LAWATAN PENANDA ARAS DAN SESI NETWORKING LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) KE BAHAGIAN PERUNDINGAN PENGURUSAN ASET IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA KUALA LUMPUR (JKR

Pihak KEJORA telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur pada 21 Disember 2022.
Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Pn. Marlina binti Amir serta 7 lagi pegawai yang lain.Manakala pihak JKR telah diketuai oleh Pengarah Bagaian Perundingan Pengurusan Aset, Ir En. Mohamad Darus bin Selamat serta angota bahagiannya.
Pihak JKR telah memberikan taklimat berkaitan pengurusan aset tak alih kerajaan. Pihak KEJORA mengucapkan Jutaan terima kasih kepada pihak JKR atas taklimat yang diberikan dan berharap agar pihak JKR dapat membantu pihak KEJORA bagi pengurusan aset tak alih KEJORA.

KURSUS TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH (TPATA)

Alhamdulillah, KEJORA melalui Bahagian Hartanah dan DINARA TRAINING & CONSULTANCY buat pertama kali telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) bermula dari 18 hingga 20 Disember 2022 bertempat di Hotel Royal, Kuala Lumpur.
Kursus ini bertujuan untuk memahami peranan dan tanggungjawab dalam Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) serta menyediakan pengurusan pelaporan Aset Tak Alih yang lebih tepat dan strategik.
Seramai 21 orang peserta telah mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Pn Marlina binti Amir, Pengurus Hartanah, Cik Haslinda binti Abu Bakar, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti, En. Norazmi bin Sahar, Ketua Unit Audit Dalam, En. Mohd Rizal bin Hidzir serta pegawai-pegawai yang menguruskan aset tidak alih KEJORA.
Pihak Pengurusan KEJORA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para peserta yang terlibat secara langsung dalam menjayakan kursus ini.
Semoga dengan penganjuran kursus ini, para peserta dapat meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan bagi memperkasakan lagi pengurusan aset tak alih KEJORA.

PROGRAM JELAJAH SEMARAK UNITI PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2022

Pada hari ini, telah diadakan Program Jelajah Semarak Uniti peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2022 bagi kawasan Parlimen Kota Tinggi yang bertempat di Astaka Tun Sri Lanang, Kota Tinggi
Majlis ‘Flag Off’ telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi diiringi bersama YB Tuan Muszaide bin Makmor ADUN Sedili serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah.
Program Semarak Uniti ini merupakan aspirasi daripada Kementerian Perpaduan yang menggalakan perpaduan dalam kalangan masyarakat sebagai tapak integrasi perpaduan nasional.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menghantar satu pasukan Explorace Semarak Uniti dan berjaya menduduki tempat ke – 6 daripada 20 pasukan yang terdiri daripada jabatan di daerah Kota Tinggi.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program kali ini.

PROGRAM YOUNGTUBER@KEJORA TAHUN 2022

KEJORA telah mengadakan Program Youngtuber @ KEJORA Tahun 2022 bermula pada 16 hingga 18 Disember 2022 bertempat di Hotel Millesime Nusajaya dengan kerjasama bersama Influencer Encik Farhaan bin Rahmat. Program ini dihadiri seramai 36 orang belia di sekitar Wilayah KEJORA.
Kesemua peserta telah diberikan tunjuk ajar berkaitan kaedah menghasilkan video dan skrip yang bersesuaian dalam menghasilkan video dan mesej yang menarik serta bermanfaat kepada orang ramai.
Selain itu, peserta juga diberikan panduan terhadap aplikasi atau software yang bersesuaian agar mutu penghasilan video tidak terjejas beserta audio yang jelas dan tepat.
Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperolehi oleh semua peserta dapat diadaptasi dengan baik dalam usaha KEJORA memastikan kemenjadian belia di dalam Wilayah KEJORA disamping mewujudkan influencer terbaik Wilayah KEJORA.

PAMERAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Ayuh, datang beramai-ramai memeriahkan program 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐧𝐢𝐚𝐧 & 𝐊𝐞𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 di Teratak Penawar, Taman Fertigasi Kejora Bandar Penawar pada 16 hingga 25 Disember 2022, 10 pagi hingga 5 petang.
Pelbagai aktiviti menarik:
📌Pameran Pakaian Tradisional , Alatan Muzik Tradisional & Seni Tarian
📌Ngeteh@Teratak Penawar
📌Pameran & Aktiviti Silat Seni
📌Pameran Seni Lukisan & Khat
📌Jualan Kuih Tradisional
📌Pertandingan Kompang Kreatif
📌Pameran & Jualan Kraftangan
📌Family Treasure Hunt
📌Konvoi Vespa Johor
‼MASUK ADALAH PERCUMA‼
Jumpa anda di sana

KUNJUNGAN PRIHATIN KEJORA KE ATAS MANGSA RIBUT DI KAMPUNG BARU SUNGAI LAYAU, KOTA TINGGI

17 Disember 2022 (Sabtu), Kg. Baru Sg. Layau, Kota Tinggi – Encik Noorsaifulizuan Nordin, Penolong Pengurus Kanan bersama Encik Muhammad Amsyar Mohd Ariffin, Penolong Jurutera selaku Penggerak JPKK Kg. Tg. Buai mewakili pihak Pengurusan KEJORA telah menziarahi rumah mangsa ribut di sini.
Dalam kejadian ribut tersebut, rumah mangsa Puan Putrialisa binti Tokiman telah mengalami kerosakan siling terutamanya di bahagian beranda hadapan rumah.
Pada lawatan yang turut diiringi oleh Encik Zaidin Mohd Noor, Pengerusi JPKK Kg. Tg. Buai & Encik Zaidi bin Lazim, sumbangan berbentuk Bakul Prihatin KEJORA diserahkan kepada wakil mangsa iaitu Puan Ramlah Mahmood yang merupakan ibu kepada mangsa.
Semoga semua urusan mangsa dan keluarga dipermudahkan oleh-Nya.

ROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT & KEPIMPINAN (BAKAT) 2022

Program Pembangunan Kejora Soccer Kids Development merupakan salah satu program di bawah Program Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (BAKAT) tahun 2022. Program ini bertujuan untuk mengenalpasti peserta di Wilayah KEJORA yang mempunyai potensi dan bakat untuk dikembangkan melalui program-program
yang dianjurkan oleh pihak KEJORA ke peringkat yang lebih tinggi.
Program Kejora Soccer Kids Development (KSKD) ini telah mula dilaksanakan bermula awal September 2022 bertempat di Stadium Juara SSTMI, Bandar Penawar sebanyak 16 sesi latihan yang melibatkan seramai 30 orang pelatih yang terdiri daripada 15 pelatih bawah 9 tahun dan 15 pelatih bawah 12 tahun.
Bagi melihat potensi semua pelatih pada hari ini 17.12.2022 (Sabtu) telah berlangsung Pertandingan Bola Sepak 4 Penjuru di bawah Program Pembangunan Kelab Bola Sepak Wilayah Kejora. Pihak Kejora telah menjemput 3 Pasukan iaitu Baka FC (Bandar Penawar), Santai FC (Kota Tinggi) dan Fetto FC (Melaka) untuk menyertai pertandingan yang julung kalinya diadakan.
Tahniah kepada semua pasukan yang telah berjaya menunjukkan semangat kesukanan serta permainan tektikal yang baik. Semoga program seperti ini dapat diteruskan demi memastikan kemenjadian pelatih-pelatih dapat dicapai.
Football with brains.

SAMBUTAN HARI INOVASI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA & WILAYAH (KKDW) TAHUN 2022

KEJORA telah menyertai Pameran Hari Inovasi KKDW pada hari ini bertempat di Dewan Lestari, Aras B1, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Dua (2) projek iaitu Sistem Perolehan Elektronic secara atas talian/Electronic Procurement Ready Online – (ePRO3.0) dari Bahagian Kewangan dan Sistem Progress dari Unit Teknikal telah turut serta dalam Pertandingan Anugerah Kualiti dan Inovasi KKDW 2022 bagi Kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Pengurusan).
Alhamdulilah, KEJORA telah mendapat tempat KEDUA bagi projek Sistem Perolehan Elektronik secara atas Talian/Electronic Procurement Ready Online – (ePRO3.0). Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun selaku Ketua Setiausaha KKDW kepada Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus. Turut serta, Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA dan Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.
Sekalung TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada para pemenang bagi Pertandingan Anugerah Kualiti dan Inovasi KKDW 2022. Semoga pencapaian dan kejayaan ini akan terus menjadi inspirasi warga KEJORA dalam membudayakan inovatif dan kreatif.
Walau debur ombak menerpa,
Takkan laju perahu berhenti,
Walau hancur di hentam gempa,
Jiwa inovasi tetap di hati.

#PenerajuTerasKemakmuran

HARI KEJORA BERSAMA PELANGGAN KEMBALI

Pada hari ini, 15 Disember 2022 (Khamis) telah berlangsung Program Hari KEJORA Bersama Pelanggan bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Layang-Layang pada pukul 9.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari.

KEJORA SOCCER KIDS

Latihan mingguan pada 15 Disember 2022 di Stadium Juara, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor.