemen penting dalam kejayaan sesuatu matlamat. Kakitangan KEJORA perlu mengamalkan pendekatan human touch yang berkesan dalam menyantuni masyarakat luar bandar Wilayah KEJORA.
Mesyuarat turut dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah yang terdiri; YB Senator Datoโ€™ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Ahli Dewan Negara Merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA, YB Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Merangkap ADUN Tanjung Surat, YBhg. Datin Zaeidah binti Mohamed Esa, Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi, YBrs. Tuan Ahmad Bin Tuan Wil, Setiausaha Bahagian Prasarana, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah, YBhg. Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah Dan Galian Johor, YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang, YBhg. Tuan Haji Ahmad Nazir Bin Haji Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar, YBhg. Datuk Haji Mohd. Lassim bin Burhan dan YBrs. Encik Murad bin Jailani.
Hadir sama adalah Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA serta barisan Pengurusan Kanan KEJORA.
Pihak KEJORA merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KEJORA kerana kesudian melapangkan masa bagi menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah pada sesi kali ini. Semoga jalinan kerjasama yang erat ini akan terus terjalin demi kejayaan yang lebih unggul di masa hadapan.

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐“๐€๐‘๐“ ๐‘๐ˆ๐†๐‡๐“ (๐๐’๐‘@๐Š๐Š๐ƒ๐–) ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐’๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐ƒ๐„๐’๐€๐Œ๐€๐‹๐‹@๐Š๐„๐‰๐Ž๐‘๐€

PUTRAJAYA – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Ekonomi & Usahawan telah mengadakan Kursus Keusahawanan Program Start Right (PSR@KKDW) yang dibimbing oleh Coach Bahar dan Program Pemasaran Digital Desamall@KEJORA bersama En Khaireel Azlee bin Abdul Aziz (Boss Kay) bermula 26 hingga 28 Ogos 2024 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.
Kursus yang dirasmikan oleh Encik Sh. Khayulzahri bin Sh. A.Roaf, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan mewakili Pengurus Besar KEJORA ini telah disertai seramai 35 orang usahawan Wilayah KEJORA serta diisi dengan pelbagai pengisian modul antaranya Pengurusan Asas Perniagaan, Pengurusan Kewangan, Asas Pemasaran dan Jualan, Teknik Pemasaran melalui aplikasi TikTok serta Pembangunan Produk. Dalam pada itu, sebanyak 25 pembungkusan produk baharu dan bahan promosi di bawah Program Transformasi Kualiti Produk (KEJORA Best) telah diserahkan kepada para usahawan dalam program ini.
Turut hadir di dalam majlis perasmian adalah YBrs. Puan Kartini binti Abu Kasim, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan Usahawan Desa KKDW, Penceramah Dr Baharuddin bin Mohamed (Coach Bahar) & Perunding PTKP, En Yusman bin Hj Kasiron dari YUCO Creations.
Menjadi harapan KEJORA agar inisiatif serta ilmu yang dikongsikan oleh KEJORA serta perunding yang dilantik menjadi dorongan kepada semua usahawan dalam usaha menembusi pasaran tempatan serta luar negara selari dengan visi KEJORA to Global.
“BERNIAGALAH, kerana 9 dari 10 pintu REZEKI itu ada dalam Perniagaan’- HR AHMAD

#PenerajuTerasKemakmuran

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‘๐€ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐ˆ๐๐€๐‘ ๐‰๐€๐‹๐”๐‘ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‘๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

๐“๐€๐๐‰๐”๐๐† ๐’๐„๐‘๐ˆ๐๐ƒ๐ˆ๐“, ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ – Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA telah hadir bagi merasmikan pelancaran KEJORA Merdeka Festival dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Wilayah KEJORA Tahun 2024.
Bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdekaโ€ yang telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, program yang dirancang oleh KEJORA ini juga adalah sebagai perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya.
Di dalam ucapan perasmian, Yang Berhormat Datin Paduka Pengurus Besar KEJORA menyatakan Merdeka ini menjadi asas untuk kita semua berganding bahu mengisi pembangunan yang akan dinikmati oleh segenap lapisan penduduk di dalam Wilayah Johor Tenggara ini. Tambah beliau, semangat kemerdekaan ini perlu dipupuk kepada generasi kini terutama kepada anak-anak yang masih belum memahami erti kemerdekaan sebenar.
Antara pengisian sepanjang Program KEJORA Merdeka Festival ini adalah seperti Pelancaran Merdeka Digital: Revolusi Teknologi 2024, Selawat Perdana Wilayah KEJORA, Program Bermalam di Muzium Perdana @ Muzium Nelayan, Pentas Patriotik, Majlis Sambutan Hari Malaysia dan Rohani Kesenian Islam serta Sambutan Maulidurrasul.
Menariknya, pada kali ini, kibaran Jalur Gemilang telah diarak dengan 35 buah bot yang mewakili setiap JPKK Wilayah KEJORA. Bot-bot ini dihias dengan Jalur Gemilang dan Pengerusi JPKK membuat lintas hormat di hadapan tetamu jemputan dengan menaiki bot berhias ini.
Di dalam majlis ini juga, KEJORA turut mengumumkan bahawa, Kampung Tanjung Serindit telah terpilih sebagai Kampung Angkat KEJORA di bawah Program Kampung Santuni MADANI. Selain bantuan dari segi pembangunan ekonomi melalui produk pelancongan, KEJORA akan membantu kampung ini dari segi program-program pendidikan dan projek-projek ameniti sosial yang secara keseluruhannya melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.79juta.
Turut hadir adalah YBrs. Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs. Encik Mohd Haziq bin Zakaria, Penghulu Mukim Tanjung Surat, YBrs. Encik Mohd Fakharur Razziy bin Hazran, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desar, YBhg. Tn Hj. Kamsani bin Abdul Rokhman, Pengerusi JPKK Kampung Tanjung Serindit, Wakil-Wakil Agensi dan Jabatan Daerah Kota Tinggi, Pengerusi JPKK Wilayah KEJORA, Pengurusan KEJORA, Anggota KEJORA serta masyarakat setempat.
“Merdeka adalah kunci kepada kemajuan dan asas di mana kita membina sebuah negara yang makmur dan bersatu.” – Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Negara

#PenerajuTerasKemakmuran

e-Karnival Aspirasi Pendidik @ Muzium Nelayan

๐‘จ๐’”๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’Ž๐’–๐’‚๐’๐’‚๐’Š๐’Œ๐’–๐’Ž ๐’…๐’‚๐’ ๐‘บ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐‘ด๐’†๐’“๐’…๐’†๐’Œ๐’‚!!
KEJORA melalui Bahagian Pelancongan dan Muzium Nelayan Tanjung Balau kembali dengan e – Karnival Aspirasi Pendidik @ Muzium Nelayan bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 67 bermula pada 16 Ogos hingga 16 September 2024 khusus kepada seluruh warga pelajar dan pendidik dalam Negeri JOHOR!
Ayuh daftar secara online dan serlahkan bakat kreativiti anda melalui pertandingan-pertandingan seperti berikut :-
Guru Idol (Terbuka Guru Seluruh Johor Sahaja) : https://shorturl.at/EYwVs
Pertandingan Video Kreatif (Terbuka Pelajar Sekolah Rendah Tahap 2 Negeri Johor Sahaja) :
Pertandingan Poster Digital (Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 5, Sekolah Menengah dalam Negeri Johor sahaja) :
Pertandingan Kad Kreatif (Terbuka pelajar Tahap 1, Sekolah Rendah dalam Negeri Johor sahaja) :
Jadi, apa tunggu lagi, daftar segera!! Hadiah Wang Tunai Menanti Pemenang!๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ
Selamat Berkarya!!!
“Malaysia Madani, Jiwa Merdeka”

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ (๐™๐Ž๐ ๐’๐„๐‹๐€๐“๐€๐)

Sekitar kemeriahan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan yang berlangsung di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor bermula 15 hingga 17 Ogos 2024.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) turut menyertai pameran bersama Rerurai KKDW dengan membawakan usahawan batik serta menyampaikan maklumat berkaitan KEJORA.
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan telah memberi tumpuan khusus kepada pelaksanaan dasar Ekonomi MADANI serta komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkasa rakyat, usahawan dan industri sejak setahun dilancarkan.
Turut diketengahkan pada program kali ini adalah aktiviti berkaitan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, TVET dan karnival kerjaya, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan, kesejahteraan luar bandar serta pameran dan perkhidmatan berhubung pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Kecerdasan Buatan (AI) dan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri termasuk pameran aset-aset Kerajaan.
Selain itu, Jualan MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa bagi barangan keperluan harian turut disediakan untuk pengunjung.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang memeriahkan rerurai KEJORA dan KKDW.

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‘๐€@๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ (๐™๐Ž๐ ๐’๐„๐‹๐€๐“๐€๐)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat;
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA;
Dan
YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Anuar, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW)
atas kesudian berkunjung ke reruai KEJORA dalam Program MADANI Rakyat Zon Selatan.

๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ต๐‘บ๐‘จ ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ผ๐‘จ ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ด๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘น๐‘จ๐‘ฒ๐’€๐‘จ๐‘ป (๐’๐‘ถ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต)

Sekitar Sambutan Hari Kedua di reruai KKDW sempena PMR Zon Selatan.
Jom semua! Temui kami di reruai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersempena Program MADANI Rakyat (Zon Selatan) pada 15 hingga 17 Ogos 2024, mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru, Johor.
Rebut peluang untuk mendapatkan perkhidmatan dari KEJORA antaranya mencanting batik serta produk-produk usahawan KEJORA.
Ayuh! Jangan lepaskan peluang ini!
#PenerajuTerasKemakmuran