ASPIRASI JOHOR BERSIH: KEJORA TERUS KOMITED MEMELIHARA KEINDAHAN PANTAI TANJUNG BALAU

SESI โ€˜CLOCK OUTโ€™ YANG BERMAKNA BUAT YANG BERHORMAT DATIN PADUKA HAJAH HAZLINA BINTI JALIL, PENGURUS BESAR KEJORA

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN KEJORA: SEMANGAT SUKAN MAKSPEN 2025 KIAN MEMBARA!

SMART PARTNERSHIP KEJORA & LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN ~ Perkasa Warisan Johorโ€“Negeri Sembilan

HARI SUKAN NEGARA 2025- KEJORA Jump Rope Challenge Peringkat Negeri Johor

PEMERKASAAN EKONOMI PELANCONGAN DESA PULAU TANJUNG SURAT MELALUI PENYERTAAN DALAM PROGRAM PENGALAMAN HOMESTAY MALAYSIA

KEJORA RAIH TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN HIASAN BANGUNAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-68

YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR & KEJORA BERGANDING BAHU RAIKAN PEJUANG KANSER EDISI MERDEKA 2025

Seramai 130 orang pejuang kanser telah hadir program โ€œBe Boldโ€ Edisi Merdeka 2025 anjuran Cancer Support Group, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dengan kerjasama KEJORA.
Program ini adalah bertujuan menggalakkan penglibatan serta menerapkan kebersamaan kepada para pejuang kanser dalam menyemarakkan patriotisme sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-68. Program ini juga menjadi ruang kepada pemerkasaan emosi, fizikal dan mental buat para pejuang kanser yang tidak pernah mengalah.
Antara aktiviti yang diadakan sebagai pengisian program adalah sukaneka dan kibaran Jalur Gemilang.
Terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan peserta yang terlibat menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini menjadi pencetus kepada lebih banyak inisiatif kebajikan dan kesejahteraan kepada keseluruhan komuniti pada masa akan datang.

SEKITAR PROGRAM KEJORA MERDEKARIA SEMPENA SEMARAK KIBAR JALUR GEMILANG DI PANTAI TANJUNG BALAU

Kemeriahan dan penuh warna warni program KEJORA Merdekaria sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Wilayah KEJORA 2025 di Pantai Tanjung Balau.
Terima kasih kepada semua yang hadir menyemarakkan semangat kemerdekaan.

SEMARAK KIBAR JALUR GEMILANG WILAYAH KEJORA 2025

Pantai Tanjung Balau pada hari ini meriah dengan warna-warni semangat patriotisme.
Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Wilayah KEJORA 2025 telah berlangsung penuh semangat dan ceria di Pantai Tanjung Balau dan majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Kepten Hazlan bin Hazumi TLDM, Pegawai Memerintah KD Sultan Ismail, Penghulu Mukim Tanjung Surat, barisan pengurusan KEJORA, ketua-ketua jabatan, penghulu-penghulu mukim, pengerusi-pengerusi JPKK serta komuniti setempat.
Ketibaan Yang Berhormat Datin Paduka disambut meriah dengan persembahan pancaragam KD Sultan Ismail, menambahkan lagi semangat patriotik dalam kalangan hadirin.
Dalam ucapannya, beliau mengajak seluruh komuniti wilayah KEJORA untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan premis masing-masing sebagai tanda kesyukuran, kebanggaan dan cinta akan negara. Kempen ini juga sebagai simbol sokongan KEJORA bersama komuniti terhadap kemerdekaan dan perpaduan.
Bagi menyemarakkan suasana, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan melalui KEJORA Merdekaria seperti:
๐ŸŽฝ Briskwalk Merdekaria
๐Ÿ๏ธ Konvoi Bermotor Gemilang KEJORA
๐ŸŽจ Pertandingan mewarna, gubahan bunga & pakaian beragam
๐Ÿ Sukan rakyat
๐ŸŽ Cabutan bertuah
๐Ÿง Edaran bubur cha-cha Jalur Gemilang
Acara simbolik pelepasan belon udara turut diadakan, melambangkan semangat rakyat yang bebas dan bersedia menghadapi masa depan yang gemilang.
Majlis juga menyaksikan penyampaian hadiah untuk pertandingan Hiasan Jiwa Merdeka bagi kategori kediaman individu dan bangunan komuniti JPKK.
Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menjayakan acara ini. Mari kita terus kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga, demi tanah air tercinta!