AUDIT PEMATUHAN ISMS ISO/IEC 27001:2013 KEJORA

Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 KEJORA telah diadakan pada 17 hingga 18 Oktober 2022. Sistem ePerolehan 3.0 yang baru dilancarkan pada 1 Ogos 2022 telah diaudit oleh Pasukan Juruaudit daripada SIRIM QAS Internation Sdn. Bhd.
Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan ISMS telah dipengerusikan oleh Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus manakala Mesyuarat Penutupan Audit Pemantauan ISMS telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir selaku Ketua Pegawai Maklumat (CIO) KEJORA.
Skop pensijilan adalah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Sistem Electronic Procument Ready Online (ePRO) 3.0, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara.
Dengan berakhirnya sesi Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ini, pihak SIRIM mengesyorkan bahawa pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) diteruskan bagi tahun akan datang.
Terima kasih kepada semua warga KEJORA yang telah memastikan proses pengauditan berjalan dengan lancar dan memberikan komitmen yang baik kepada Juruaudit.
Tahniah KEJORA!!!!!

PROGRAM ENGLISH CAMP WILAYAH KEJORA

Pada hari ini telah berlangsung Program English Camp untuk calon SPM di Wilayah KEJORA Daerah Kota Tinggi di Amansari Hotel, Bandar Penawar. Program yang diadakan selama 1 hari ini diadakan untuk mengasah dan memperkembangkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terutama di dalam Wilayah KEJORA.
Disamping itu juga, peserta didedahkan untuk tampil berkeyakinan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Sebanyak 13 buah sekolah menengah terlibat dalam program ini.
Tahniah kepada semua peserta.

PROGRAM ORIENTASI ANGGOTA BARU KEJORA TAHUN 2022

Pada hari ni telah berlangsungnya Program Orientasi Anggota Baru KEJORA Tahun 2022 bertempat di Mini Auditorium Muzium Nelayan Tanjung Balau yang telah dirasmikan oleh Puan Marlina binti Amir selaku Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA.
Peserta program telah diberi pendedahan mengenai peranan dan fungsi, peraturan-peraturan serta garis panduan berkenaan dengan KEJORA bagi memastikan tugas dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagai penjawat awam dan sebagai anggota KEJORA secara khususnya.

KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA 2022

Dalam membimbing dan membantu usahawan di dalam Wilayah KEJORA untuk terus bangkit di persada ekonomi Negara, KEJORA telah membantu seramai 14 Usahawan bimbingannya menyertai Karnival Barangan Malaysia di Plaza Angsana Johor Bahru bermula dari 14 hingga 16 Oktober 2022. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang melibatkan 120 booth usahawan.
Majlis Perasmian Karnival Barangan Malaysia ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan di sepanjang karnival antaranya cabutan bertuah bagi pengunjung yang berbelanja di festival tersebut, persembahan artis tempatan dan pelbagai lagi akiviti menarik. Karnival ini adalah bertujuan memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang mana ianya setanding dengan barangan daripada luar negara dan mampu menarik masyarakat untuk membeli barangan buatan dari Malaysia.
Pihak KEJORA ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana telah memberi peluang kepada usahawan bimbingan KEJORA untuk menyertai Karnival Barangan Malaysia pada kali ini.
KEJORA berharap, usahawan yang terlibat di dalam karnival ini mendapat manfaat yang baik serta pengalaman baharu di dalam mempertingkatkan lagi kualiti produk serta jaringan perniagaan. Syabas dan tahniah diucapkan.!!

KEJORA KE SUKAN PANTAI BADAN BERKANUN (SUPANUN)

Alhamdulillah, KEJORA telah menyertai Sukan Pantai Badan Berkanun (SUPANUN) 2022 bermula dari 11 hingga 16 Oktober 2022 di Pantai Batu 5, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Sebanyak lebih kurang 32 agensi telah menyertai 6 acara yang dipertandingkan. Manakala KEJORA telah menyertai 3 acara iaitu Bola Sepak Pantai (Lelaki), Sepak Takraw Pantai Senior (Lelaki) dan Petanque Pantai ( Lelaki & Wanita). Pasukan Sepak Takraw Pantai telah muncul Naib Johan, manakala Pasukan Petanque Wanita telah menamatkan saingan di peringkat suku akhir.
Terima kasih kepada Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) yang telah menganjurkan Kejohanan SUPANUN pada tahun ini. Tahniah kepada semua pemenang.

KIDS SWIMMING CLASS

SESI LATIHAN MINGGUAN | SABTU – 15 OKTOBER 2022
Sekitar latihan mingguan di Pusat Akuatik, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor

KEJORA SOCCER KIDS

SESI LATIHAN MINGGUAN | JUMAAT – 14 OKTOBER 2022
Sekitar latihan mingguan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor

LAWATAN PENILAIAN SEMULA DAN PENDAFTARAN BARU PESERTA PROGRAM PENGALAMAN HOMESTAY MALAYSIA DI HOMESTAY KEJORA

Sesi Penilaian semula dan pendaftaran baru Homestay di bawah seliaan KEJORA oleh MOTAC, Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Pejabat Kesihatan Kota Tinggi dan Persatuan Homestay Negeri Johor telah diadakan pada 12 dan 13 Oktober 2022 yang lalu.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk memperbaharui Sijil Pengalaman Homestay Malaysia. Homestay Wilayah KEJORA ini melibatkan Homestay Kg Mawai Baru, Kg Johor Lama dan Kg Belukar Durian / Sedili Kecil. Sebanyak 34 rumah homestay telah terlibat dalam sesi penilaian pada kali ini.
Semoga dengan adanya penilaian ini, ianya menjadi asbab kehadiran pengunjung/pelancong untuk merasai keseronokan hinggap desa di Wilayah KEJORA.

PROGRAM PEMBANGUNAN PLATFORM CANVA UNTUK BELIA WILAYAH KEJORA TAHUN 2022

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana pada hari ini pihak KEJORA telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Platform Canva Untuk Belia Wilayah KEJORA Tahun 2022 yang bermula dari 10 hingga 12 Oktober 2022 di New York Hotel, Johor Bahru.
Antara objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan belia di Wilayah KEJORA mempunyai daya kreativiti dalam menghasilkan maklumat yang menarik serta menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam menguasai proses editing serta suntingan grafik yang menarik melalui aplikasi Canva.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Pengurus Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa, En. Sh. Khayulzahri bin Sh. A.Raof.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga dengan ilmu yang diberikan ini, akan memberi manfaat kepada semua peserta.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

KEJORA telah mengambil bahagian dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444H Peringkat DAERAH Kota Tinggi.
Timbalan Pengurus Besar ( Pembangunan), En Daud bin Abd Rahman telah mengetuai kumpulan KEJORA dengan diikuti oleh Pengurusan Kanan serta anggota KEJORA.
Dengan tema, Keluarga Johor, Pemangkin Pembangunan Negeri, ianya juga menjadi aspirasi kepada setiap wadah pembangunan terutama pembangunan dalam Wilayah KEJORA.
“Sesungguhnya Orang Yang Paling Dekat Denganku Pada Hari Kiamat Adalah Orang Yang Paling Banyak Berselawat Kepadaku” Al- Nasa’i & Ibnu Hibban.