PROGRAM MAJU JOHOR PERINGKAT DAERAH KLUANG TAHUN 2022

Seluruh warga Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) merakamkan setinggi-tinggi perhargaan tahniah kepada Pejabat Daerah Kluang diatas kejayaan menjayakan Program Maju Johor Peringkat Daerah Kluang Tahun 2022 pada 17 hingga 18 Disember 2022 di Dataran Tasik, Kluang.
Semoga kerjasama yang terjalin akan terus kekal dan Daerah Kluang terus maju.

MAJLIS SETULUS BUDI SERUMPUN KASIH SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS

ISNIN – 2 Januari 2023 – Pada hari ini telah berlangsung Majlis Setulus Budi Serumpun Kasih Sempena Sambutan Jubli Emas KEJORA di Lotus Ballroom Desaru.
Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus didalam ucapannya menyatakan bahawa semua anggota KEJORA hendaklah bekerja secara teamwork dan bukan secara silo. Beliau menambah, KEJORA kini telah memasuki era KEJORA 2.0 dengan beberapa perkara yang perlu dilihat secara terperinci antaranya Digitalisasi Wilayah KEJORA, Pelancongan Bersepadu, Sasaran 50 usahawan mencapai jualan RM1juta setahun, pembinaan rumah & infrastruktur, pertanian berteknologi tinggi dan pembangunan modal insan luar bandar yang unggul selaras dengan slogan 50 tahun KEJORA iaitu Peneraju Teras Pembangunan.
Majlis ini diadakan bagi memberikan penghargaan kepada semua anggota KEJORA yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Karnival Sambutan Jubli Emas KEJORA yang lepas.
Terima kasih kepada semua anggota KEJORA.
“Hidup ini adalah perjuangan, saat kamu sudah mencapai di puncak sebuah gunung, maka akan ada gunung yang lebih tinggi untuk kamu takluki”- Dennis G.Zill

PROGRAM MAJESTIC JOHOR CLEAN, PANTAI TANJUNG BULOH, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

AHAD – 1 Januari 2023 – Pada hari ini telah berlangsung Program Majestic Johor Clean Peringkat Daerah Kota Tinggi bertempat di Pantai Tanjung Buloh, Sedili Kechil, Kota Tinggi, Johor.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Cik. Norlizah binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor. Turut hadir di dalam program ini ialah YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Kota Tinggi, YDP Majlis Daerah Kota Tinggi, YDP Majlis Perbandaran Pengerang, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Kota Tinggi dan ramai lagi.
Program Majestic Johor Clean adalah merupakan satu inisiatif daripada Tourism Johor dalam memastikan tampat-tampat pelancongan berada dalam keadaan bersih sekaligus mempromosikan kawasan pelancongan di dalam Johor. Selaras dengan program ini juga, Pantai Tanjung Buloh dibuka semula kepada umum bermula pada hari ini.
KEJORA juga turut serta memberikan khidmat bakti membersihkan kawasan Pantai Tanjung Buloh ini.
Ingatlah “Kita jangan hanya menikmati alam ini, tetapi, sama-samalah untuk menjaganya”

KEJOHANAN MTB KEJORA JAMBOREE @ TANJUNG BALAU 2022

Pada hari ini telah berlangsung Kejohanan MTB KEJORA Jamboree @ Tanjung Balau 2022 di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Sebanyak 5 acara dipertandingkan dengan penyertaan hampir 400 peserta. Terdapat lebihkurang 20 peserta dari luar negara turut sama menyertai acara ini.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh ADUN Tanjung Surat, YB Tuan Aznan bin Tamin yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia Negeri Johor. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan perasaan bangga dengan komitmen Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) terutama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang sentiasa memikirkan sesuatu yang baharu dan segar dalam merancang program sukan dan kecerdasan untuk rakyat pelbagai bangsa mahupun berbeza ideologi politik terutama di Negeri Johor.
Menurut beliau lagi, inilah komitmen KEJORA untuk membudaya sukan dalam kalangan rakyat sepertimana terkandung dalam agenda pembangunan negara. Ia juga selari dengan konsep Maju Johor 2030 yang telah digariskan oleh YAB Menteri Besar Johor berteraskan kepada 6 teras utama iaitu Tadbir Urus Kerajaan, Pembangunan Ekonomi, Jaringan Keselamatan Sosial, Kemudahan, Keperluan Asas dan Orang Muda Johor.
Kesemua peserta pada hari ini telah menghabiskan laluan sepanjang lebihkurang 35km dengan halangan pantai, kebun getah, kebun kelapa sawit, jalanraya sebelum mengakhiri laluan di laluan XCO Tanjung Balau.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, En. Fizwan bin Dato’ Hj. Rashidi, YDP Majlis Perbandaran Pengerang merangkap wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar, Tn. Hj. Hanis Musalman bin Salehan, Setiausaha Majlis Perbandaran Pengerang, Tn. Hj. Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Pengurusan Kanan KEJORA serta wakil-wakil jabatan dalam Daerah Kota Tinggi.
KEJORA mengucapkan terima kasih kepada agensi di bawah KKDW seperti KESEDAR, KETENGAH dan FELCRA yang turut sama menjayakan kejohanan ini. Selain itu juga, sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM), Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), RELA, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan semua yang terlibat dalam penganjuran kejohanan MTB KEJORA Jamboree @ Tanjung Balau 2022.
Tahniah kepada semua pemenang. Kekalkanlah semangat setiakawan & kerja berpasukan yang telah terjalin.
“Bakat lebih murah daripada garam di meja. Apa yang membezakan individu yang berbakat dan yang berjaya adalah banyak kerja keras” – Stephen King
#PenerajuTerasKemakmuran

SOROTAN GAMBAR LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT DATA SEKTOR AWAM (PDSA), PUTRAJAYA, PUSAT DATA JABATAN PERDANA MENTERI DAN SYARIKAT HUAWEI MALAYSIA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Teknologi Maklumat telah mengadakan Sesi Lawatan Penanda Aras ke Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya, Pusat Data Jabatan Perdana Menteri dan Huawei Teknologi Malaysia pada 27hb. Disember 2022.
Lawatan yang diketuai oleh Tuan Haji Matriffin bin Md. Amin selaku Pengurus Teknologi Maklumat merangkap Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) serta 11 lagi pegawai lain bertujuan untuk mendapatkan idea dan pandangan dalam perkongsian teknologi semasa bagi pengurusan pusat data serta melihat teknologi ‘smart rack server’ sebagai strategik penambahbaikan Pusat Data dan Rangkaian KEJORA.
Pihak KEJORA ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Encik Padzal bin Ahmad, Setiausaha Bahagian, Pusat Data Sektor Awam (PDSA) yang diketuai oleh Puan Wahidah binti Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur Dan Keselamatan ICT dan Huawei Teknologi Malaysia atas taklimat dan perkongsian teknologi yang diberikan.

KEJORA OUTDOOR MOTOCROSS CHALLENGE MALAYSIA MOTOCROSS CHAMPIONSHIP 2022 (PUSINGAN AKHIR)

KEJORA dengan kerjasama Kelab Motorsikal TQMX telah melangsungkan KEJORA Outdoor Motocross Challenge Malaysia Motocross Championship 2022 (Pusingan Akhir) pada 24 hingga 25 Disember 2022 di Litar Motocross Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor.
Seramai 120 peserta dengan 10 peserta dari Singapura telah mengambil bahagian di dalam 10 kategori yang dipertandingkan.
Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya memenangi setiap kategori yang dipertandingkan. Tahniah juga kepada semua urusetia yang sama-sama bertungkus lumus memastikan kelancaran kejohanan motocross ini.
Tahniah KEJORA
Tahniah TQMX

PROGRAM PENGUPAYAAN ANAK YATIM WILAYAH KEJORA

KEJORA telah mengadakan Proram Pengupayaan Anak Yatim Wilayah KEJORA bermula 19 hingga 21 Disember 2022 bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Yayasan Kebajikan Al Husna Wilayah Johor Tenggara dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatin Islam Bandar Tenggara.
Program ini dihadiri seramai 60 anak yatim di sekitar Wilayah KEJORA. Program ini merangkumi 2 komponen iaitu Program Seminar dan Motivasi di Kem Permata Resort, Melaka dan Lawatan Sambil Belajar ke 4 tempat di sekitar Melaka iaitu Kompleks Al Falak Khawarizmi, Muzium Kapal Selam, Masjid Selat Melaka serta The Shore Sky Tower.
Kesemua peserta anak yatim telah diberi penekanan berkaitan pembangunan jati diri serta ilmu pengetahuan baharu seperti latihan memanah, merentasi halangan, serta pengetahuan berkaitan ilmu falak.
Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperolehi oleh semua peserta dapat diadaptasi dengan baik dalam usaha KEJORA memastikan keupayaan anak yatim sebagai satu kemenjadian di dalam Wilayah KEJORA disamping pemangkin pembangunan modal insan di wilayah KEJORA.
#PenerajuTerasKemakmuran

LAWATAN PENANDA ARAS DAN SESI NETWORKING LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) KE BAHAGIAN PERUNDINGAN PENGURUSAN ASET IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA KUALA LUMPUR (JKR

Pihak KEJORA telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur pada 21 Disember 2022.
Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Pn. Marlina binti Amir serta 7 lagi pegawai yang lain.Manakala pihak JKR telah diketuai oleh Pengarah Bagaian Perundingan Pengurusan Aset, Ir En. Mohamad Darus bin Selamat serta angota bahagiannya.
Pihak JKR telah memberikan taklimat berkaitan pengurusan aset tak alih kerajaan. Pihak KEJORA mengucapkan Jutaan terima kasih kepada pihak JKR atas taklimat yang diberikan dan berharap agar pihak JKR dapat membantu pihak KEJORA bagi pengurusan aset tak alih KEJORA.

KURSUS TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH (TPATA)

Alhamdulillah, KEJORA melalui Bahagian Hartanah dan DINARA TRAINING & CONSULTANCY buat pertama kali telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) bermula dari 18 hingga 20 Disember 2022 bertempat di Hotel Royal, Kuala Lumpur.
Kursus ini bertujuan untuk memahami peranan dan tanggungjawab dalam Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) serta menyediakan pengurusan pelaporan Aset Tak Alih yang lebih tepat dan strategik.
Seramai 21 orang peserta telah mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Pn Marlina binti Amir, Pengurus Hartanah, Cik Haslinda binti Abu Bakar, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti, En. Norazmi bin Sahar, Ketua Unit Audit Dalam, En. Mohd Rizal bin Hidzir serta pegawai-pegawai yang menguruskan aset tidak alih KEJORA.
Pihak Pengurusan KEJORA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para peserta yang terlibat secara langsung dalam menjayakan kursus ini.
Semoga dengan penganjuran kursus ini, para peserta dapat meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan bagi memperkasakan lagi pengurusan aset tak alih KEJORA.

PROGRAM JELAJAH SEMARAK UNITI PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2022

Pada hari ini, telah diadakan Program Jelajah Semarak Uniti peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2022 bagi kawasan Parlimen Kota Tinggi yang bertempat di Astaka Tun Sri Lanang, Kota Tinggi
Majlis ‘Flag Off’ telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi diiringi bersama YB Tuan Muszaide bin Makmor ADUN Sedili serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah.
Program Semarak Uniti ini merupakan aspirasi daripada Kementerian Perpaduan yang menggalakan perpaduan dalam kalangan masyarakat sebagai tapak integrasi perpaduan nasional.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menghantar satu pasukan Explorace Semarak Uniti dan berjaya menduduki tempat ke – 6 daripada 20 pasukan yang terdiri daripada jabatan di daerah Kota Tinggi.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program kali ini.