PROGRAM FAMTRIP “KEMBARA KEJORA-UNVEILS ITS WONDERS 2023”

Bermual dari 3 hingga 6 Mac 2023, Bahagian Pelancongan KEJORA dengan kerjasama pihak Tourism Malaysia Wilayah Selatan telah menganjurkan program Famtrip Kembara KEJORA yang melibatkan seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada Media Influencer dan Content Creator dari seluruh Malaysia.
Dalam program ini, peserta Famtrip dibawa melawat dan mengenali keunikan produk-produk pelancongan Kejora termasuk keunikan budaya serta makanan tradisional. Beberapa aktiviti menarik seperti aktiviti berkayak, demonstrasi Pembuatan Jong, Nasi Lemak Daun Simpoh, Kuih Tekap dan bermalam bersama keluarga angkat di Homestay Kejora telah memberikan pengalaman manis buat peserta famtrip.
Semoga dengan penganjuran program ini akan dapat meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kewujudan Produk Pelancongan Wilayah Kejora dan seterusnya meningkatkan kehadiran pengunjung ke Wilayah KEJORA sekaligus meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar.
#PenerajuTerasKemakmuran

PROGRAM ONBOARDING KEJORA BAGI PERSONEL MySTEP LANTIKAN TAHUN 2023

Program Onboarding KEJORA Bagi Personel MySTEP Lantikan Tahun 2023 telah berlangsung pada 5-6 Mac 2023.
Program ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan pengetahuan tentang fungsi-fungsi KEJORA, peraturan dan pekeliling, etika dan integriti dan motivasi kepada semua Personel MySTEP KEJORA lantikan tahun 2023.
Semua Personel MySTEP KEJORA turut berpeluang mendengar amanat dan beramah mesra bersama YBhg Dato’ Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA dan juga Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).

LAWATAN IRING KEJORA SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2023

Program Lawatan Iring oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ke Karnival Kraf Kebangsaan 2023 (HKK2023) Di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Lawatan ini disertai 40 orang anggota KEJORA yang diiringi oleh Pegawai Kraf Johor.
Anggota KEJORA Yang terlibat telah di bawa ke booth 6 orang Usahawan Di bawah Bimbingan KEJORA yang menghasilkan pelbagai produk iaitu Puan Norli dari Bandar Penawar (Kraf Eco Print), Puan Maimunah dari Sedili(Kraf Batik), Puan Jamilah dari Kampung Sg. Seluyut (Kraf Toy), Puan Nasha dari Bandar Penawar (Kraf Batik), Puan Normah dari Taman Sri Lambak (Kraf Batik & Eco print) Dan En. Ezly dari Bandar Tenggara (Kraf Eco Print).
Lawatan ini juga dapat diperkenalkan kepada anggota KEJORA mengenai satu teknik pembuatan kraftangan adalah sebuah hasil yang berkualiti dan masih menarik minat kepada semua golongan.

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA KEJORA KEPADA DAERAH KOTA TINGGI & DAERAH KLUANG

5 Mac 2023 (Ahad), Kota Tinggi & Kluang – KEJORA yang diwakili oleh Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia, Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, serta diiringi Penolong Pengurus Kanan, Encik Noorsaifulizuan bin Nordin, telah menyerahkan 160 unit Kit Bantuan Bencana KEJORA iaitu sebanyak 80 unit bagi Daerah Kota Tinggi dan 80 unit lagi bagi Daerah Kluang.
Penyerahan kit banjir di Daerah Kota Tinggi telah diserahkan kepada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pejabat JKM Kota Tinggi manakala bagi Daerah Kluang telah diserahkan kepada wakil JKM di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SJKC Kahang, Kluang.
Semoga Kit Bantuan Bencana tersebut dapat membantu memudahkan urusan mangsa-mangsa bencana banjir yang menetap di PPS berkaitan.
Semoga juga semua urusan mangsa dan keluarga dipermudahkan oleh-Nya.

KEJORA KE FIESTA EEBU & BAYI DAN PRODUK USAHAWAN

Sedia maklum,program keusahawanan KEJORA menjadi keutamaan di dalam memacu ke arah KEJORA 2.0. Kali ini pihak KEJORA telah diberikan peluang berkongsi pengalaman dan promosi aktiviti keusahawanan di luar wilayah mereka dalam membantu usahawan meningkatkan jaringan perniagaan,pengalaman dan ilmu baharu dalam pemasaran.
Program Fiesta EEBU & Bayi yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Malakat Mall, Cyberjaya telah mengundang KEJORA dengan penglibatan beberapa usahawan yang terdiri daripada Persatuan Usahawan dan Peniaga Kejora (Pupuk), Persatuan Ibu Tunggal Wilayah Kejora(PITRA) dan usahawan Program PROSPEK Jorak Panchor Muar serta sesi taklimat program pembangunan ekonomi dan usahawan KEJORA yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Fakharur Razziy bin Hazran,Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan KEJORA.
Program ini telah dirasmikan oleh Datin Seri Shamshida Binti Taharin, Penaung Support Group Cancer.
KEJORA sentiasa komited dan bersedia dalam mempergiatkan pertumbuhan ekonomi para usahawan selepas pandemik covid19. Selain pameran dan jualan yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 3-5 Mac 2023 (Jumaat-Ahad) , usahawan KEJORA juga turut diberikan pendedahan dan peluang perniagaan bersama-sama usahawan dan vendor perniagaan daripada Malakat Mall. Semoga ianya memberi manfaat kepada para peserta.
Tahniah, dan syabas kepada semua usahawan yang terlibat.

LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI & MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) KE DAERAH KOTA TINGGI

KHAMIS | 2 MAC 2023
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, YAB Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah melawat Daerah Kota Tinggi yang telah dilanda musibah banjir. Lawatan ini juga dihadiri oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pegawai Daerah Kota Tinggi YB Datin Paduka Hjh Hazlina binti A.Jalil serta petugas-petugas.
KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah serta Menteri Besar Johor atas lawatan ke Daerah Kota Tinggi serta memberi sokongan kepada petugas yang bertungkus-lumus dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Kota Tinggi.

BENGKEL PENGURUSAN PRESTASI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA KUMPULAN PELAKSANA (MyPerformance)

1 – 2 MAC 2023 (RABU – KHAMIS)
Bengkel Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana (MyPerformance) telah diadakan pada 1-2 Mac 2023, bertempat di Dewan KEJORA. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia KKDW, Encik Muhammad Zuhaili bin Rosli, Penolong Setiausaha, Encik Mohamed Harriz bin Razali serta Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Encik Azrali bin Aris dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Bengkel tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir, Pengurus Bahagian/ Ketua Unit serta melibatkan lebih kurang 53 orang anggota KEJORA. MyPerformance akan menggantikan sistem penilaian prestasi iaitu Modul Pengurusan Prestasi – LNPT HRMIS dan bengkel ini dilaksanakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia sebagai inisiatif awal sebelum penggunaan MyPerformance sepenuhnya di KEJORA mulai 1 Januari 2024.
Di dalam ucapan aluan oleh Puan Marlina binti Amir, beliau menyatakan bahawa sistem MyPerformance ini akan memberikan nilai tambah kepada semua anggota dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang dinamik serta sifat integriti yang tinggi di kalangan anggota KEJORA.
Tahniah kepada semua yang terlibat di dalam bengkel ini.
“Jika anda belum bersedia untuk menerima kritikan, maka anda belum bersedia untuk menerima pujian”.
#PenerajuTerasKemakmuran

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 – JURUAUDIT DALAMAN

Seramai 40 orang Juruaudit Dalaman KEJORA telah mengikuti Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 – Juruaudit Dalaman pada 26 hingga 28 Februari 2023 bertempat di Valley Course, The Els Club, Desaru Coast. Bengkel ini diadakan dengan kerjasama penceramah dari AM Grand Management yang diketuai oleh Dr Azfar bin Abdullah dan Encik Azzali bin Ahmad.
Bengkel ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman serta pengetahuan, pemantapan dan penambahbaikan ilmu mengenai MS ISO 9001:2015 – Juruaudit Dalaman kepada setiap Juruaudit Dalaman ISO KEJORA.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Juruaudit Dalaman KEJORA yang telah menjayakan kursus ini dengan jayanya.

SESI TAKLIMAT RINGKAS DAN UNDIAN KEDAI TAMAN PENAWAR HARMONI

Pada hari ini, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Hartanah telah mengadakan proses taklimat ringkas dan undian Kedai Taman Penawar Harmoni di lobi utama, Ibu Pejabat KEJORA.
Semua peserta yang layak iaitu seramai 45 orang telah melalui proses undian lot kedai dan kesemua nama ini akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Johor bagi tujuan tapisan dan kelulusan sebelum surat tawaran pembelian lot kedai ini dikeluarkan oelh pihak KEJORA.
KEJORA mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya di dalam permohonan ini.

PERTANDINGAN AKUATIK TERTUTUP PROGRAM KIDS SWIMMING CLASS WILAYAH KEJORA TAHUN 2022 | 25 FEBRUARI 2023

Pihak KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa telah melaksanakan Pertandingan Akuatik Tertutup Program Kids Swimming Class Wilayah KEJORA Tahun 2022 di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai keupayaan peserta sepanjang latihan Kids Swimming Class Tahun 2022 dijalankan.
Terima kasih kepada semua peserta dan ibu bapa yang memberi sokongan dan komitmen sepanjang Kids Swimming Class dijalankan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Terima kasih juga kepada JPN Johor , PPD Kota Tinggi, barisan jurulatih, barisan jawatankuasa teknikal dan urusetia bagi menjayakan pertandingan pada hari ini.
#PenerajuTerasKemakmuran