Sumbangan KIT Bantuan Banjir bagi penduduk Wilayah KEJORA di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Layang, Layang – Layang, Kluang
Penyerahan Sumbangan KIT Bantuan Banjir bagi penduduk Wilayah KEJORA di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Layang, Layang – Layang, Kluang yang di sampaikan oleh Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) selaku Wakil Pengurus Besar KEJORA. Turut serta En. Abd Razif bin Abd Rahman, Penghulu Mukim Layang-Layang, En. Jamil bin Hashim, MPKK Kg. Paya, En. Roslan bin Sarta, MPKK Kg. SC Jaya Sepakat, En. Mohd Ashek bin Hassan, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia dan En. Noorazmi bin Sahar, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan.
#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
Sumbangan KIT Bantuan Banjir bagi penduduk Wilayah KEJORA di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia, Pengerang
Penyerahan Sumbangan KIT Bantuan Banjir bagi penduduk Wilayah KEJORA di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia, Pengerang yang di sampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Che Zakaria Bin Mohd Salleh selaku Pengerusi KEJORA. Turut serta
En. Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan KEJORA), En. Sh Khayulzahri bin Sh A Raof, Pengurus Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa (PSPD), Md Faizul Bin Md Fadzil, Penghulu Mukim Pengerang.
Penyampaian sumbangan kepada penerima bantuan Program Peningkatan Pendapatan
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH ANNUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION CONFERENCE AND EXPOSITION (APIC) 2020
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menghantar penyertaan 2 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) iaitu kumpulan 360° dan PERDANA. Pada Konvensyen kali ini kumpulan KIK 360° dan PERDANA telah mendapat pengiktirafan Emas 5 Bintang. Lebih manis, kumpulan PERDANA turut dinobatkan sebagai 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam (Negeri). Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua kumpulan. Semoga pencapaian ini akan terus menjadi inspirasi warga KEJORA dalam membudayakan inovatif dan kreatif.
Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir Wilayah KEJORA oleh YB Dato’ Hj. Che Zakaria bin Mohd Salleh
Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir Wilayah KEJORA oleh YB Dato’ Hj. Che Zakaria bin Mohd Salleh selaku Pengerusi KEJORA kepada 5 orang mangsa banjir di PPS Kampung Baru Sungai Mas pada 15 Disember 2020 (Selasa).
#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
Karnival Usahawan Desa Secara Dalam Talian Tahun 2020 (eKUD@KPLB) pada 4 sehingga 6 Disember 2020 bertempat di Hotel Amari, Johor Bahru
Pada hari ini seramai 25 orang usahawan wilayah KEJORA turut serta menyemarakkan Karnival Usahawan Desa Secara Dalam Talian Tahun 2020 (eKUD@KPLB) pada 4 sehingga 6 Disember 2020 bertempat di Hotel Amari, Johor Bahru. Rasai pengalaman terhebat dengan lebih 300 pameran maya untuk diterokai serta promosi menarik menanti anda.
Jom daftar sebagai pengunjung sekarang dan rebut promosi menarik untuk anda. Layari www.ekud.my untuk maklumat lanjut.
Jangan lupa menyaksikan juga secara LIVE di Facebook KEJORA dari 4 Disember sehingga 7 Disember 2020.
#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
#eKUDPRIHATIN
#eKUDdalamtalian
eKUD@KPLB 2020 bersama Usahawan Desa Wilayah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
??????????? ??????? ???? ????? ???????? ????? ????
CADANGAN MEMBAIK PULIH DAN UBAHSUAI PEJABAT PENGUMPULAN HASIL PERTANIAN DI LADANG KEJORA AGRO SDN BHD, SEMBRONG KLUANG, JOHOR DARUL TA’ZIM
Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU).
Tempat, Tarikh dan Waktu Jualan Dokumen Sebut Harga adalah seperti berikut:-
Tempat : KEJORA AGRO SDN. BHD.
PTD 10422, Jalan Ungku Abdul Aziz,
Kawasan Perindustrian Bandar Penawar Fasa 3,
81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim.
Tarikh : 02hb November 2020 hingga 09hb November 2020
Waktu : 9.00 Pagi – 4.00 Petang











































































