KEJORA FC vs OLA BOLA FC

Aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Mini Stadium Kota Jaya, Kota Tinggi menemukan antara KEJORA FC dan OLA BOLA FC yang berkesudahan dengan kemenangan kepada KEJORA dengan jaringan 1 – 0. Jaringan telah dilakukan oleh Musliyadi Mansor melalui tendangan penalti pada minit ke-32. Kedua-dua pasukan berjaya menampilkan satu aksi permainan yang menarik dan aggresif sepanjang perlawanan berlangsung.
YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA turut sama-sama hadir menyaksikan perlawanan akhir ini bersama-sama dengan Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi merangkap Yang Dipertua, Persatuan Bola Sepak Kota Tinggi.
Kejayaan berganda juga untuk KEJORA FC apabila dianugerahkan Piala Fair Play dan Pemain

Terbaik

perlawanan akhir kepada Suani Hombis.

Tahniah kepada KEJORA FC atas pencapaian ini.
“Kualiti tanpa kejayaan adalah sia-sia. Kejayaan tanpa kualiti adalah membosankan. Bermain bola sepak itu mudah. Tetapi bermain bola sepak dengan cara mudah itulah perkara paling susah sekali”…Johan Cruyff, Lagenda Bola Sepak Dunia.

PERTANDINGAN HIASAN BANGUNAN PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

Bandar Penawar, 25 September 2022 – KEJORA telah meraih tempat ke-4 bagi Pertandingan Hiasan Bangunan Peringkat Daerah Kota Tinggi Sempena Hari Kemerdekaan Ke-65 Tahun 2022.
Dengan bertemakan ‘Keluarga Malaysia: Teguh Bersama’, pertandingan pada kali ini telah dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Pengerang (MPP). Manakala, sesi penjurian telah diadakan dari 22 hingga 28 Ogos 2022.
Tahniah & syabas kepada semua anggota KEJORA yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.

PEMANTAUAN PELAKSANAAN GERAK KERJA PROJEK BERSEPADU PEMBANGUNAN EKONOMI KAMPUNG (PROSPEK)

22 SEPTEMBER 2022 I KHAMIS
Pada hari ini, satu sesi pemantauan gerak kerja pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) telah dijalankan di Mukim Jorak Panchor, Muar, Johor. Sesi pemantauan ini telah diketuai oleh En. Daud bin Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA.
Pemantauan Projek PROSPEK ini telah merangkumi:-
1. Komponen Ekonomi
– Program Pembangunan Usahawan
– Projek Ternakan Arnab Berkelompok
2. Komponen Prasarana
– Mercu tanda PROSPEK
– Projek Pembangunan Jalan Perhubungan Desa
3. Komponen Perumahan
– Kerja-kerja Bina Baru & Baik Pulih Rumah
Sesi pemantauan gerak kerja PROSPEK pada hari ini turut disertai oleh wakil dari KPLB Negeri Johor, Bahagian Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa, Bahagian Perindustrian & Industri Asas Tani, Unit Teknikal serta Unit Komunikasi Korporat KEJORA.
KEJORA juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua-Ketua Kampung di Mukim Jorak Panchor, Muar Johor serta penduduk kampung yang sama-sama menjayakan sesi pemantauan kali ini.

KEJORA TERIMA PENSIJILAN SEMULA (RECERTIFICATION AUDIT) MS ISO 9001:2015

Pada 21 September 2022, KEJORA telah dianugerahkan pensijilan semula MS ISO 9001:2015 dari pihak SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD. Sesi Pengauditan Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 yang telah diadakan pada 19 & 20 September 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Balau oleh pasukan Juruaudit SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN.BHD.
TAHNIAH kerana KEJORA telah mendapat pensijilan semula MS ISO 9001:2015 dengan jayanya.
Jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan KEJORA dan semua anggota yang terlibat kerana memberi kerjasama dan komiten serta sokongan dalam menjayakan sesi pengauditan pada kali ini.

PELAWAAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) BIL. 3/2022

Pelaksanaan program ini juga akan melahirkan usahawan pertanian baru terutamanya golongan muda di wilayah KEJORA dalam melaksanakan projek-projek pertanian.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Permohonan program adalah adalah terbuka kepada individu yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi melaksanakan projek pertanian secara berskala kecil dengan syarat-syarat dan terma-terma sepertimana berikut:
  1. Pemohon telah menghadiri mana-mana kursus & latihan pertanian di bawah anjuran KEJORA atau lain-lain Agensi Kerajaan/ Swasta sekurang-kurangnya sekali.
  2. Pemohon mestilah berumur diantara lapan belas (18) hingga empat puluh (40) tahun pada tahun permohonan
  3. Pengalaman dalam melaksanakan projek pertanian adalah tidak diwajibkan;
  4. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;
  5. Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu Sahaja) bagi setiap projek;
  6. Jenis bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk perbekalan peralatan dan input pertanian sahaja mengikut keperluan sebenar;

 

PERMOHONAN

  1.  Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
  2. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
  3. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:

https://forms.gle/YQj48rHHGK8Ba4b19 atau;

      4. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

 

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,

BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,

JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,

BANDAR PENAWAR,

81930 BANDAR PENAWAR,

JOHOR.

 

5. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 OKTOBER 2022 (RABU) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada  tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.

7. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau          07-8843156.

Sekian, terima kasih.

 

Borang Permohonan SKIM TUNAS AGRO tahun 2022 IKLAN STAg SIRI 3 – 2022 LATEST

 

 

HARI BELIA NEGARA DAERAH KOTA TINGGI 2022

18 September 2022, Ahad – Telah berlangsungnya Hari Belia Negara Daerah Kota Tinggi Tahun 2022 bertempat di Pantai Punggai, Pengerang.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Tinggi ini turut mendapat kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) untuk menganjurkan Pertandingan KEJORA Aerofitthon Challenge 2022 dan Futsal Pantai Piala KEJORA 2022.
Selain itu, Majlis Perasmian Hari Belia Negara Daerah Kota Tinggi 2022 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi. Turut serta menjayakan ialah YB Tuan Aznan Bin Tamin, ADUN Tanjung Surat, YB Puan Fauziah Binti Misri, Adun Penawar serta kehadiran ketua jabatan dari pelbagai Agensi dan Pertubuhan kawasan sekitar.
Sesi Majlis Penyampaian Hadiah KEJORA Aerofitthon Challenge 2022 telah disampaikan oleh YB Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi diiringi oleh Tuan Sh. Khayulzahri Bin Sh. A Raof, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, selaku wakil Rasmi YBhg Dato’ Pengurus Besar KEJORA.
Semoga dengan penganjuran dan kerjasama yang diberikan mampu melahirkan belia yang proaktif dan berdaya saing sejajar dengan pembangunan modal insan.

KUNJUNGAN PRIHATIN KEJORA KE ATAS MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG JOHOR LAMA, KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM

18 SEPTEMBER 2022 (AHAD) | KAMPUNG JOHOR LAMA, KOTA TINGGI
KEJORA yang diwakili oleh Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) telah mengadakan kunjungan prihatin ke atas mangsa kebakaran rumah yang terletak di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor.
Kejadian yang berlaku pada 17 September 2022 (Sabtu) tersebut telah mengakibatkan sebuah rumah penduduk kampung hangus dijilat api.
Dalam sesi kunjungan ini juga, Encik Daud bin Abd Rahman telah menyampaikan sumbangan bantuan berbentuk Bakul Makanan KEJORA kepada keluarga mangsa tersebut.
Semoga keluarga tersebut terus tabah dalam menghadapi dugaan ini

KEJORA NIGHT RUN SEMPENA HARI MALAYSIA 2022

telah berlangsung KEJORA Night Run Sempena Hari Malaysia 2022. Majlis pelepasan larian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Fauziah Binti Misri, ADUN Penawar.
Seramai lebih dari 850 peserta telah menyertai larian ini. Sebanyak 7 kategori dipertandingkan merangkumi:-
1. Terbuka Lelaki – 9km
2. Terbuka Wanita – 9km
3. Veteran Lelaki – 5km
4. Veteran Wanita – 5km
5. Remaja Lelaki – 5km
6. Remaja Wanita – 5km
7. Fun Run – 3km
KEJORA merakamkan perhargaan & setinggi-tinggi terima kasih kepada Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Perbandaran Pengerang, Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Polis DiRaja Malaysia Bandar Penawar, Persatuan Olahraga Daerah Kota Tinggi, RELA serta semua yang sama-sama menjayakan program KEJORA Night Run 2022.
Tahniah kepada semua pemenang.

SESI NETWORKING & LAWATAN KERJA BAHAGIAN PELABURAN SYARIKAT ANAK (BPSA) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR KE ANAK SYARIKAT KEJORA

Sesi Networking dan Lawatan Kerja Bahagian BPSA KPLB ke Anak Syarikat KEJORA dilaksanakan adalah bertujuan mengeratkan ukhwah dan jalinan kerjasama dua hala melalui perkongsian pandangan mengenai pelbagai isu semasa antaranya tadbir urus korporat disamping membuat lawatan projek secara fizikal yang sedang diusahakan oleh Anak Syarikat KEJORA.
Delegasi BPSA KPLB yang diketuai oleh Encik Mohd Fariszan bin Ahmad, Setiausaha Bahagian BPSA bersama 4 orang anggota disantuni oleh Encik Abidullah bin S. Ali, Ketua Unit Pelaburan telah dilaksanakan dengan jayanya dengan membuat lawatan di beberapa lokasi antaranya ke Tapak Projek Taman Permata Penawar oleh Syarikat KLDSB, Tapak Projek Taman Fertigasi oleh Syarikat KASB, Event Space Teratak Penawar oleh Syarikat KHSSB, Museum Nelayan Tg. Balau dan Mangrove River Cruise Tg. Surat.
Semoga ukhwah dan jalinan kerjasama antara BPSA KPLB, Unit Pelaburan KEJORA selaku urusetia kawal selia anak syarikat dan Kumpulan Syarikat KDHSB ini berterusan dalam memastikan tadbir urus korporat anak syarikat sentiasa berpandukan garis panduan dan arahan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM (PENGURUSAN) KPLB TAHUN 2022

KEJORA telah menyertai Anugerah Kualiti dan Inovasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Tahun 2022 bagi kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) (Pengurusan) yang berlangsung pada 11 September 2022 (Ahad).
KEJORA telah menghantar 2 kumpulan bagi penyertaan kategori AIPA 2022 iaitu kumpulan dari Bahagian Kewangan dengan tajuk Sistem Perolehan KEJORA versi 3.0. Manakala kumpulan dari Unit Teknikal (ICC-TECH) dengan tajuk Sistem Progress Pemantauan Projek.
Seramai 4 orang panel penilai yang diketuai oleh Dr. Norazizah binti Abdul Rahman, dari Institut Aminuddin Baki telah membuat penilaian bersama pihak KESEDAR selaku urusetia. Penyertaan AIPA 2022 ini dapat meningkatkan lagi tahap kreativiti dan inovasi di kalangan anggota KEJORA dalam menyampaikan perkhidmatan pada masa akan datang. Semoga KEJORA akan beroleh kejayaan yang cemerlang.