e-Karnival Aspirasi Pendidik @ Muzium Nelayan

𝑨𝒔𝒔𝒂𝒍𝒂𝒎𝒖𝒂𝒍𝒂𝒊𝒌𝒖𝒎 𝒅𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑴𝒆𝒓𝒅𝒆𝒌𝒂!!
KEJORA melalui Bahagian Pelancongan dan Muzium Nelayan Tanjung Balau kembali dengan e – Karnival Aspirasi Pendidik @ Muzium Nelayan bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 67 bermula pada 16 Ogos hingga 16 September 2024 khusus kepada seluruh warga pelajar dan pendidik dalam Negeri JOHOR!
Ayuh daftar secara online dan serlahkan bakat kreativiti anda melalui pertandingan-pertandingan seperti berikut :-
Guru Idol (Terbuka Guru Seluruh Johor Sahaja) : https://shorturl.at/EYwVs
Pertandingan Video Kreatif (Terbuka Pelajar Sekolah Rendah Tahap 2 Negeri Johor Sahaja) :
Pertandingan Poster Digital (Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 5, Sekolah Menengah dalam Negeri Johor sahaja) :
Pertandingan Kad Kreatif (Terbuka pelajar Tahap 1, Sekolah Rendah dalam Negeri Johor sahaja) :
Jadi, apa tunggu lagi, daftar segera!! Hadiah Wang Tunai Menanti Pemenang!💰💰💰
Selamat Berkarya!!!
“Malaysia Madani, Jiwa Merdeka”

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 (𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍)

Sekitar kemeriahan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan yang berlangsung di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor bermula 15 hingga 17 Ogos 2024.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) turut menyertai pameran bersama Rerurai KKDW dengan membawakan usahawan batik serta menyampaikan maklumat berkaitan KEJORA.
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan telah memberi tumpuan khusus kepada pelaksanaan dasar Ekonomi MADANI serta komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkasa rakyat, usahawan dan industri sejak setahun dilancarkan.
Turut diketengahkan pada program kali ini adalah aktiviti berkaitan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, TVET dan karnival kerjaya, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan, kesejahteraan luar bandar serta pameran dan perkhidmatan berhubung pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Kecerdasan Buatan (AI) dan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri termasuk pameran aset-aset Kerajaan.
Selain itu, Jualan MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa bagi barangan keperluan harian turut disediakan untuk pengunjung.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang memeriahkan rerurai KEJORA dan KKDW.

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀@𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 (𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat;
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA;
Dan
YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Anuar, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW)
atas kesudian berkunjung ke reruai KEJORA dalam Program MADANI Rakyat Zon Selatan.

𝑳𝑬𝑵𝑺𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑲𝑬𝑫𝑼𝑨 𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰 𝑹𝑨𝑲𝒀𝑨𝑻 (𝒁𝑶𝑵 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑻𝑨𝑵)

Sekitar Sambutan Hari Kedua di reruai KKDW sempena PMR Zon Selatan.
Jom semua! Temui kami di reruai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersempena Program MADANI Rakyat (Zon Selatan) pada 15 hingga 17 Ogos 2024, mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru, Johor.
Rebut peluang untuk mendapatkan perkhidmatan dari KEJORA antaranya mencanting batik serta produk-produk usahawan KEJORA.
Ayuh! Jangan lepaskan peluang ini!

PELAWAAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) TAHUN 2024

PERMOHONAN
1.  Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu: https://forms.gle/vWM3NhKM3VmDCb36A , atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.

2. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 JULAI 2024 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada         tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
4. Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalah                      dianggap TIDAK BERJAYA.
5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau
 07-8843156.

 

IKLAN SBPK 2024 Borang Permohonan SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) 2024

PELAWAAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) TAHUN 2024

PERMOHONAN
1. Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu: https://forms.gle/LRumPGYEGzg3eFaw6 atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.

2. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke pertanian@kejora.gov.my.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 JULAI 2024 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada         tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
4. Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalah                      dianggap TIDAK BERJAYA.
5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau
    07-8843159.

IKLAN STAg 2024 Borang Permohonan SKIM TUNAS AGRO (STAg) TAHUN 2024

IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA BIL. 1/2024

  1. Tempoh tawaran permohonan ini adalah sebagaimana berikut:

                                          Tarikh Mula      : 25 Jun 2024 (SELASA)

                                          Tarikh Tutup    :   8 Julai 2024 (ISNIN)

2. Syarat-syarat permohonan adalah sebagaimana berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bumiputera;
  • Penduduk / Pengusaha di dalam Wilayah KEJORA (Bandar Baharu KEJORA, FELDA, kampung tradisional & kawasan sekitar); dan
  • Permohon baru atau sedang menjalankan perniagaan.

3. Pemohon baharu adalah dinasihatkan agar membuat semakan & lawatan ke atas premis yang berkenaan sebelum mengemukakan permohonan.

4. Dokumen-dokumen PERLU dimuatnaik bersama Borang Permohonan Sewaan Premis adalah sebagaimanaberikut:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Pendaftaran SSM (Borang A atau D termasuk maklumat perniagaan & makluman pemilik masa kini)
  • Salinan Borang 9, Borang 24 & Borang 49 (jika pendaftaran syarikat atau Sdn. Bhd.)
  • Salinan Lesen Perniagaan (jika ada)
  • Salinan Penyata Kewangan terkini ATAU Penyata Akaun Bank (3 bulan terakhir) ATAU Salinan Buku Simpanan Bank (butir akaun & baki akhir)
  • Salinan sijil atau dokumen sokongan lain yang berkaitan (contoh seperti Persijilan HALAL, penyertaan kursus & lain-lain)
  • Salinan sijil akademik tertinggi

Nota** Dokumen-dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penduduk/Penghulu/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan ke atas

5. Sila lengkapkan borang permohonan di https://forms.gle/NF85LbpYvVffeES3A sebelum atau pada 8 Julai 2024 sebelum pukul 5.00 petang.

6. Permohonan yang tidak lengkap & tidak mengemukakan dokumen-dokumen di atas akan dikira TERBATAL serta tidak akan diproses.

7. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Ekonomi & Usahawan KEJORA di talian 078843036.

 

IKLAN PREMIS BIL12024

KURSUS PEMBUATAN PASTRI

🍰 Jom sertai Kursus Pembuatan Pastri – _Special Pastry Product Decoration_ anjuran bersama KEJORA dan ICYM TVET Centre (ITC)! Pelajari teknik-teknik terkini dalam penyediaan pastri yang lazat dan berkualiti. Dapatkan pengalaman praktikal dari pakar industri dan kembangkan kemahiran anda dalam seni pembuatan pastri.
Daftar sekarang melalui pautan https://forms.gle/Xy2TkPT87rKKD3nZ6 atau imbas QR. Sila hubungi Unit Ekonomi dan Usahawan di talian 07-884 3194

PROGRAM SOKONGAN PENGUKUHAN KEUSAHAWANAN LUAR BANDAR (SPKLB)

Berita baik kepada semua usahawan wilayah KEJORA yang berminat dan memenuhi syarat-syarat permohonan untuk memohon bantuan SPKLB.
Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bertujuan menyediakan kemudahan sokongan berbentuk geran bantuan peralatan dan mesin perniagaan kepada usahawan luar bandar untuk pengeluaran produk dan pengembangan pasaran yang lebih luas.
Daftar sekarang melalui pautan ini https://drive.google.com/…/1QA6VeootEtrhT0xwQy2…/view… atau boleh mengimbas Kod QR.
Tarikh tutup penyertaan: 20 Jun 2024 (Khamis)
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Unit Ekonomi dan Usahawan di talian 07-884 3194.

PROGRAM JARINGAN USAHAWAN WILAYAH KEJORA (JUARA)

Jom! Sertai kami dalam Program Jaringan Usahawan Wilayah KEJORA (JUARA)! Mari bersama-sama membina rangkaian yang kukuh, berkongsi idea, dan meningkatkan potensi perniagaan anda. Datanglah dan manfaatkan peluang untuk memperluaskan jaringan perniagaan anda serta mendapatkan bimbingan dan sokongan yang diperlukan untuk memajukan perniagaan anda ke tahap seterusnya. Jom, bersama-sama dengan kami dalam usaha memperkasa komuniti usahawan KEJORA!
Pelbagai pengisian program menanti anda, antaranya:
✅Sesi Bimbingan & Kaunseling
✅Pameran Agensi
✅Taklimat Pembangunan Usahawan
✅Kursus & Latihan
Datanglah beramai-ramai ke Pusat Komuniti Desa (PKD) Tanjung Sedili, Sedili, Johor pada 23 Mei 2024 (Khamis), jam 8.00 pagi – 5.00 petang. Link pendaftaran https://forms.gle/J9oScp5QAhXfaePN6