Pada 29-30 oktober 2021 telah berlangsung Karnival Sukan Wilayah KEJORA (KASWIRA) di Bandar Tenggara, Johor.
Sebanyak 13 acara dipertandingkan dengan kampung-kampung tradisi Wilayah KEJORA dipecahkan kepada 4 zon utama iaitu Zon Pengerang, Zon Kota Tinggi, Zon Sedili & Zon Kluang dengan penyertaan hampir 450 atlet termasuk pengurusan.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh ADUN Panti, YB Hahasrin bin Hashim yang mewakili EXCO Belia & Sukan Negeri Johor. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa sukan boleh menyatukan semua kaum di dalam Negeri Johor. KEJORA pada hari ini telah menyahut Visi Sukan Negara 2030 yang berkonsepkan ‘Daripada Komuniti Kepada Komuniti’.
Dalam masa yang sama, Zon Kluang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan. Manakala Zon Pengerang telah dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurusan Kanan KEJORA, Penghulu-Penghulu Mukim serta Pengerusi JPKK Wilayah KEJORA.
Tahniah kepada semua pemenang. Kekalkanlah semangat setiakawan & kerja berpasukan yang telah terjalin.
Tidak menjadi satu masalah jika perjalanan kejayaan anda perlahan, asalkan anda tidak berhenti dan menoleh ke belakang. Janganlah takut untuk gagal, takutlah jika kita tidak mahu mencuba.
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI & KARNIVAL SUKAN WILAYAH KEJORA (KASWIRA) 2022
Pada 29 oktober 2022 telah berlangsung majlis perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kota Tinggi & Karnival Sukan Wilayah KEJORA (KASWIRA) Tahun 2022 di Stadium Tenggara, Bandar Tenggara, Johor.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa bangga dengan pencapaian Kontinjen Johor yang telah merangkul Juara Keseluruhan dalam SUKMA 2022. Selain itu, beliau memuji usaha Pejabat Sukan Daerah Kota Tinggi & KEJORA yang telah berkolaborasi dalam menjayakan sambutan kali ini.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Dato’ Dr Adham bin Baba, ADUN Pasir Raja, YB Puan Rashidah Binti Ismail serta dif-dif kehormat yang lain.
Bersempena dengan HSN Daerah Kota Tinggi ini juga, diadakan beberapa pertandingan antaranya futsal, bola jaring, Aerofitthon, fun run termasuk sukan rakyat.
Tahniah kepada semua yang hadir dan kekalkan bersukan untuk kesihatan semua.
KIDS SWIMMING CLASS
Dari lensa KEJORA sekitar latihan mingguan di Pusat Akuatik, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar, Johor
TOURISM SOUTHERN REGION CORPORATE TRAVEL BAZAAR 2022
Bersempena dengan Progam Tourism Southern Region Corporate Travel Bazaar 2022, yang diadakan pada 25 Oktober 2022 di Hotel Perdana, Kota Bahtu, Kelantan, Bahagian Pelancongan KEJORA telah dijemput oleh Tourism Malaysia untuk mempromosi produk pelancongan Wilayah KEJORA.
Program ini merupakan ‘platform’ pertemuan di antara penggiat industri pelancongan tempatan terutama di Negeri Kelantan dengan Tourism Malaysia Wilayah Selatan (Johor & Melaka) serta Tourism Malaysia Wilayah Timur (Kelantan) yang melibatkan peserta daripada Tourism Johor, Perbadanan Taman Negara Johor, Tourism Melaka, Kejora Hospitality, agen-agen pelancongan, pemain industri pelancongan. Selain itu juga, ianya bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara wilayah terutama yang berkaitan aspek pelancongan.
Seramai 20 pempamer dari Johor dan Melaka serta 150 agen pelancongan telah menghadiri program yang diserikan dengan kehadiran oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Y.Brs. Encik Iskandar Mirza.
Hadir sama ialah Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Encik Muhamad Nasir bin Pahmi, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Puan Zuraini binti Abdul Ghani, Pengerusi MATTA Kelantan, Encik Mohd Athif bin Mohd Kamel dan Encik Saifullah bin Sulaiman serta beberapa tetamu kehormat yang lain.
Semoga dengan adanya acara seperti ini, peserta dapat mengetahui tempat-tempat pelancongan didalam Wilayah KEJORA serta negeri Johor.
KEJORA TERIMA KUNJUNGAN PENULIS TRIPZILLA SINGAPURA
Bahagian Pelancongan Kejora telah menyantuni kunjungan pihak Tourism Johor bersama wakil Penulis Pelancongan Tripzilla Singapura ke Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi Johor pada 27 Oktober 2022 yang lalu.
Lawatan ini bertujuan memperkenalkan produk pelancongan KEJORA kepada peserta untuk dimuatkan dalam artikel pelancongan di negara Singapura.
Peserta telah dibawa menyusuri Sungai Pelanduk sambil menikmati keindahan paya bakau tanah lembab serta melihat flora dan fauna di sekitarnya. Selain itu, kesemua peserta turut di bawa melihat spesis hidupan yang hidup di pulau ini termasuk Belangkas dan Gamat. KEJORA juga memgucapkan terima kasih kepada pihak Belungkor Venture atas sumbangan sewaan bot pelancongan serta khidmat pandu arah serta pemandu pelancong.
Semoga lawatan serta kerjasama ini akan dapat meningkatkan populariti Pulau Tanjung Surat sekaligus menarik kehadiran pelancong ke Produk Pelancongan Wilayah KEJORA.
SESI TAKLIMAT RINGKAS PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN TERSUSUN KG TG BUAI, KOTA TINGGI, JOHOR
Telah berlangsung Sesi Taklimat Ringkas Pembangunan Projek Perumahan Tersusun Kg Tg Buai yang telah dihadiri oleh YB Fauziah binti Misri, ADUN Penawar, Tuan Syed Ben Bella, Pegawai Khas Parlimen Pengerang, Puan Haslinda Binti Abu Bakar, Pengurus Hartanah KEJORA, Encik Adam Bin Ahmad, Penghulu Mukim Johor Lama, Encik Zaidin Bin Mohd Noor, Pengerusi JPKK Kg Tanjung Buai dan penduduk Kg Tg Buai.
Taklimat telah disampaikan oleh Sr. Muhamad Fazri bin Hashim, Penolong Pengurus Hartanah tersebut bertujuan memaklumkan kepada penduduk Kg Tg Buai berkaitan pembangunan prumahan yang sedang dibangunkan di kawasan Kg Tg Buai khusus untuk penempatan semula generasi kedua penduduk kampung tersebut.
KARNIVAL SUKAN WILAYAH KEJORA (KASWIRA) 2022
Bersempena sambutan Hari Sukan Negara, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi serta JPKK Wilayah KEJORA akan menganjurkan Karnival Sukan Wilayah KEJORA 2022 pada 29 hingga 30 Oktober 2022 (Sabtu-Ahad) bertempat di Stadium KEJORA Bandar Tenggara.
Dalam edisi kali ini, empat zon dalam Wilayah KEJORA akan berentap merebut gelaran juara dalam sepuluh pertandingan antaranya bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan pelbagai lagi, tentunya dengan ganjaran yang lumayan.
Manakala untuk anda, penyertaan bagi Pertandingan Kaswira Idol adalah terbuka dan pendaftaran adalah percuma!
Pautan Pendaftaran Kaswira Idol
Kategori Veteran – https://forms.gle/m9ke4QnVA9cg4rGp7
Kategori Terbuka – https://forms.gle/g25tNAWJ5Buvx4L76
Jadi apa tunggu lagi? Jom turun padang!
KURSUS TERNAKAN ARNAB PEDAGING DI BAWAH PROGRAM PROSPEK TAHUN 2022
KEJORA menerusi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menganjurkan Kursus Ternakan Arnab Pedaging Tahun 2022 bermula pada 21 hingga 23 Oktober 2022 di Batu Pahat, Muar dan Segamat Johor.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengurus Pertanian & Industri Asas Tani, Cik Siti Fazueri binti Radzali. Seramai lebihkurang 15 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Mukim Jorak Panchor, Muar telah menyertai kursus ini.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai kaedah penternakan dan pengurusan arnab pedaging. Selain itu, peserta juga akan dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam mengendalikan projek ternakan arnab di bawah Program PROSPEK KPLB melalui kaedah terbaik dan kualiti daging yang bermutu tinggi bagi memperolehi pulangan pada kadar maksima serta menguntungkan.
Di dalam kursus ini juga, kesemua peserta telah diberikan pendedahan secara terus secara teori serta lawatan ke Projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) Felda Sri Ledang & Felda Sri Jaya termasuk Projek Shah Agrofarm – Kg. Liang Batu, Lenga Muar.
Semoga dengan ilmu yang diperolehi dari kursus ini menjadi pemangkin kepada semangat kepada penduduk Kampung Mukim Jorak Panchor untuk memulakan serta meluaskan projek Ternakan Arnab Pedaging.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta.
Miss SHOPhia Go Travel
Bahagian Pelancongan Kejora telah mengambil bahagian dalam usaha mempromosikan produk pelancongan Wilayah KEJORA di program “Miss SHOPhia Go Travel” yang bermula dari 21 hingga 23 Oktober 2022 di Paradigm Mall, Johor Bahru.
Program anjuran Tourism Malaysia ini bertujuan untuk merancakkan kembali sektor pelancongan Malaysia terutama di dalam Negeri Johor.
Menariknya, Tourism Kejora telah menampilkan beberapa produk pelancongan “Must Visit” seperti Muzium Nelayan Tanjung Balau, Bayu Balau Beach Resort, Homestay Kejora, Pulau Tanjung Surat dan pelbagai pakej dan aktiviti menarik di sekitar kawasan produk Pelancongan Wilayah KEJORA. Sambutan dan maklumbalas yang diterima dari pengunjung amat positif dengan jualan pakej yang menggalakkan.
Turut serta di dalam program ini ialah anak syarikat KEJORA iaitu KEJORA Hospitality Sdn Bhd yang sama-sama menawarkan penginapan serta pakej-pakej menarik milik mereka.
Jom melancong ke Wilayah Johor Tenggara!!
Rasai ketenangan di luar bandar!!!!!
KURSUS AGROPELANCONGAN KEJORA TAHUN 2022
Bermula pada 18 hingga 20 Oktober 2022 telah berlangsungnya Kursus Agropelancongan yang dianjurkan oleh bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA bertempat di Taman Agroteknologi MARDI Tg Karang, Selangor dan Selangor Fruit Valley. Seramai 25 orang yang terlibat di dalam program ini terdiri daripada penduduk kampung di bawah seliaan KEJORA, anak syarikat KEJORA serta wakil agensi selaku fasilitator kursus ini.
Majlis penutup Kursus Agropelancongan Tahun 2022 ini iaitu pada 20 Oktober 2022 telah disempurnakan oleh En Daud Bin Abd Rahman selaku Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA.
Program yang diadakan selama 3 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan percambahan idea bagi memperluaskan lagi pembangunan produk dan aktiviti agropelancongan yang sedia ada dalam kampung di bawah seliaan KEJORA.
Disamping itu juga, KEJORA telah menjemput agensi agensi yang berkaitan seperti Jabatan Pertanian Negeri Johor, Tourism Johor dan MARDI Serdang, Selangor untuk memberikan ceramah mengenai pembangunan aktiviti agropelancongan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi tersebut. yang boleh dijadikan contoh dan rujukan pihak KEJORA.
Syabas dan Tahniah kepada semua peserta.















































































































































































































































