Penyampaian sumbangan kepada penerima bantuan Program Peningkatan Pendapatan

Pada 22 hingga 24 Disember 2020 pihak KEJORA telah menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan Program Peningkatan Pendapatan anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Seramai 19 orang penerima telah diluluskan geran peruntukan berjumlah dari RM 5,000.00 hingga RM10,000 dari pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi membolehkan mereka untuk menjalankan perniagaan.
Pihak KEJORA mengucapkan selamat maju jaya kepada penerima-penerima bantuan ini. Semoga bantuan yang diberikan ini akan dapat membantu meningkatkan lagi pendapatan keluarga mereka dan seterusnya mengurangkan beban di saat menghadapi cabaran covid-19 yang sedang melanda ini.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH ANNUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION CONFERENCE AND EXPOSITION (APIC) 2020

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menghantar penyertaan 2 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) iaitu kumpulan 360° dan PERDANA. Pada Konvensyen kali ini kumpulan KIK 360° dan PERDANA telah mendapat pengiktirafan Emas 5 Bintang. Lebih manis, kumpulan PERDANA turut dinobatkan sebagai 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam (Negeri). Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua kumpulan. Semoga pencapaian ini akan terus menjadi inspirasi warga KEJORA dalam membudayakan inovatif dan kreatif.

Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir Wilayah KEJORA oleh YB Dato’ Hj. Che Zakaria bin Mohd Salleh

Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir Wilayah KEJORA oleh YB Dato’ Hj. Che Zakaria bin Mohd Salleh selaku Pengerusi KEJORA kepada 5 orang mangsa banjir di PPS Kampung Baru Sungai Mas pada 15 Disember 2020 (Selasa).

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora

 

Kejora sumbang baucar tunai COVID-19

 

BERNAMA BERITA

 BERNAMA TV

Karnival Usahawan Desa Secara Dalam Talian Tahun 2020 (eKUD@KPLB) pada 4 sehingga 6 Disember 2020 bertempat di Hotel Amari, Johor Bahru

Pada hari ini seramai 25 orang usahawan wilayah KEJORA turut serta menyemarakkan Karnival Usahawan Desa Secara Dalam Talian Tahun 2020 (eKUD@KPLB) pada 4 sehingga 6 Disember 2020 bertempat di Hotel Amari, Johor Bahru. Rasai pengalaman terhebat dengan lebih 300 pameran maya untuk diterokai serta promosi menarik menanti anda.

Jom daftar sebagai pengunjung sekarang dan rebut promosi menarik untuk anda. Layari www.ekud.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa menyaksikan juga secara LIVE di Facebook KEJORA dari 4 Disember sehingga 7 Disember 2020.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
#eKUDPRIHATIN
#eKUDdalamtalian

eKUD@KPLB 2020 bersama Usahawan Desa Wilayah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

eKUD@KPLB 2020 BERMULA HARI INI 🥳
Nantikan PELBAGAI AKTIVITI MENARIK hanya dengan SATU KLIK dari mana sahaja anda berada 🌐
👉🏻 Sebanyak 500 pempamer digital
👉🏻 Flash Sales & Mega Sales
👉🏻 Padanan Perniagaan Digital
👉🏻 Seminar Digital oleh Usahawan Berpengalaman
👉🏻 Jualan Langsung oleh Selebriti Jemputan
👉🏻 Demonstrasi Masakan oleh Chef Selebriti
👉🏻 Urban Farming
👉🏻 Laman Ternakan
👉🏻 Cabutan Bertuah berupa hadiah misteri
👉🏻 BANYAK LAGI!
✅ WAJIB SERTAI.
✅ SIMPAN TARIKH.
✅ JOM BERBELANJA.
🎪 eKUD@KPLB 2020 ,
🗓‪ 4 – 6 DISEMBER 2020
📋 JUMAAT, SABTU & AHAD.
DAFTAR SEKARANG di www.ekud.my untuk merasai KEMERIAHAN DIGITAL‼️
ikuti LIVE bersama usahawan-usahawan KEJORA di facebook LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan Sempena Annual Productivity And Innovation Conference & Exposition (APIC) 2020

KEJORA Terus Cemerlang di Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan Sempena Annual Productivity And Innovation Conference & Exposition (APIC) 2020, pada 18 November 2020 (Rabu) secara maya dengan meraih Anugerah Emas 5 Bintang bagi kumpulan KIK Perdana dan KIK 360°. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua kumpulan. Semoga pencapaian ini akan terus menjadi inspirasi warga KEJORA dalam membudayakan inovatif dan kreatif.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora

 

𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟎

Berlangsungnya 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟎 pada hari ini yang diadakan di Ballroom Lotus Desaru Beach Resort & Spa dengan jayanya. Istimewa pada kali ini, Amanat Pengurusan telah disampaikan oleh 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐫. 𝐀𝐛𝐝 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐟𝐟 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝, 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 yang menyeru seluruh warga kerja KEJORA untuk lebih proaktif dalam menjalankan tugas di dalam norma baharu dan terus merancakkan pembangunan wilayah KEJORA walaupun terpaksa menghadapi gelombang Covid-19 yang baru. Turut juga berlangsung Penyampaian Sijil Pentauliahan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB), Penyampaian Anugerah Kualiti dan Inovasi KEJORA tahun 2020 dan Pengenalan Anggota Baru KEJORA tahun 2020.

CADANGAN MEMBAIK PULIH DAN UBAHSUAI PEJABAT PENGUMPULAN HASIL PERTANIAN DI LADANG KEJORA AGRO SDN BHD, SEMBRONG KLUANG, JOHOR DARUL TA’ZIM

Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU).

Tempat, Tarikh dan Waktu Jualan Dokumen Sebut Harga adalah seperti berikut:-

 

Tempat   :           KEJORA AGRO SDN. BHD.

PTD 10422, Jalan Ungku Abdul Aziz,

Kawasan Perindustrian Bandar Penawar Fasa 3,

81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim.

Tarikh    :           02hb November 2020 hingga 09hb November 2020

Waktu    :           9.00 Pagi – 4.00 Petang

KENYATAAN SEBUTHARGA – UBAH SUAI PEJABAT_221020

Majlis Penyampaian Tablet Program Pintar @ KPLB Wilayah KEJORA Tahun 2020

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Tablet Program Pintar @KPLB Wilayah KEJORA Tahun 2020 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Che Zakaria Bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA bertempat di Bayu Balau Beach Resort, Tanjung Balau. Program Pintar@KPLB Wilayah KEJORA merupakan sebuah program berbentuk kelas bimbingan atau tuisyen tambahan secara percuma kepada pelajar di kawasan luar bandar. Sebanyak 18 buah sekolah di sekitar Kota Tinggi, Kulai & Kluang telah terpilih bagi program tersebut.