KOTA TINGGI, 04 Jun- Bagi memastikan komitmen KEJORA dalam menyempurnakan pembangunan Projek Perumahan Tersusun Kampung Tanjung Buai, Kota Tinggi, Johor, Pengurusan KEJORA yang diketuai oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA telah mengadakan lawatan pemantauan untuk melihat dan memastikan penyempurnaan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor di tapak bagi mendapatkan sijil pematuhan dan penyiapan (CCC).
Turut hadir adalah YBrs. Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Pengurusan serta pegawai KEJORA, wakil perunding dan wakil pihak kontraktor. Melalui lawatan ini, pihak kontraktor telah diminta untuk memastikan baki kerja penyiapan projek ini disempurnakan bagi membolehkan CCC diperolehi segera.
MAJLIS ZIARAH KASIH WILAYAH KEJORA ZON KLUANG
KLUANG, 31 Mei- Sempena Ulangtahun KEJORA ke-53, KEJORA mengambil kesempatan untuk menyantuni warga emas yang memerlukan dengan mengadakan Majlis Ziarah Kasih Wilayah KEJORA Zon Kluang.
Majlis telah diadakan di Kampung Paya, Layang-Layang, Kluang dan disampaikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA kepada penerima diiringi oleh Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA.
Majlis Ziarah Kasih ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim bersama komuniti desa Zon Kluang dan dapat meringankan beban kewangan mereka.

TAMAN PERMATA LAYANG: REALISASI IMPIAN RUMAH PERTAMA MAMPU MILIK UNTUK MASYARAKAT LUAR BANDAR
KLUANG, 31 Mei β KEJORA terus menzahirkan komitmen menyediakan kediaman yang berkualiti dan mampu milik kepada penduduk luar bandar. Menerusi anak syarikatnya, Kejora Land Development Sdn. Bhd. (KLDSB), KEJORA telah berjaya membangunkan Projek Perumahan Taman Permata Layang di Layang-Layang, Simpang Renggam yang telah siap sepenuhnya dan memperoleh Sijil Layak Menduduki (CCC) pada Mei 2025.
Projek ini menawarkan 125 unit rumah kediaman yang kesemuanya jenis banglo dan 7 unit kedai bagi memenuhi keperluan perumahan serta merancakkan aktiviti ekonomi tempatan. Antara keunikan projek ini ialah ia merupakan salah satu projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang pertama di negeri ini yang keseluruhan unit di bawah dasar kerajaan adalah jenis banglo.
Projek ini dibangunkan hasil kerjasama strategik antara KEJORA, Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Ia bertujuan menyediakan pilihan kediaman selamat kepada penduduk Kampung Paya yang sebelum ini sering terkesan dengan bencana banjir, sekaligus menyokong dasar kerajaan untuk memperluas pemilikan rumah pertama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Pada hari ini menyaksikan YAB Datoβ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi KEJORA, telah sudi hadir menyampaikan Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) kepada 41 orang penerima.
Turut hadir, YB Dato Ir Hasni bin Mohammad, Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Datoβ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Datoβ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YBhg. Datoβ Dr Roslan bin Mahmood, Setiausaha Bahagian Kanan Khidmat Pengurusan KKDW sebagai wakil rasmi Ketua Setiausaha KKDW, Ahli Lembaga Pengarah KEJORA dan Anak Syarikat KEJORA, pimpinan tempatan, agensi pelaksana serta penduduk sekitar.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan projek ini dari peringkat perancangan, pelaksanaan hingga ke penyerahan hari ini. KEJORA percaya, pembangunan perumahan seperti ini bukan sekadar membina rumah, tetapi membina harapan, kestabilan dan masa depan masyarakat luar bandar.
πππππππ ππππππππππ ππππππππππ ππππππ ππ πππππ ππππππ πππππ πππππππππππ πππππ πππππππ ππ πππππππ ππππ ππππππ πππππππ
KOTA TINGGI, 5 Mac – Lawatan pemantauan bagi melihat dan memantau prestasi di tapak projek Pusat Penternakan Lebah Kelulut di Kampung Baru Sungai Seluyut, Kota Tinggi telah diadakan oleh Pengurusan KEJORA. Lawatan pemantauan projek yang diketuai oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA adalah untuk memastikan pihak kontraktor melaksanakan kerja-kerja di tapak sebagaimana kelulusan perancangan sebelum ini dan projek dapat disiapkan mengikut tempoh masa.
Pembangunan Pusat Penternakan Lebah Kelulut di Kampung Baru Sungai Seluyut, Kota Tinggi ini merupakan inisiatif KEJORA untuk menjadikan kawasan ini sebagai sebuat pusat agrotourism di samping merancakkan lagi aktiviti ekonomi pertanian masyarakat setempat.
Kontraktor diingatkan supaya mengambil langkah proaktif dengan menambah bilangan pekerja mahir di tapak bagi memastikan kerja-kerja di tapak dapat disiapkan mengikut jadual agar manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh golongan sasar dan menjadikan antara lokasi pilihan pelancong ke daerah Kota Tinggi sempena Tahun Melawat Johor 2026.
LAWATAN KERJA JAWATANKUASA AUDIT KEJORA KE LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA) SEMPENA MESYUARAT KOLABORASI JAWATANKUASA AUDIT KEJORA
PULAU PINANG, 27 Februari β Delegasi Jawatankuasa Audit KEJORA yang diketuai oleh YB Senator Datoβ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit KEJORA telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Lawatan kerja turut dihadiri oleh YBhg. Datin Zaeidah binti Mohamed Esa, YBrs. Encik Tuan Ahmad bin Tuan Wil serta Encik Mohamad Rizal bin Mohd Hidzir, Ketua Unit Audit Dalam bersama anggota Unit Audit Dalam KEJORA.
Lawatan kerja ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kolaborasi antara Jawatankuasa Audit KEJORA dan Jawatankuasa Audit PERDA yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran berkaitan pelaksanaan pengauditan yang lebih berkesan sebagai usaha penambahbaikan pada masa akan datang.
Lawatan kerja ini telah disambut oleh Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, YBrs. Encik Azize bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Audit PERDA dan Puan Norasyikin binti Mat Isa, Ketua Unit Audit Dalam PERDA. Sesi lawatan kerja ini telah dibawa melawat PERDA-FOOD PARK bagi meninjau operasi dan inisiatif dalam membangunkan usahawan Bumiputera termasuk lawatan ke Agrotourism PERDA yang meliputi Sungai Kulim dan Sungai Perai. Delegasi turut diberi peluang mengikuti aktiviti βKampung Trailβ, mempelajari pembuatan makanan tradisional seperti tapai, madu kelulut dan dodol serta mencuba permainan tradisional seperti “cakplom” dan senapang bemban.







































































