MINGGU BELIA KEJORA 2022 – HARI KEDUA

5 OGOS 2022 I JUMAAT I 10.00 MALAM
Hari kedua, telah berlangsung Majlis Perasmian Minggu Belia KEJORA yang disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia Negeri Johor.
Berlangsung juga pertandingan memasak, demonstrasi solekan ‘Natural Glam’ dan disebelah malam pula diadakan Malam Kerohanian Belia yang menampilkan Kumpulan Rabbani.
Pelbagai pameran agensi masih dibuka untuk orang ramai serta belia mendapatkan pelbagai maklumat seperti Pendidikan, kerjaya, kursus-kursus dan lain-lain maklumat.
Disamping itu juga, jualan usahawan food truck & car boot sale masih dibuka.
Jom, ramai-ramai ke Minggu Belia KEJORA 2022 di Perkarangan Dewan KEJORA Bandar Penawar.

MAJLIS PERASMIAN MINGGU BELIA KEJORA 2022

5 OGOS 2022 I JUMAAT I 10.00 PAGI
Pada pagi ini, telah berlangsung Majlis Perasmian Minggu Belia KEJORA Tahun 2022. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.
Di dalam ucapan perasmian, YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah mengajak semua agensi sama ada agensi kerajaan atau NGO untuk sama-sama membantu membangunkan belia di Negeri Johor. Baliau juga mengucapkan tahniah dan bangga kepada KEJORA kerana menganjurkan program ini yang akan membuka peluang kerjaya kepada belia luar bandar.
Di dalam majlis ini, beberapa penyerahan telah disampaikan antaranya, penyerahan cek faedah PERKESO belia wilayah KEJORA, penyerahan insentif pemerkasaan wanita wilayah KEJORA serta penyerahan sijil penghargaan jejak kerjaya wilayah KEJORA. Terlebih dahulu, ketibaan Yang Berhormat EXCO telah disambut dengan paluan gendang Cina, kompang hadrah, tarian zapin serta tarian kaum India. Kelainannya pada kali ini, KEJORA telah menampilkan Aqmal Daniel, The Stylo Violinist Malaysia untuk memeriahkan suasana majlis perasmian ini.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah, Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin, ADUN Tanjung Surat, En. Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, En.Mohamad Farhan bin Kasmunee, Ketua Pegawai Daerah Kota Tinggi, Pengurusan KEJORA, Ketua-Ketua Jabatan serta agensi, Pengerusi JPKK WIlayah KEJORA serta belia-belia di sekitar Bandar Penawar.
Jom, ramai-ramai ke Minggu Belia KEJORA 2022 di Perkarangan Dewan KEJORA Bandar Penawar. Pelbagai acara telah disusun dan jualan dibuka kepada orang ramai.

MINGGU BELIA KEJORA 2022 – HARI PERTAMA

4 OGOS 2022 I KHAMIS I 10.00 MALAM
Bermula hari ini, Minggu Belia KEJORA 2022 telah berlangsung sehingga 7 Ogos 2022.
Hari pertama ini, telah berlangsung pertandingan inovasi STEM, pertandingan pelancaran roket parachute, pertandingan robotik dengan microbit, pertandingan bercerita sains, bengkel PICKSUM dan pertandingan berbalas Pantun Duo.
Disamping itu juga, jualan usahawan food truck & car boot sale telah bermula.
Jom, ramai-ramai ke Minggu Belia KEJORA 2022 di Perkarangan Dewan KEJORA Bandar Penawar.

MAJLIS MERAIKAN SETIUSAHA PEJABAT BERSAMA PENGURUS KEJORA TAHUN 2022

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia telah melaksanakan Majlis Meraikan Setiausaha Pejabat Bersama Pengurusan KEJORA Tahun 2022 bertempat di Hotel Amansari Desaru pada 4 Ogos 2022. Turut diadakan ceramah dengan tajuknya Aura Komunikasi Dalam Meningkatkan Karisma Setiausaha Pejabat yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Psikologi Kementerian Pembangunan Luar Bandar iaitu Puan Zulaiha Binti Aman. Majlis ini diadakan juga bertujuan bagi memberikan penghargaan dan mengeratkan silaturahim diantara Setiausaha Pejabat dan juga barisan Pengurusan KEJORA.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat.

BENGKEL TOT PEMENTORAN KEJORA TAHUN 2022

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia telah melaksanakan Bengkel TOT Pementoran KEJORA bertempat di Hotel Amansari Desaru pada 3 dan 4 Ogos 2022. Bengkel TOT Pementoran ini telah dikendalikan oleh Puan Zulaiha Binti Aman selaku Ketua Pegawai Psikologi dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang melibatkan seramai 30 orang anggota KEJORA. Bengkel TOT Pementoran ini dilaksanakan dengan tujuan memberi pendedahan kepada anggota baru bagi mendapatkan bimbingan dan pengalaman yang berharga melalui interaksi, pengetahuan,kemahiran dan membina kerjaya bersama mentor. Selain itu ia juga dapat meningkatkan motivasi ke arah kemajuan kerjaya serta meningkatkan hubungan kerja yang positif.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat.

RUMAH & KEDAI UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
RUMAH & KEDAI UNTUK DIJUAL
📍Sedia untuk didiami
📍Lokasi Strategik
📍CCC telah diperolehi
KEJORA MENAWARKAN:
🏢 Lebih 50 Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat
🏘️ 1 unit Rumah Banglo 2 Tingkat
🏡1 Unit Rumah Semi-D 1 Tingkat (Corner Lot)
KEMUDAHAN LOGISTIK YANG MENARIK ANTARANYA:
🛒 4 Minit ke SKS Mall
🏖️ 5 Minit ke Pantai Desaru
🛣 5 Minit ke Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE)
🏄🏻‍♀️ 10 Minit ke Desaru Coast
🛣️ 15 Minit ke Rapid Petronas Pengerang
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pegawai berkaitan iaitu Pn. Siti Noorhafizah (07-884 3185/019-6677 656) ataupun En. Husnul Hadi (07-884 3189/017-712 3060).
AYUH‼️SEGERA DAPATKAN RUMAH & KEDAI IDAMAN ANDA HARI INI‼️

PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB) BAGI BULAN JULAI TAHUN 2022

31 JULAI 2022 I AHAD I 1.00 PETANG
Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi bulan Julai tahun 2022 di Dewan KEJORA Bandar Penawar. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Haji Abd. Rahman Bin Hj Mohamad, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YBhg Datuk Che Murad Sayang Bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBrs. Tuan Mas Rizal Bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBrs. En. Mohd Kamal Bin Husin, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan), Ketua-Ketua Agensi KPLB, SUB KPLB, Ketua Agensi KPLB Negeri Johor, Pengarah-Pengarah PKN Negeri, Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Di dalam ucapan YB Dato’ Seri Menteri KPLB, beliau menyeru kepada semua Warga KPLB agar dapat mengekalkan momentum kejayaan dan ditambahbik dengan penuh bersemangat & komited bagi membantu membangunkan luar bandar sesuai dengan tagline KPLB iaitu Luar Bandar Sejahtera. Cabaran pasti hadir dalam pelbagai bentuk. Saya percaya KPLB mampu mengatasi segalanya. Mungkin, dengan idea kita kecil tapi ianya boleh memberikan impak yang besar kepada golongan sasar.
Dalam pada itu, telah berlangsung pelancaran sistem ePRO version 3.0 (Sistem Perolehan Atas Talian KEJORA/ Electronic PROcument Ready Online) yang dilancarkan oleh YB Dato’Seri Menteri KPLB dan sistem ini akan mula digunakan pada 1 Ogos 2022. Disamping itu juga, telah dilancarkan karnival sukan antara sektor KPLB tahun 2022 dengan 4 kumpulan utama telah dipecahkan mengikut tema dan nama kumpulan seperti Megat Panji Alam, Mat Kilau, Rentap dan Tok Janggut.

KEJORA TERIMA LAWATAN DELIGASI DARI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

28 JULAI 2022 | KHAMIS | DEWAN KEJORA

Pada hari ini, pihak KEJORA telah menerima lawatan ramah mesra dari deligasi Majlis Perbandaran Sepang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan YBrs. En Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Manakala, Tn Hj Wan Mohd Ashril Aizal Bin Wan Abdullah, Pengurus Kewangan telah memberikan taklimat mengenai sistem ePRO KEJORA.
YBhg. Dato’ Hj. Abdul Hamid bin Hussain, YDP Majlis Perbandaran Sepang dalam ucapan balasnya menyatakan terima kasih dan tahniah kepada KEJORA kerana berjaya membangunkan satu sistem yang sangat baik. Beliau turut memuji sistem ini kerana ianya dibangunkan secara dalaman oleh pihak KEJORA.
Deligasi Majlis Perbandaran Sepang seterusnya di bawa melawat Muzium Nelayan Tanjung Balau dan diberikan taklimat mengenai muzium nelayan.
Semoga kerjasama yang terjalin ini kekal dan menjadi pemangkin untuk membentuk kerjasama strategik yang lain selepas ini.

KARNIVAL ROBOTVET 2022

28 JULAI 2022 | KHAMIS | SM SAINS KOTA TINGGI
Pada hari ini, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi Bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah dijemput untuk ke Majlis Perasmian Karnival RoboTVET 2022 di Sekolah Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Norliza binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan & Komunikasi Negeri Johor.
Karnival RoboTVET ini diadakan bagi menunjukkan kebolehan pelajar dalam mencipta robot serta memberikan galakan kepada pelajar-pelajar lain untuk belajar & berfikir di luar kotak.
Dalam majlis ini, pihak KEJORA telah diberikan cenderamata atas usaha KEJORA membantu pelajar-pelajar dalam memasuki beberapa pertandingan sama ada di dalam atau di luar negara. Tahniah SAKTI & KEJORA atas kolaborasi strategik yang terjalin ini.

PENGURUSAN KEJORA LAWAT KUBU BRITISH

27 JULAI 2022 | RABU
Pengurusan KEJORA yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi Bin Mohd Darus telah melawat Kawasan Peninggalan Kubu British di Tanjung Pengelih.
Lawatan ini adalah bagi melihat sendiri keadaan sebenar tapak yang akan dibangunkan oleh pihak KEJORA sebagai kawasan sejarah. Kawasan ini telah dipasangkan pagar oleh pihak KEJORA bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.