IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) mempelawa pemohon-pemohon BUMIPUTERA yang berminat & memenuhi syarat-syarat permohonan untuk menyewa ruang niaga / premis bagi menjalankan perusahaan dan industri ringan berasaskan Makanan, Minuman, Herba & Lain-lain di Kilang Industri Kecil Sederhana di Taman Sri Lambak. Rebutlah Peluang Ini dan bertindak sekarang.
Tarikh tutup iklan : 10 April 2022 (Ahad)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Ekonomi dan Usahawan KEJORA di talian 078843197.

PENDUDUK TERHARU TERIMA BANTUAN, RUMAH LEBIH SELESA DARI KEJORA

Mahdzir Khalid menyerahkan replika kunci Inisiatif Rumah Keluarga Malaysia yang dibangunkan KEJORA kepada Mohd. Sazuan Mohd. Said dalam Program Prihatin Keluarga Malaysia di Bandar Penawar, Kota Tinggi, baru-baru ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

BACA ARTIKEL PENUH

KEJORA PENERAJU JOHOR TENGGARA 2030

KOTA TINGGI – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan peruntukan sebanyak RM401,000 bagi baik pulih dan bina rumah baharu yang terkesan dengan bencana banjir menerusi Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia 2022.

KEJORA diberi tanggungjawab untuk melaksanakan keseluruhan 24 projek kerja baik pulih dan bina baharu rumah tersebut.

Daripada 24 projek terbabit, sebanyak 23 projek baik pulih melibatkan pembinaan rumah dengan kos RM15,000 setiap unit manakala sebuah projek bina baharu dilaksanakan dengan kos RM56,000.Β  BACA ARTIKEL PENUH

KEPUTUSAN MUKTAMAD TENDER LKJT/UT/BP/P/2020/K314

Keputusan Muktamad Tender K314-230222

IKLAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI PERTANIAN (SPEP) TAHUN 2022

PERMOHONAN

  1. Β Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:

i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;

ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:

Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Individu : https://forms.gle/8YBBccTqj9xotEty8

Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β Kelompok : https://forms.gle/jCQjm5Uh7pfcwnTd8

atau;

iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

 

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,

BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,

JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,

81930 BANDAR PENAWAR,

JOHOR.

 

2. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.1.Β 

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 MAC 2022 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.

4. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.

 

Borang Permohonan INDIVIDU SPEP TAHUN 2022 Borang Permohonan KELOMPOK SPEP TAHUN 2022 IKLAN SPEP TAHUN 2022 – 21 FEB 2022

IKLAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) TAHUN 2022

PERMOHONAN

  1. Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:

i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;

ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu: https://forms.gle/YQj48rHHGK8Ba4b19 atau;

iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

 

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,

BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,

JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,

81930 BANDAR PENAWAR,

JOHOR.

Β  2. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my

Β 3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 MAC 2022 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.

4. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungiΒ  Β Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.

 

IKLAN STAg TAHUN 2022 – 21 FEB 2022 Borang Permohonan SKIM TUNAS AGRO tahun 2022

JADUAL TAWARAN TENDER LKJT/UT/KG TUAN SEH/P/2020/K315

Jadual Tawaran Tender K315

LAWATAN PENANDA ARAS WILAYAH KEDA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan Sesi Lawatan Penanda Aras Wilayah KEDA pada 25 hingga 27 Januari 2022. Delegasi lawatan telah disambut baik oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan penganjuran sesi-sesi lawatan selama 3 hari.
Lawatan yang dijalankan merangkumi tiga aspek utama iaitu Lawatan Jalinan Korporat KEJORA – KEDA, Lawatan Penanda Aras Teknologi Sistem Pelupusan Sampah Luar Bandar Kg. Tok Pawang, Bedong, Kedah dan Lawatan Penanda Aras PROSPEK Kg. Sidam, Kulim, Kedah.
Bagi komponen pertama, Lawatan Jalinan Korporat KEJORA – KEDA, sesi lawatan ini dijalankan pada 25 Januari 2022 (Selasa) bertempat di Ibu Pejabat KEDA, pihak KEJORA telah diterangkan berkenaan fungsi dan peranan KEDA berkaitan aktiviti pembangunan luar bandar di Wilayah KEDA serta melihat Ibu Pejabat KEDA yang baharu di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah yang diketuai oleh Encik Daud Bin Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) serta pengurusan KEJORA.
Seterusnya pada 26 Januari 2022 ( Rabu) delegasi KEJORA telah dibawa melawat Teknologi Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Luar Bandar di Kg. Tok Pawang, Bedong, Kedah. Pihak KEJORA telah didedahkan dengan teknologi pengurusan sistem pepejal yang mampu menjana pendapatan kepada penduduk setempat serta pengoperasian mesin asher. Selain itu, banyak manfaat dan penghasilan produk seperti kraftangan dan baja organik dapat dihasilkan.
Sesi lawatan pada 27 Januari 2022 (Khamis) diakhiri dengan mengunjungi Kg. Sidam, Kulim, Kedah yang merupakan projek rintis PROSPEK KPLB yang telah dilaksanakan di wilayah KEDA. Delegasi KEJORA telah dibawa melihat projek-projek PROSPEK terutamanya projek tanaman jagung yang merupakan niche produk bagi projek PROSPEK Kg Sidam. Sesi lawatan ini juga dibawa melihat projek usahawan – usahawan bimbingan yang telah berjaya mengeluarkan produk tempatan selain menjana pendapatan yang berterusan. Lebih manis lagi, sesi lawatan pada hari ketiga ini turut dihadiri Pegawai Daerah Muar, Tuan Haji Mustaffa Kamal Bin Dato’ Haji Shamsudin beserta delegasi Pejabat Daerah Muar.
Pihak KEJORA mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak KEDA menerima kunjungan dari kami. Semoga sesi lawatan yang dijalankan mampu memberi rangsangan kepada pihak KEJORA untuk menjayakan pelaksanaan projek terutamanya pelaksanaan PROSPEK Mukim Jorak Panchor, Muar.
Ihsan gambar : Unit Komunikasi Korporat, KEDA

IKLAN JUALAN RUMAH KOS SEDERHANA SESEBUAH 1 TINGKAT FASA 2B, KAMPUNG TUAN SEH

 

Borang Mohon Rumah TS2B new

SKIM BANTUAN MODAL NIAGA (SBMN)

Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN) bertujuan memberi bantuan perniagaan kepada kumpulan berpendapatan B40 dan M40 di wilayah KEJORA dalam bidang keusahawanan.
SBMN diwujudkan bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang kurang berkemampuan ke arah yang lebih baik seterusnya melahirkan masyarakat bumiputera yang berdikari dan rajin berusaha. Bentuk bantuan yang disediakan adalah seperti keperluan peralatan dan yang bersesuaian dengan potensi dan kemahiran pemohon.
Bersama-sama ini dilampirkan pautan https://forms.gle/tprtasAvSU5YhyQ99 yang perlu diisi secara dalam talian serta syarat-syarat dan hendaklah dihantar kepada Unit Ekonomi dan Usahawan selewat- lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2022 (Isnin).