Mesyuarat Penyediaan Projek/Program Pembangunan RMKe-12 RP2 Tahun 2022

Mesyuarat Penyediaan Projek/Program Pembangunan RMKe-12 RP2 Tahun 2022 telah diadakan pada 19 hingga 21 Mac 2021 bertempat di Hotel Impiana, Ipoh, Perak. Mesyuarat dimulakan dengan Amanat oleh YBhg. Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus, Ketua Setiausaha KPLB. Mesyuarat di pengerusikan oleh YBhg. Dato Hajah Norison Binti Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPLB. Agensi KEJORA telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji A. Jalil Bin Md Arsad selaku Pengurus Besar, En. Daud Bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan En.Mohd Hanafi Bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik.

Lawatan Kerja Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Pada hari ini, telah berlangsungnya Lawatan Kerja Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad Ke Parlimen Pengerang. Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Merangkap Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said; Pengerusi KEJORA, YB Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh; Pengurus Besar KEJORA, YBrs.Tuan Haji A. Jalil bin Md Arsad; ADUN Kawasan Penawar, YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain; ADUN Kawasan Tanjung Surat, YB Dato’ Ir Syed Sis bin Syed Abdul Rahman dan wakil-wakil agensi.
Program dimulakan dengan Sesi Taklimat Pembangunan Projek Perumahan di Taman Penawar Harmoni dan Perumahan Tanjung Buai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA iaitu Encik Daud bin Abd Rahman. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lavender,Lotus Desaru Beach Resort.
Seterusnya adalah penyerahan jentera mini Kubota bertempat di Muzium Nelayan Tanjung Balau. YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad telah menyampaikan dua buah jentera mini Kubota kepada Encik Mohamad Suhaimi bin Abdul Rahim (Projek Tanaman Nanas MD-2) dan Koperasi Wawasan Kampung Tuan Seh Berhad (Projek Pertanian Bersepadu). Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk membantu usahawan tani di wilayah KEJORA yang telah melaksanakan projek-projek pertanian yang berdaya maju secara kecil-kecilan serta konsisten dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan lagi kearah pengeluaran yang lebih besar.

Guru Tabika, Taska Kemas perlu dipertimbang terima vaksin fasa satu

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

Tahniah diucapkan kepada para pemenang bagi Pertandingan Merekacipta Logo & Slogan sempena Sambutan Jubli Emas KEJORA

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang bagi Pertandingan Merekacipta Logo & Slogan yang telah dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara sempena Sambutan Jubli Emas KEJORA.

Perjanjian Pajakan Tanah Industri Antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA ) dengan Syarikat CKT Construction Sdn Bhd

Perjanjian Pajakan Tanah Industri Antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA ) dengan Syarikat CKT Construction Sdn Bhd telah ditandatangani pada hari ini oleh kedua-dua pihak.
Tanah industri ini yang terletak di kawasan Industri Bandar Penawar Fasa 2 yang dibangunkan oleh KEJORA merupakan pintu masuk utama iaitu menerusi Jalan Dato’ Onn seterusnya menjadikan ia antara kawasan industri yang strategik di Wilayah Pengerang.
Syarikat CKT akan memajukan tanah tersebut bagi tujuan industri ringan dan sederhana untuk tempoh pajakan 30 tahun. Pembangunan ke atas tanah industri akan mula dilaksanakan segera mulai tempoh 2 tahun daripada tarikh penerimaan tawaran.

Proses serah siap kerja baik pulih Jeti Kampung Tanjung Surat Kota Tinggi Johor

Proses serah siap kerja baik pulih Jeti Kampung Tanjung Surat Kota Tinggi Johor telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Jeti awam yang menjadi penghubung utama penduduk di Pulau Tanjung Surat telah mengalami kerosakan akibat ribut pada 20 September 2020 yang lalu. Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyenaraikan kerja-kerja baik pulih ini di bawah permohonan PAMS Pre 2020 dan telah diluluskan kepada KEJORA.
Semoga usaha yang dilakukan ini dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk-penduduk di Pulau Tanjung Surat untuk menjalankankan aktiviti harian mereka.

Program Penyerahan Bantuan Sokongan dan Pengukuhan Keusahawanan Luar bandar(SPKLB) dan Skim Bantuan Modal Niaga(SBMN)

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan Program Penyerahan Bantuan Sokongan dan Pengukuhan Keusahawanan Luar bandar(SPKLB) dan Skim Bantuan Modal Niaga(SBMN) kepada Usahawan Wilayah KEJORA di Taman Sri Lambak dan Bandar Tenggara yang di sampaikan oleh Yang Dihormati En. Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Turut serta En. Noorazmi bin Sahar, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan.
Pihak KEJORA mengucapkan selamat maju jaya kepada penerima-penerima bantuan ini dan semoga bantuan yang diberikan ini akan dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi usahawan di Wilayah KEJORA.

Sumbangan KIT Bantuan Banjir bagi penduduk Wilayah KEJORA di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Layang, Layang – Layang, Kluang

Penyerahan Sumbangan KIT Bantuan Banjir bagi penduduk Wilayah KEJORA di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Layang, Layang – Layang, Kluang yang di sampaikan oleh Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) selaku Wakil Pengurus Besar KEJORA. Turut serta En. Abd Razif bin Abd Rahman, Penghulu Mukim Layang-Layang, En. Jamil bin Hashim, MPKK Kg. Paya, En. Roslan bin Sarta, MPKK Kg. SC Jaya Sepakat, En. Mohd Ashek bin Hassan, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia dan En. Noorazmi bin Sahar, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan.
#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora

 

Sumbangan KIT Bantuan Banjir bagi penduduk Wilayah KEJORA di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia, Pengerang

Penyerahan Sumbangan KIT Bantuan Banjir bagi penduduk Wilayah KEJORA di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia, Pengerang yang di sampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Che Zakaria Bin Mohd Salleh selaku Pengerusi KEJORA. Turut serta
En. Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan KEJORA), En. Sh Khayulzahri bin Sh A Raof, Pengurus Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa (PSPD), Md Faizul Bin Md Fadzil, Penghulu Mukim Pengerang.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora