KEJORA MENDEKATI PENDUDUK DESA MELALUI PEMBANGUNAN KEMUDAHAN AWAM DAN SOSIAL

Bagi memastikan kemudahan awam dan sosial penduduk dapat dipertingkatkan, Pengurusan KEJORA yang diketuai oleh Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) diiringi kepimpinan kampung telah melaksanakan program turun padang bagi melihat sendiri kerosakan balairaya di Kampung Semanggar, Kota Tinggi, balairaya di Kampung SC Jaya Sepakat, Layang-layang, Pusat Komuniti Desa dan gelanggang futsal di Kampung Paya, Layang-layang, Kluang.
Program seumpama ini menunjukkan bahawa komitmen Pengurusan KEJORA untuk mendekati masyarakat dan memperkukuh hubungan serta dapat memahami keperluan penduduk desa dengan lebih baik.

𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐍𝐆𝐊𝐎𝐑 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟏.𝟎 @ 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐅𝐄𝐒𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟓

KOTA TINGGI, 16 Februari – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah berjaya buat julung kalinya menganjurkan Program Belungkor Challenge 1.0 bersempena penganjuran Tanjung Surat Fest 2025. Program ini telah menarik penyertaan seramai 330 orang yang menjadikan acara ini lebih meriah.
Program ini telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan seterusnya acara pelepasan peserta yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin , ADUN Tanjung Surat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan Ahli Lembaga Pengarah KEJORA bersama-sama Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA dan Pengurusan KEJORA.
Majlis turut diserikan dengan acara cabutan bertuah kepada peserta yang berjaya menamatkan acara Belungkor Challenge (Walking, Hiking & Running) serta penyampaian hadiah pertandingan swafoto paling kreatif.
Program ini merupakan antara inisiatif KEJORA untuk mempromosikan produk pelancongan sukan dan rekreasi di daerah Kota Tinggi, Johor terutamanya di Tanjung Belungkor bersempena Tahun Melawat Johor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan dan memberi sokongan dalam penganjuran buat julung kalinya ini.
#BelungkorChallenge #TanjungSuratFest #TourismKEJORA #VisitJohor2026 #VisitMalaysia2026

PENYERAHAN KUNCI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS)

KOTA TINGGI, 28 Januari- Pengurusan KEJORA telah hadir membuat penyerahan kunci kepada dua (2) peserta Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). Penyerahan kunci telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA.
Turut hadir Yang Berhormat Tuan Muszaide bin Makmor, ADUN Kawasan Sedili, Pengerusi JPKK Kampung Simpang dan Pengerusi JPKK Kampung Tanjung Sedili.
Semoga peserta PPRS dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan selamat pada masa akan datang.

PERKASA KEMUDAHAN UNTUK KESELESAAN PENDUDUK

KOTA TINGGI, 28 Januari- Pengurusan KEJORA telah turun padang bagi melihat sendiri kerosakan kemudahan peribadatan surau dan masjid di kawasan Sedili termasuk di kawasan perkuburan di Kampung Sedili Kecil.
Lawatan tapak ini merupakan satu komitmen KEJORA ke arah penyediaan perkhidmatan berkualiti kepada penduduk luar bandar di wilayahnya bagi membolehkan aktiviti kemasyarakatan dan komuniti dapat diteruskan dengan rasa selesa dan selamat.
Turut hadir Yang Berhormat Tuan Muszaide bin Makmor, ADUN Kawasan Sedili, Pengerusi JPKK Kampung Simpang dan Pengerusi JPKK Kampung Tanjung Sedili.

𝐋𝐊𝐉𝐓/𝐏𝐁𝐏𝐏/ 𝐓𝐒𝐏/𝐏/𝟐𝟎𝟐𝟒/ 𝐊𝟑𝟐𝟖 (𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟑) 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐈𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝟐 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐓 𝐎𝐔𝐓𝐋𝐄𝐓 (𝐊𝐁𝐎) 𝐃𝐈 𝐏𝐓𝐃 𝟏𝟎𝟗𝟓𝟔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐓𝐃 𝟏𝟎𝟗𝟓𝟕, 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐑, 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓, 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐓𝐀’𝐙𝐈𝐌

Tarikh
27 Januari 2025

Masa
10.00 pagi

lokasi Taklimat
Bilik Taklimat KEJORA, Bangunan lbu Pejabat KEJORA Jalan Dato’ Hj Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim

Pautan Video
Meeting link:
https://lembagakemajuanjohortenggara.my.webex.com/lembagakemajuanjohortenggara.my/j.php?MTID=mca36f3ddc869433067e8caebe597870b

Meeting number:
2640 439 1298

Meeting password:
KEJORA@123

IKLAN KBO

 

CADANGAN MENYIAPKAN BAKI KERJA BAGI PROJEK MENAIKTARAF BANGUNAN KEDAI PEJABAT 2 TINGKAT BAGI PEMBANGUNAN KEJORA BEST OUTLET (KBO) DI PTD 10956 DAN PTD 10957, TAMAN SRI PENAWAR, MUKIM TANJUNG SURAT, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM

Tarikh
27 Januari 2025
(Isnin)

Masa
10.00 pagi

Lokasi Taklimat
Bilik Taklimat KEJORA,
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA Jalan Dato’ Hj Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim

 

Pautan Video Conference(VC) :

https://lembagakemajuanjohortenggara.my.webex.com/lembagakemajuanjohortenggara.my/j.php?MTID=mca36f3ddc869433067e8caebe597870b

Monday, January 27, 2025 9:00 AM | 9 hours | (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore

Meeting number: 2640 439 1298

Password: KEJORA@123 (53567211 when dialing from a phone or video system)

IKLAN RETENDER KEJORA-PANGGILAN KE-3 21 JANUARI 2025

PULAU TANJUNG SURAT DESTINASI PILIHAN LAWATAN DELEGASI ASEAN TOURISM FORUM 2025

KOTA TINGGI, 18 Januari- Negeri Johor menjadi tuan rumah Lawatan Teknikal Menteri dan Delegasi daripada Negara- negara ASEAN dan Pulau Tanjung Surat menjadi destinasi lawatan ekopelancongan pilihan. Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor telah menerima kunjungan H.E Mr Huot Hak, Menteri Pelancongan Kemboja dan H.E. Mdm Darany Phommavongsa, Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos.
Lawatan ini yang merupakan sebahagian pengisian ASEAN Tourism Forum 2025 yang sedang berlangsung di Johor Bahru turut dihadiri oleh 49 orang delegasi dari seluruh negara ASEAN.
Delegasi ini telah disambut oleh YBhg Encik Razaidi Bin Abd Rahim, Timbalan Pengarah Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia, Bapak Sigit Suryanto Widiyanto, Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI), Kolonel (B) Mohd Jamal bin Salleh, Pengarah Urusan Southern Reed Sdn. Bhd. serta Encik Mohd Fakharur Razziy bin Hazran, Pengurus Pelancongan KEJORA.
Pengurusan KEJORA amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi ke Pulau Tanjung Surat yang merupakan salah satu produk ekopelancongan KEJORA serta menjadi satu pengiktirafan kepada KEJORA dalam memperkenalkan produk pelancongan desa ke peringkat antarabangsa bersempena Tahun Melawat Malaysia dan Johor Tahun 2026.
Semoga dengan penglibatan ini dapat memperkenalkan Pulau Tanjung Surat dengan lebih meluas dan memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi setempat.

JANJI ROCK SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KEJORA 2023

BANDAR PENAWAR, 29 Disember – Seramai 23 orang pegawai dan kakitangan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) diraikan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KEJORA Tahun 2023 bertempat di Fourpoint by Sheraton By Desaru.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA. Dalam ucapannya beliau berkata Tema Janji Rock yang dipilih membawa maksud sebuah janji untuk terus menjadi yang terbaik, memberikan yang terbaik, dan menginspirasikan yang lain untuk bersama-sama melangkah lebih jauh dalam membawa kejayaan kepada organisasi dan negara.
Beliau menambah pencapaian ini adalah bukti kepada usaha gigih dan semangat juang yang tidak pernah luntur serta menjadi inspirasi dan contoh kepada rakan-rakan lain untuk terus maju dan mencipta kejayaan. Dalam masa yang sama, KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pesara yang telah bersama-sama menyemai bakti di sepanjang tempoh sebagai penjawat awam. Kejayaan KEJORA hari ini adalah hasil titik peluh dan legasi yang ditinggalkan oleh kakitangan terdahulu bak kata pepatah yang baharu dikasihi, yang lama dihargai.
Sebelum itu, YBrs. Encik Daud bin Abd. Rahman, mantan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dalam ucapan mewakili pesara KEJORA menyatakan rasa bersyukur kerana sepanjang beliau bersama rakan-rakan pesara berkhidmat di KEJORA, banyak kenangan dan pengalaman pahit manis dalam membangunkan Wilayah Johor Tenggara.
Turut hadir adalah YBrs. Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs. Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), YBrs. Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Kanan, Pengurusan Pemegang Taruh & Projek Khas, Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Majlis APC KEJORA 2023 dan Sanjungan Budi Tahun 2024. Syabas dan tahniah kepada semua penerima.

KEJORA JUARA RERURAI GERAI TERBAIK FESTIVAL MASAKAN WARISAN MELAKA 2024

MELAKA, 29 Disember – Gerai milik Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dinobatkan sebagai Gerai Terbaik sempena Festival Masakan Warisan Melaka 2024.
Reruai Gerai Masakan Warisan, Muzium Nelayan Tanjung Balau berkonsepkan Klasik Tradisional telah berjaya memikat hati para juri dengan pelbagai masakan serta pelbagai acara tarikan pengunjung. Program Singgah Ler!! Festival Masakan Warisan Melaka 2024 berlangsung dari 28 hingga 29 Disember 2024 di Bandar Hilir, Melaka Bandaraya Bersejarah.
Penyertaan Muzium Nelayan Tanjung Balau ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan kawasan pelancongan dan produk pelancongan luar bandar yang menarik di dalam wilayah KEJORA serta salah satu inisiatif untuk memperkenalkan Negeri Johor sempena Tahun Melawat Johor 2026.
KEJORA mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan pembikinan rerurai yang sangat kreatif dan berinovasi.

17 USAHAWAN KEJORA TERIMA BANTUAN STAg & PSR@KKDW

BANDAR PENAWAR, 29 Disember – Seramai 17 usahawan muda bimbingan KEJORA telah menerima bantuan peralatan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan KEJORA.
Majlis penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil. Penerima bantuan ini terdiri dari 7 penerima Bantuan Program Skim Tunas Agro (STAg) dan 10 penerima Bantuan Program Start Right (PSR@KKDW). Kesemua penerima ini telah diperakui sebagai usahawan muda dikalangan belia Wilayah Johor Tenggara.
KEJORA berharap bantuan yang diberikan dapat membantu membina komuniti yang berdikari, menyokong pembangunan ekonomi setempat, serta menarik minat golongan muda untuk menceburi sektor pertanian dan keusahawanan agar menjadi lebih dinamik dan inovatif, seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi Wilayah Johor Tenggara.
“Pertanian adalah jantung kepada kehidupan dan usahawan adalah nadi yang menghidupkannya” – KEJORA 2024