PELAWAAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI PERTANIAN (SPEP) BIL. 1/2023
MAKLUMAT AM
1.1 Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) merupakan program bantuan peralatan pertanian yang dianjurkan oleh
Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA.
1.2 Objektif pelaksanaan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) adalah sepertimana berikut:
i. Membantu pengusaha pertanian yang berdaya maju untuk mengembangkan lagi projek pertanian.
ii. Membantu mengurangkan kos peralatan kepada pengusaha pertanian yang berpotensi untuk maju.
iii. Meningkatkan pendapatan peserta menerusi projek pertanian yang sedang diusahakan.
PERMOHONAN
2.1 Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:
Individu : https://forms.gle/M1qSZ1rfCix9bcL26
Kelompok : https://forms.gle/5bCjK9Hsm6CE5fC7A
atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.
2.2 Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
2.3 Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 FEBRUARI 2023 (KHAMIS) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas
daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
2.3 Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
2.4 Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di
talian 07-8843000 atau 07-8843156.
2.6 Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat permohonan adalah seperti lampiran berikut:
IKLAN SPEP – 2023 BORANG PERMOHONAN SPEP 2023 (INDIVIDU) BORANG PERMOHONAN SPEP 2023 (KELOMPOK)
PELAWAAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) TAHUN 2023
MAKLUMAT AM
1.1 Program Skim Tunas Agro (STAg) merupakan program baru yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA
untuk memberi peluang kepada individu dalam wilayah KEJORA yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi melaksanakan
projek pertanian secara berskala kecil.
1.2 Objektif pelaksanaan Skim Tunas Agro (STAg) ini adalah sepertimana berikut:
i. Memberi peluang dan galakkan kepada peserta kursus pertanian yang berpotensi terutamanya golongan muda untuk menceburi
bidang pertanian.
ii. Membantu mengurangkan modal permulaan kepada peserta projek ekonomi berskala kecil yang baru hendak melaksanakan
projek pertanian.
iii. Dapat melahirkan peserta projek ekonomi berskala kecil yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian
di samping menjana pendapatan sampingan.
1.3 Pelaksanaan program ini juga akan melahirkan usahawan pertanian baru terutamanya golongan muda di wilayah KEJORA
dalam melaksanakan projek-projek pertanian.
PERMOHONAN
2.1 Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:
https://forms.gle/S4AS3qsELRsoWAAm9 atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.
2.2 Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
2.3 Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 FEBRUARI 2023 (KHAMIS) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima
selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
2.4 Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
2.5 Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA
di talian 07-8843000 atau 07-8843156.
2.6 Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat permohonan adalah seperti lampiran berikut:
IKLAN STAg TAHUN 2023 Borang Permohonan SKIM TUNAS AGRO tahun 2023
PELAWAAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) TAHUN 2023
MAKLUMAT AM
1.1 Program Skim Bantuan Pertanian Kelompok (SBPK) merupakan program baru yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan
Industri Asas Tani, KEJORA untuk memberi peluang kepada kelompok komuniti dalam wilayah KEJORA bagi melaksanakan
projek pertanian.
1.2 Objektif pelaksanaan Skim Bantuan Pertanian Kelompok (SBPK) ini adalah sepertimana berikut:
i. Membantu pengusaha pertanian berkelompok yang berpotensi dan berdaya maju untuk mengembangkan lagi projek
pertanian yang sedang diusahakan.
ii. Membantu pengusaha pertanian berkelompok yang berpotensi dan berdaya maju untuk mengurangkan kos peralatan
dan input pertanian serta kos pengoperasian yang semakin meningkat.
iii. Meningkatkan pendapatan pengusaha pertanian berkelompok melalui peningkatan produktiviti pengeluaran,
penggunaan teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
1.3 Pelaksanaan program ini juga boleh melahirkan usahawan pertanian contoh di wilayah KEJORA serta seiring dengan
matlamat kerajaan untuk menggalakkan bidang keusahawanan kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
PERMOHONAN
2.1 Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my,
atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:
https://forms.gle/SywNBcTzRfdR6FMBA , atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.
2.2 Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
2.3 Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 FEBRUARI 2023 (KHAMIS) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas
daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
2.4 Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalah dianggap
2.5 Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA
di talian 07-8843000 atau 07-8843156.
2.6 Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat permohonan adalah seperti lampiran berikut:
IKLAN SBPK 2023 Borang Permohonan SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) 2023












































































































































































