MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU RAIH NAIB JOHAN RERUAI KREATIF DI FESTIVAL HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 KEDAH

Muzium Nelayan Tanjung Balau telah dinobatkan Naib Johan Kategori Reruai Kreatif sempena Festival Hari Muzium Anarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Kedah.
Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Reruai Muzium Nelayan telah tampil dengan konsep β€˜Bahtera Nelayan’ yang menggabungkan teknologi Realiti Maya (VR) dan Tayangan Immersive 3D sebagai medium interaktif yang menjadikan pengalaman menarik kepada pengunjung.
Tahniah kepada pasukan pameran Muzium Nelayan Tanjung Balau dan terima kasih kepada semua pengunjung yang menyokong kami!

PERSIAPAN RERUAI KEJORA DI KARNIVAL MEGA 3 DIMENSI 2025 (MK3D2025)

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, telah meluangkan masa turun padang meninjau persiapan akhir reruai KEJORA sempena penyertaan dalam Karnival Mega 3 Dimensi 2025.
Seramai 30 usahawan desa bimbingan KEJORA bakal menyertai karnival ini, membawakan pelbagai produk tempatan yang unik, kreatif dan berkualiti tinggi seperti makanan dan minuman dan kraftangan. Inilah peluang anda untuk menyokong produk usahawan kami!
Jom datang beramai-ramai ke Pavillion Sanggar Usahawan KEJORA dan meriahkan MK3D2025 bersama keluarga!
πŸ“… Tarikh: 30 Julai – 3 Ogos 2025 (Rabu – Ahad)
πŸ“ Lokasi: Aras 1, Zon Karnival Usahawan Desa, MITEC Kuala Lumpur
⏰ Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
Pelbagai aktiviti menarik dan pameran menanti anda! Jangan lepaskan peluang!

LENSA SEKITAR PAMERAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU SEMPENA HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 KEDAH

Lensa sekitar pameran Muzium Nelayan Tanjung Balau, Johor dan aktiviti sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 Kedah. Kini menghampiri penghujung!
Jom hadir beramai-ramai!
πŸ“ Muzium Padi, Alor Setar, Kedah Darul Aman
πŸ—’οΈ 23-29 Julai 2025
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

SESI CABUTAN UNDI TAWARAN KERJA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS)

Sesi undian bagi kerja-kerja membaikpulih dan bina baru rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA. Sebanyak 6 kerja undi bagi daerah Kota Tinggi dengan nilai keseluruhan berjumlah RM792,000.00 manakala 1 kerja undi bagi daerah Kluang bernilai RM158,000.00 telah dilaksanakan.
Untuk tahun 2025, KEJORA telah melaksanakan pembinaan dan baik pulih 63 buah rumah PPRS yang merangkumi 23 buah rumah bina baru dan 24 buah rumah baik pulih di daerah Kota Tinggi dan 11 buah rumah bina baru dan 5 buah rumah baik pulih di daerah Kluang.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga projek-projek ini dapat dilaksanakan mengikut jadual bagi manfaat golongan sasar Wilayah Johor Tenggara.

LENSA HARI KE-2 MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU DI HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 KEDAH

Sekitar lensa hari kedua pameran Bahtera Nelayan di Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 di Muzium Padi, Alor Setar, Kedah.
Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi singgah ke produk ikonik Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Mari kita selami keunikan Nelayan dan Misteri Samudera Tanjung Balau Johor di sini.
πŸ“Muzium Padi, Alor Setar, Kedah Darul Aman
πŸ—’οΈ 23-29 Julai 2025
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

PROGRAM JELAJAH JUARA 2025: USAHAWAN DESA MENEMBUSI PASARAN GLOBAL

KEJORA terus memperkasa usahawan luar bandar menerusi Program Jaringan Usahawan Wilayah KEJORA (JUARA) 2025 β€” sebuah inisiatif yang membuka laluan kepada usahawan Wilayah KEJORA memperluaskan pasaran dari Desa ke pentas Global.
Program JUARA 2025 adalah medan bagi usahawan membina jaringan hubungan strategik bersama agensi-agensi seperti PUJB, TEKUN, MARA, MAINJ, LHDN dan BSN.
KEJORA bertindak sebagai pemudahcara bagi membolehkan usahawan mendapatkan konsultansi agar produk dan perniagaan mereka mampu melonjak ke tahap lebih tinggi dan berdaya saing.
Usaha ini selari dengan aspirasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya utama, seiring dengan wawasan Kerajaan Negeri Johor dan hasrat YAB Menteri Besar Johor untuk menjadikan Johor sebagai kuasa ekonomi dan kekal berdaya saing di peringkat global.
KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik dan para peserta yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan program ini.

MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU DI PENTAS HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 KEDAH

Muzium Nelayan Tanjung Balau, Johor melangkah lebih jauh apabila turut serta dalam Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung meriah di Muzium Padi, Kedah.
Dengan tema “Masa Depan Muzium Dalam Komuniti yang Berubah Pantas” , penyertaan ini menjadi platform terbaik mengetengahkan sejarah , budaya dan kisah kehidupan pesisir laut komuniti Tanjung Balau sejak turun-temurun yang menginspirasikan.
πŸ“’ Jom temui kami dengan lebih dekat!
πŸ“Œ Lokasi: Muzium Padi, Alor Setar, Kedah Darul Aman
πŸ“… Tarikh: 23–29 Julai 2025
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

IKLAN RUMAH UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

RUMAH UNTUK DIJUAL.

LOKASI: BANDAR PENAWAR DAN KLUANG, JOHOR.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menawarkan 3 unit rumah untuk dijual iaitu :-

🏘 1 unit rumah banglo 2 tingkat di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Johor.

  • 6 Bilik tidur.
  • 7 Bilik air.
  • Keluasan 17,394 SQ FT.
  • 4 minit ke SKS Mall.
  • 5 minit ke Pantai Desaru.
  • 5 minit ke Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE).
  • 10 minit ke Desaru Coast.

🏠1 unit rumah berkembar 1 tingkat di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Johor.

  • 4 Bilik tidur.
  • 2 Bilik air.
  • Keluasan Lot 6000 SQ FT.
  • Luas binaan 3200 SQ FT.
  • 4 minit ke SKS Mall.
  • 5 minit ke Pantai Desaru.
  • 5 minit ke Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE).
  • 10 minit ke Desaru Coast.

🏑1 unit banglo 1 tingkat (Lot tepi) di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor.

  • 3 Bilik tidur.
  • 2 Bilik air.
  • Keluasan 6,351 SQ FT.
  • Lot sudut.
  • 1 minit ke SMK & SK Bandar T6 Kluang.
  • 3 minit ke Klinik Kesihatan Taman Sri Lambak.
  • 20 minit ke Bandar Kluang.

KEDAI PEJABAT 2 TINGKAT UNTUK DIJUAL.

LOKASI: TAMAN SRI PENAWAR, BANDAR PENAWAR, JOHOR.

KETERANGAN:

  • Keluasan bangunan seluas 22’ ft x 70’ ft (1540 ft).
  • Lebih 50 unit kedai sedia untuk dijual.
  • 5 minit ke Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE).
  • 15 minit ke Rapid Petronas Pengerang.
  • 5 Minit ke Pantai Desaru.
  • 10 Minit ke Desaru Coast.

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BOLEH HUBUNGI PEGAWAI BERKENAAN:

☎  07-8843000 (KEJORA)

πŸ“ž 019-7846918 (Pn.Rosni binti Nawawi @ Jusoh)

πŸ“ž 013-7819877 (Pn.Rohani binti Mat Johari)

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

RUMAH BETUL FB KEDAI BETUL FB

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KKDW: MENELUSURI HALA TUJU PEMBANGUNAN IKS BANDAR PENAWAR

YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembinaan Premis Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bandar Penawar pada 30 Jun 2025. Kehadiran delegasi YBhg. Datuk KSU bersama Setiausaha Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah, Pengarah Pejabat KKDW Negeri Johor, dan pegawai- pegawai kanan KKDW telah disambut mesra oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA bersama barisan Pengurusan KEJORA.
Lawatan ini merupakan komitmen berterusan pihak Pengurusan Tertinggi KKDW dan KEJORA dalam memastikan pelaksanaan projek dijalankan mengikut pelan pembangunan serta mematuhi jadual yang ditetapkan.
Dalam sesi lawatan ini, YBhg Datuk KSU telah dimaklumkan tentang status semasa projek dan seterusnya dibawa melawat ke sekitar kawasan projek bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang pembangunan projek ini secara keseluruhan.
Projek ini merupakan usaha KEJORA untuk menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat dan Halal Hub KEJORA di bawah Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030-platform strategik bagi melonjakkan usahawan tempatan ke peringkat lebih tinggi.

IKLAN PENJUALAN RUMAH MAMPU MILIK DI KAMPUNG TERSUSUN TANJUNG BUAI,KOTA TINGGI,JOHOR

πŸ”Ή 1. Perumahan Kos Jenis A (PKJA)
πŸ’° Harga Bermula: RM42,000.00 sahaja
🏠 Keluasan rumah 40’ x 70’
πŸ”Ή 2. Perumahan Kos Jenis B (PKJB)
πŸ’° Harga Bermula: RM80,000.00
🏠 Keluasan rumah 40’ x 75’
3. Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
πŸ’° Harga Bermula: RM150,000.00
🏠 Keluasan rumah 40’ x 80’
FASILITI :
πŸ›οΈ 3 Bilik Tidur
🚿 2 Bilik Air
🍳 Dapur
πŸš— Anjung Kereta
SYARAT -SYARAT KELAYAKAN :
πŸ“Œ Keutamaan kepada Generasi Kedua penduduk:
Kampung Tanjung Buai, Teluk Sengat, Johor Lama, Guntung Nenas, Linting, Tanjung Surat & Nyior
πŸ“Œ Pendapatan isi rumah tidak melebihi :
πŸ’° PKJA : RM4,000.00
πŸ’° PKJB : RM6,000.00
πŸ’°RMMJ : RM8,000.00
πŸ“Œ Berkahwin / bujang layak memohon
πŸ“Œ Warganegara Malaysia, menetap selama 10 tahun di Negeri Johor dan berumur 18 tahun ke atas
πŸ“Œ Hanya satu permohonan bagi pasangan suami / isteri. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon
πŸ“Œ Pemohon / pasangan telah memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah Mewah *TIDAK LAYAK* untuk memohon.
πŸ“‹ DAFTAR SEKARANG!
πŸ“… Permohonan dibuka mulai: 4 Julai 2025
⏳ Tarikh tutup permohonan: 3 Ogos 2025
πŸ”— Pendaftaran / Permohonan melalui
πŸ“žUntuk maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Pengurusan Hartanah dan Fasiliti di talian 07-8843000

#PenerajuTerasKemakmuran