KEJORA TERIMA 2 ANUGERAH INOVASI KKDW 2024

PUTRAJAYA, 4 Disember – Majlis Perhimpunan Bulan Disember 2024 dan Sambutan Hari Kualiti & Inovasi Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) Tahun 2024 telah berlangsung di Lobi Utama dan Dewan Bestari, KKDW.
Majlis telah disempurnakan YAB Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah. Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA telah hadir bersama-sama Pengurusan Kanan KEJORA.
Di dalam majlis dan sambutan Hari Inovasi KKDW ini, KEJORA telah dinobatkan sebagai pemenang tempat Ketiga bagi Anugerah Perkhidmatan Awam (Pengurusan) Tahun 2024 untuk projek Sistem Integrasi Kehadiran, Kenderaan dan Tuntutan Elaun Anggota (OneSTACK) dan turut memenangi tempat Ketiga bagi Anugerah Inovasi Video Kreatif MADANI Tahun 2024 dengan membawakan video bertajuk “SAKTI”.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota KEJORA serta Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) atas komitmen tinggi semasa persediaan, pemantapan dokumen serta pembikinan video yang akhirnya membuahkan hasil dan kemenangan yang membanggakan KEJORA.

PREMIS WILAYAH KEJORA TERUS DITRANSFORMASI

KEJORA terus berusaha mentransformasi premis-premis milik KEJORA di Wilayah Johor Tenggara. Komitmen ini ditunjukkan melalui kerja-kerja menaiktaraf premis di Bandar Penawar dengan menekankan aspek kebersihan dan keceriaan disamping penyelenggaraan utiliti bangunan sebagai salah satu elemen tarikan kepada pengunjung.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen gigih KEJORA dalam menyediakan keselesaan maksimum kepada penyewa, di samping menarik perhatian pengunjung dan pembeli untuk terus menjadikan premis-premis milik KEJORA sebagai pilihan utama dalam urusan perniagaan.
Ia juga selaras fokus Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan pendapat peniaga kecil dengan menaiktaraf premis perniagaan mereka selain memberikan imej baharu yang sekaligus meningkatkan jumlah kehadiran pelanggan.

πŠπ„π‰πŽπ‘π€ π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐋Eπ†π€π’πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀

BANDAR PENAWAR, 2 Disember – KEJORA telah menerima kunjungan delegasi Bahagian Khidmat Pengurusan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bagi sesi perkongsian pelaksanaan MyPerformance di KEJORA.
Delegasi PERDA seramai 20 orang, diketuai oleh YBrs. En. Amir Amri bin Ahmat, Pengurus Khidmat Pengurusan telah diberikan taklimat pembangunan KEJORA oleh En. Mohd Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik. manakala, taklimat MyPerformance telah disampaikan oleh En. Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia.
Delegasi PERDA turut dibawa melawat salah satu ikon KEJORA iaitu Muzium Nelayan Tanjung Balau, Pantai Tanjung Balau termasuk Tapak Geologi Tanjung Balau bagi melihat dengan lebih dekat pembangunan yang telah dilaksanakan oleh KEJORA.
Semoga sesi lawatan dan perkongsian ilmu ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

#PenerajuTerasKemakmuran

KEJORA TERUS UTAMAKAN KESELESAAN PENGUNJUNG

KEJORA terus berusaha merevolusi premis-premis milik KEJORA di Johor Tenggara. Komitmen ini ditunjukkan melalui kerja-kerja menaiktaraf premis di Kampung Tersusun Punggai dengan menekankan aspek kebersihan, pencahayaan serta kualiti perkhidmatan sebagai salah satu daya tarikan kepada pengunjung.
Usaha berterusan ini bukan sahaja mencerminkan usaha gigih KEJORA dalam usaha memberikan keselesaan maksimum kepada penyewa serta pengunjung, malah turut menyokong hasrat kerajaan Negeri Johor sebagai destinasi pelancongan utama menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

LKJT/PBPP/ TSP/P/2024/ K328 CADANGAN MENYIAPKAN BAKI KERJA BAGI PROJEK MENAIKTARAF BANGUNAN KEDAI PEJABAT 2 TINGKAT BAGI PEMBANGUNAN KEJORA BEST OUTLET (KBO) DI PTD 10956 DAN PTD 10957, TAMAN SRI PENAWAR, MUKIM TANJUNG SURAT, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM

IKLAN TENDER KEJORA 7 NOVEMBER 2024

IKLAN PELAWAAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERTANIAN BERKELOMPOK (SBPK) SIRI 2 TAHUN 2024

IKLAN SBPK SIRI 2 2024

BORANG PERMOHONAN – SBPK

IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA BIL. 2/2024

Iklan Premis bil 2.2024

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA KEJORA

KOTA TINGGI, 26 September – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menyerahkan kit bantuan bencana kepada mangsa ribut Wilayah Johor Tenggara pada 25 dan 26 September 2024.
YBrs. Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia mewakili Pengurusan KEJORA telah menyerahkan kit bantuan bencana kepada 32 Ketua Isi Rumah/wakil mangsa yang terlibat sepertimana berikut:-
Daerah Kota Tinggi
1. 18 buah rumah di Kampung Mawai Baru;
2. 1 buah rumah di Kampung Temenin;
3. 3 buah rumah di Kampung Semanggar Dalam; dan
4. 1 buah rumah di Kampung Rantau Panjang.
Daerah Kluang
1. 7 buah rumah Kampung Paya, Layang-Layang; dan
2. 2 buah rumah di Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa bencana alam ini.
KEJORA mendoakan agar semua urusan mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah pada kali ini dipermudahkan oleh-Nya.

𝐌𝐚π₯𝐚𝐦 πŠπ„π‰πŽπ‘π€ 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞π₯𝐚𝐰𝐚𝐭 π’πžπ¦π©πžπ§πš πŠπ„π‰πŽπ‘π€ 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐀𝐚 π…πžπ¬π­π’π―πšπ₯ πŸπŸŽπŸπŸ’

Malam KEJORA Berselawat menjadi acara penutup bagi Sambutan KEJORA Merdeka Festival di Pantai Tanjung Balau. Alunan nyanyian Qasidah ini telah diketuai oleh Kumpulan Ar-Rayyan.
Majlis pada malam ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Hajah Zihan Binti Ismail, YDP Majlis Perbandaran Pengerang, Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Nurul Aishah Binti Mohamadon, Pengurus Kanan, Pemegang Taruh dan Projek Khas, Pengurusan KEJORA serta tetamu-tetamu jemputan.
Menariknya, Malam KEJORA Berselawat juga diadakan secara atas talian bersama Kampung-Kampung Wilayah KEJORA, Sekolah- Sekolah serta Seluruh penduduk Johor Tenggara dengan penyertaan seramai lebih dari 6000 umat Islam mengikuti acara kemuncak ini.
Semoga ianya menjadi asbab kepada ibadat kita kepadaNya.
#PenerajuTerasKemakmuran