KIDS SWIMMING CLASS

Latihan mingguan pada 3 Disember 2022 di Pusat Akuatik, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor

KEJORA SOCCER KIDS

Latihan mingguan pada 2 Disember 2022 di Stadium Juara, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor

LKJT/P/TRAVELOGUEPELANCONGAN/2022/SH004

KEJORA mempelawa;
Syarikat Bumiputera & Bukan Bumiputera yang mempunyai kod bidang 221301 atau 221302 atau 221308 atau 222009 di bawah Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa tempoh pendaftarannya serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menyertai sebutharga seperti berikut :-
LKJT/P/TRAVELOGUEPELANCONGAN/2022/SH004
CADANGAN KERJA-KERJA MERAKAM , MENYUNTING & MENYEDIAKAN 3 JENIS VIDEO TRAVELOGUE PELANCONGAN KEJORA
Tarikh tutup tawaran pada 12 Disember 2022 (Isnin)
1. Pautan sidang video (VC) adalah sepertimana di bawah:
Tuesday, Dec 6, 2022 10:00 am | 3 hours | (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore
Meeting number: 2643 810 2886
Password: Wrsy4SpJB38 (97794775 from phones and video systems)

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL WILAYAH KEJORA TAHUN 1444H/2022M

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KEJORA Tahun 1444H/2022M telah berlangsung pada hari ini, 1 Disember 2022 bertempat di Masjid As-Syifa’, Bandar Penawar, Johor.
Pada tahun ini, KEJORA telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan Masjid Al-Syifaโ€™ Bandar Penawar untuk melaksanakan beberapa acara iaitu Perarakan Sambutan Maulidur Rasul, Program Rohani Kesenian Islam Wilayah KEJORA, Ceramah Maulidur Rasul serta Selawat dan Marhaban.
Pertandingan Azan dan Tarhim, Pertandingan Nasyid serta Pertandingan Syarahan telah diadakan pada 30 November 2022. Manakala Pertandingan Perarakan dan Sepanduk pula dilaksanakan pada 1 Disember 2022. Selain itu, turut diadakan ceramah bertajuk “Mencintai Nabi” yang telah disampaikan oleh Kadi Daerah Kota Tinggi, As-Sheikh Haji Zaini bin Mohd Salleh.
Turut hadir pada sambutan kali ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, En. Daud bin Abd. Rahman, Setiausaha Majlis Perbandaran Pengerang, Tn. Hj. Musalman bin Salehan, Imam Masjid As-Syifa’, Anggota KEJORA, Penduduk Wilayah KEJORA, Kejora Development Holding (KDH), Institusi Pendidikan Wilayah KEJORA, Pelajar-pelajar sekolah dan ramai lagi.
Tahniah KEJORA ucapkan kepada semua pemenang.
Rasulullah bersabda:-
“Tidaklah beriman seseorang diantara kalian hingga aku lebih dicintainya melebihi kecintaannya kepada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia” – (HR Al-Bukhari No. 15 dan Muslim No. 44)

IKRAR BEBAS RASUAH BERSAMA PENJAWAT AWAM DAERAH KOTA TINGGI

Pada hari ini, 30 November 2022 telah diadakan majlis Ikrar Bebas Rasuah Bersama Penjawat Awam Daerah Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor
KEJORA yang diketuai oleh Pengurus Besar, YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus telah membacakan Ikrar Bebas Rasuah ini.
Ucaptama majlis telah disampaikan oleh Pengarah SPRM Negeri Johor, YBhg Dato’ Azmi bin Alias dan seterusnya menyaksikan ikrar yang telah dilafazkan.
Turut hadir di dalam majlis ini ialah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Pn. Marlina binti Amir, Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia, En Mohd Ashek bin Hassan, Ketua Unit Integriti, En. Mus-Irwan bin Misrom, Pegawai Perancang Bandar Kanan, En.Yusrihan bin Jusak & Ketua Unit Komunikasi Korporat, En. Mohamad Azrul bin Shari.
Sebelum itu, turut diadakan sesi perkongsian integriti yang telah disampaikan oleh Penguasa SPRM Negeri Johor, En. Subahar A/L Subramaniam.

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) KEJORA TAHUN 2022

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) KEJORA Tahun 2022 telah diadakan pada 29 November 2022 bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar. Sebanyak 7 kumpulan telah menyertai konvensyen tahun ini iaitu Albatross, Equalizer, Prospek, Perdana, Gold, Teraju dan Ultimate. Konvensyen pada tahun ini diadili oleh Puan Nazilah binti Ahmad dan Puan Nahdatul Faeizin binti Norman daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Hj Mohd Rusdi Bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA. Dalam ucapannya, beliau percaya bahawa pembangunan Wilayah KEJORA atau KEJORA 2.0 akan diterajui oleh kekuatan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti. Idea dan keunikan, dibantu oleh kecanggihan teknologi merupakan wahana utama dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan.
Beliau menambah agar anggota KEJORA menjadikan budaya โ€œberfikir di luar kebiasaanโ€ sebagai suatu kebiasaan. Sekiranya sebelum ini KEJORA menerima โ€œcomplaint as a giftโ€ dari para pelanggan bagi memperbaiki tahap perkhidmatan, maka kini KEJORA perlu memberikan โ€œkejutan gembiraโ€ pula kepada pelanggan KEJORA dengan โ€œhadiahโ€ perkhidmatan yang responsif, mesra, cekap dan pastinya memudahkan, yang berteraskan ketelusan dan integriti. Ianya juga sejajar dengan objektif KIK iaitu menambahbaik dan meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Turut hadir dalam konvensyen kali ini ialah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Pn. Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) En. Daud bin Abd Rahman, Penguurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
“Jika anda ingin cepat, pergilah sendiri. Bila ingin pergi jauh, mesti bersama-sama” ~ Peribahasa Afrika.
Jumpa nanti pada Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi KEJORA Tahun 2022 yang akan diadakan pada 5 Disember 2022 bagi mengetahui siapakah yang bakal menjadi JOHAN KONVENSYEN KIK KEJORA TAHUN 2022.

KUNJUNGAN PRIHATIN KEJORA KE ATAS MANGSA BENCANA RIBUT DI KAMPUNG BELADING, TELOK SENGAT

27 November 2022 (Ahad), Kampung Belading, Telok Sengat, Kota Tinggi – KEJORA telah menerima makluman berhubung kejadian ribut yang berlaku pada 26 November 2022 (Sabtu) di Kampung Belading, Telok Sengat yang telah mengakibatkan kerosakan ke atas beberapa rumah penduduk di kawasan berkenaan.
Berdasarkan makluman tersebut, Encik Sh Khayulzahri bin Sh A. Raof, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa yang mewakili pihak Pengurusan KEJORA dan diiringi oleh Encik Mohd Noor bin Atan, Pengerusi JPKK Kampung Johor Lama telah mengadakan kunjungan prihatin ke atas mangsa-mangsa yang terkesan akibat kejadian ribut tersebut.
Pada lawatan yang turut disertai oleh Encik Noorsaifulizuan bin Nordin dan Encik Shahrul Shafique bin Hamidon, KEJORA juga telah menyerahkan sumbangan berbentuk Bakul Makanan KEJORA kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Semoga mangsa dan keluarga tersebut terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.

PROGRAM BINA INSAN SIRI-3 โ€PROGRAM KOMUNITI UNGGULโ€ SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR) WILAYAH KEJORA BAGI TAHUN 2022

Program Bina Insan (PBI) Siri 3 โ€“ โ€œProgram Komuniti Unggulโ€ di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA telah dilaksanakan dari 24 hingga 26 November 2022 melibatkan 50 peserta daripada Penerima Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar di dalam Wilayah KEJORA bertempat di Felda Residence Kuala Terengganu dan Tasik Kenyir.
Program ini bertujuan untuk membangunkan minda serta modal insan komuniti luar bandar. Selain itu juga, ia dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi serta berusaha dalam meningkatkan ilmu, pendidikan, kemahiran serta pendapatan keluarga. Sekaligus menganjak paradigma komuniti luar bandar khususnya dalam Wilayah KEJORA agar mampu berdikari pada masa hadapan.

KIDS SWIMMING CLASS

Latihan mingguan pada 25 November 2022 di Pusat Akuatik, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H / 2022M

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐“๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ๐ค๐š๐ง : ๐Ÿ๐Ÿ– ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง)
Jangan lepaskan peluang ini bagi bersama-sama menyubur rasa syukur dalam memperingati hari keputeraan junjungan besar baginda Rasulullah S. A. W
Peraturan Penuh Pertandingan
Pertandingan Perarakan & Sepanduk
Pertandingan Azan & Tarhim
Pertandingan Nasyid โ€“ Solo
Pertandingan Nasyid โ€“ Berkumpulan
Pertandingan Syarahan โ€“ Menengah Rendah